Habiskan RM200 Juta! Beyonce & Jay-Z Sah Jadi Pemilik Rumah Termahal Di California

Share

Kemewahan selebriti Hollywood tidak dapat dinafikan lagi buat sekian lama. Lihat sahaja dari jenama kasut dipakai sehinggalah ke barisan kenderaan mewah yang silih berganti digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakar Sejarah Tersendiri, Beyonce Raih Trofi Anugerah Grammy Terbanyak Sepanjang Zaman

Pasangan sensasi Hollywood, Beyonce & Jay-Z

Artis seperti Taylor Swift, Kanye West dan Kim Kardashian sudah semestinya memiliki nilai bersih harta yang mencecah ratusan juta ringgit. Jadi bagi mereka untuk melaburkan puluhan juta bagi membeli rumah adalah perkara enteng di mata mereka.

Namun, baru-baru ini dunia hiburan dikecohkan dengan pembelian rumah yang berharga 200 juta ringgit oleh pasangan sensasi, Beyonce dan Jay-Z!

Rumah agam konkrit besar itu dikatakan terletak di atas tanah seluas 8 ekar di luar pantai California Selatan dan mempunyai pantai persendirian, kolam renang dan ciri airnya sendiri sebagai tambahan kepada kediaman seluas 40,000 kaki persegi ini. Wow hebat!

Selain itu, rumah agam moden ini menggunakan lebih daripada  7,645 ela padu konkrit tembus mesra alam untuk membinanya. Struktur yang direka oleh arkitek Jepun, Tadao Ando itu telah mengambil masa hampir 15 tahun untuk dibina.

Oleh kerana rumah itu disenaraikan secara persendirian, jumlah bilik tidur dan bilik mandi masih menjadi tanda tanya. Namu, kawasan halaman yang menenangkan di rumah agam itu semestinya dapat memberi ketenangan kepada kedua insan terkenal tersebut.

Haaa…..‘another level’ kan pasangan selebriti ini? Kalau kita nak beli rumah semahal itu, simpan duit dari bayi pun mungkin takkan berpeluang. Haih

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Vanity Fair

 

IKLAN