Hadiah Birthday Istimewa Untuk Peminat Marvel, Gundam & Star Wars

Share

 

Bila bercakap tentang karakter filem dan permainan video popular seperti Marvel, Gundam dan Starwars, ramai yang obses terhadapnya sehinggakan sanggup membeli pelbagai merchandise original.

 

Walaupun kebanyakan dijual pada harga ‘tak mampu milik’, peminat sanggup mengikat perut demi minat mereka untuk mengumpulkan sebanyak mungkin merchandise.

Kali ini, tak perlu lagi untuk mereka mengeluarkan bajet hebat bagi mendapatkan barangan karakter filem dan permainan video ini. Better ye

t, apa kata korang sendiri hadiahkan kepada mereka koleksi baju T terbaru daripada UNIQLO ini.

UNIQLO Malaysia baru melancarkan koleksi UT (Uniqlo T-shirt) Wear Your World pada minggu ini di Mid Valley dan seperti koleksi UT terdahulu, ia menampilkan beberapa corak menarik hasil inspirasi karakter popular dunia.

Antaranya termasuklah koleksi Marvel X Jason Polan, Star Wars Master of Graphics, CAPCOM Street Fighter, Mobile Suit Gundam dan Super Mario. Tak ketinggalan, korang pun boleh dapatkan corak popular seperti ombak Hokusai Blue dan bungaan Studio Sanderson.

Okay, mesti ada yang berpendapat, “Alah, T-shirt je pun.”

Well, ini bukan baju T biasa-biasa. Ia adalah untuk meraikan beberapa karakter popular yang telah setia menemani masa korang di hadapan skrin permainan video, di pawagam, di telefon pintar dan bagi dak-dak 90-an, dalam bentuk pita video.

Cer tengok beberapa corak kegemaran kami ini.

 

Marvel x Jason Polan UT

RM59.90

Hulk
Marvel Comics
Spiderman
Marvel Comics

 

Star Wars UT

TBC

 

Nintendo Super Mario UT

RM39.90

 

Hokusai Blue UT

RM59.90

 

Gundam 40th Anniversary UT

RM59.90

 

Yang penting, harganya tak membebankan.

IKLAN