Senarai pencalonan anugerah Grammy 2023 pada tengah malam tadi telah disaksikan oleh ribuan peminat muzik dan penyanyi di seluruh dunia bagi mengetahui siapakah yang telah diiktiraf sepanjang tahun 2022.
And let us spare you this, Blackpink, Stray Kids, Miley Cyrus dan Olivia Rodrigo tidak tercalon. Jadi usah ditanya mengapa mereka tidak berada dalam mana-mana kategori.
Seperti dijangka ramai pihak, Grammy’s yang memasuki edisi ke-65 kali ini akan menyaksikan pertarungan semula di antara Adele dan Beyoncé seperti yang pernah berlaku pada tahun 2017. Lima tahun kemudian, mereka mencipta semula momen buku bertemu ruas menerusi album masing-masing, 30 (Adele) dan Renaissance (Beyoncé).
Beyoncé.
Beyoncé mendahului senarai semua calon pada tahun ini (seperti biasa) dengan memperolehi sembilan pencalonan di belakang rapper berbakat, Kendrick Lamar yang menerima lapa pencalonan menerusi albumnya, Mr. Morale and the Big Steppers.
Kejayaan Beyoncé ini sekalihus mencatat rekod apabila dia kini memiliki 88 pencalonan dalam sejarah penyertaannya sekaligus menjadi penerima pencalonan terbanyak dalam sejarah Anugerah Grammy. Pencapaian ini hanya terikat oleh suaminya, Jay-Z yang juga memiliki jumlah sama walaupun Beyoncé mempunyai 28 kemenangan setakat ini melebihi Jay-Z dengan 24 kemenangan.
Adele.
Adele tidak jauh ketinggalan di belakang. Penyanyi Easy On Me itu memperolehi tujuh pencalonan; jumlah yang sama dengan penyanyi genre Americana dan Country, Brandi Carlile.
Ads
Tidak dinafikan, Beyoncé dan Adele memiliki salah sebuah lagu paling popular sepanjang tahun 2022; masing-masing menerusi Break My Soul dan Easy On Me. Dua buah lagu tersebut mendapat pengiktirafan apabila dicalonkan menerusi kategori Rekod Tahunan dan Lagu Tahunan.
Namun, laluan mereka tidak mudah apabila beberapa lagu popular lain tercalon dalam dua kategori ini termasuklah hit di aplikasi TikTok ABCDEFU (Gayle), All Too Well – 10 Minute Version (Taylor Swift), Woman (Doja Cat) dan About Damn Time (Lizzo) dan tentunya, As It Was oleh Harry Styles.
Lizzo.Harry Styles.
Bercakap mengenai Harry, 28 yang baru sahaja mengumumkan konsert jelajah Asianya semalam, dia turut mengulangi kejayaan memperolehi berbilang pencalonan termasuklah dalam kategori Vokal Album Pop Terbaik, Kejuruteraan Album Terbaik (Bukan Klasikal) dan Persembahan Pop Solo Terbaik.
BTS.
Bagi peminat K-pop, harapan mereka terletak pada kumpulan BTS yang memperkukuhkan pengaruh mereka di Grammy’s pada tahun ini menerusi tiga pencalonan termasuklah bagi kategori Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik menerusi single My Universe bersama Coldplay, Video Muzik Terbaik untuk Yet To Come dan turut terselit dalam pencalonan Album Tahunan menerusi album Coldplay berjudul Music of the Spheres.
Ads
Korang tentunya masih ingat pencalonan yang pernah diterima oleh BTS bagi kategori sama Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik menerusi lagu Dynamite (2020) dan Butter (2021).
Biarpun ramai para Army yang gembira dengan pengiktirafan ini, tidak kurang juga yang beranggapan pencalonan BTS kali ini sekadar taktik untuk stesen TV rasmi demi mendapatkan rating.
*
Ads
Apapun, ramai beranggapan Grammy’s ke-65 ini adalah waktu bertepatan untuk mengiktiraf Beyoncé dalam satu-satunya kategori yang belum pernah dimenangi olehnya iaitu Album Tahunan. Adele pernah menidakkan peluang album Beyoncé, Lemonade pada tahun 2017 menerusi 25.
Adakah impian Beyoncé ini bakal tercapai atau Adele sekali lagi akan meranapkan impian tersebut? Kita perlulah tunggu malam kemuncak Anugerah Grammy pada 5 Februari, 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan sekali lafaz, usahawan dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu akhirnya menamatkan zaman dudanya apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Watie Hanifiah, pada jam 8.47 malam, di sini.
Bersaksikan Putra Glass Hall, Shah Alam, Selangor, pelawak berusia 38 tahun itu dinikahkan oleh abang kandung Watie, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali.
Selain itu, bapa kepada empat orang cahaya mata itu turut memberikan mas kahwin sebanyak RM 8,288 danmanakala wang hantaran pula dirahsiakan.
Walimatulurus pada malam ini dihoskan oleh pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah.
Majlis itu bakal disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakam detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu yang berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu turut menemui peminat secara eksklusif bermula 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mengikat tali ikatan pertunangan pada tanggal 6 Mei lepas dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.
Terdahulu, Shuib kehilangan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu terbaru Blackpink, How You Like That menerima reaksi positif daripada peminat diseluruh dunia kerana sewaktu pelancarannya, baru 4 jam sahaja sudah mendapat 20 juta tontonan di YouTube.
Blackpink telah berjaya mencipta rekod apabila mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 1.65 juta semasa tayangan perdana, sekali gus mencipta rekod baru dan memintas tontonan tayangan perdana kumpulan BTS yang mendapat tontonan sebanyak 1.54 juta menerusi lagu ON.
Biasanya, ramai yang akan membuat cover tarian lagu-lagu Blackpink, namun sedikit kelainan yang telah dilakukan oleh penyanyi dan pemuzik, Sissy Imann apabila dia memainkan lagu How You Like That dengan petikan piano.
Nama Tan Sri Michelle Yeoh bukan lagi asing dalam industri perfileman antarabangsa. Dari pentas Asia ke Hollywood, perjalanan kariernya penuh dengan dedikasi, disiplin dan keberanian mencabar batas. Terbaharu, pelakon kelahiran Malaysia ini sekali lagi mengharumkan nama negara apabila bakal dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame.
Dikenali menerusi lakonannya dalam filem Wicked, Crazy Rich Asians dan Everything Everywhere All at Once, pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian besar dalam kerjaya gemilangnya di pentas hiburan antarabangsa. Beliau akan menerima bintang tersebut dalam kategori Filem (Motion Pictures).
Menurut laman web rasmi, pelakon berusia 63 tahun itu akan menerima bintang ke-2,836 di Hollywood Walk of Fame yang dianugerahkan oleh Hollywood Chamber of Commerce. Majlis perasmian akan berlangsung pada Rabu, 18 Februari, jam 11.30 pagi waktu Pasifik (19 Februari, 1 pagi waktu IST) di 6927 Hollywood Boulevard.
Menariknya, Michelle Yeoh turut tersenarai dalam Hollywood Walk of Fame Class of 2024, yang menghimpunkan beberapa nama terkenal lain termasuk mendiang Chadwick Boseman, yang menerima bintang ke-2,828 secara anumerta pada 20 November 2025. Senarai tersebut turut menampilkan Chris Pine, Kevin Feige, Gal Gadot, Maggie Gyllenhaal, Chris Meledandri, Gwen Stefani dan Toni Braxton, antara lain. Pengumuman penerima baharu ini telah dibuat sejak Jun 2023.
Pengiktirafan ini bukan sekadar simbol nama di laluan ikonik Hollywood, tetapi bukti konsistensi dan pengaruh besar Michelle Yeoh dalam industri perfileman dunia. Dari Malaysia ke pentas global, beliau membuktikan bahawa bakat Asia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bintang antarabangsa lain.
Inspirasi buat generasi muda? Sudah tentu. Kerjaya Michelle Yeoh adalah contoh jelas bahawa kerja keras, keberanian dan keyakinan terhadap diri sendiri mampu membuka jalan ke pentas dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Niat sekadar mahu berkongsi atau ‘membuka mata’ orang ramai di media sosial sebenarnya boleh mengundang padah, terutamanya apabila melibatkan pendedahan maklumat peribadi individu lain...