Berita

Graduan Komunikasi Dinobat Sebagai Miss Intercontinental 2023. Raih Gelaran Kedua Buat Thailand

Share

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…

Chatnalin Chotjirawarachat bukanlah nama asing dalam dunia ratu cantik di Thailand. Ogos lalu, dia dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat Miss Universe Thailand 2023. Namun langkahnya tidak terhenti di situ.

Gadis dengan ketinggian 178cm ini kemudiannya dipilih untuk menyandang gelaran Miss Intercontinental Thailand 2023 bagi mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa. Pemilihannya terbukti tepat apabila dia berjaya menggondol gelaran juara.

Menerusi kemenangannya, ini menjadikan dirinya sebagai wakil kedua Thailand yang bergelar Miss Intercontinental selepas Patraporn Wang memenanginya pada tahun 2014.

Dilahirkan pada tahun 1998, kemenangan Chatnalin bukanlah mudah. Dia perlu mengalahkan lebih 63 peserta lain yang memberi saingan kompetitif dalam pusingan pakaian renang, gaun petang, kostum nasional serta temuduga tertutup.

BACA JUGA: Pemecah Kemarau 58 Tahun, Cassandra Yap Bawa Tuah Buat Malaysia. Bergelar Top 15 Miss International 2023

Selain Chatnalin, kedudukan naib juara dimenangi oleh Christina Villegas dari Mexico, manakala pemenang tempat ketiga dan keempat ialah Lê Nguyễn Ngọc Hằng dari Vietnam dan Sara Damnjanović dari Serbia.

Miss Intercontinental Malaysia 2023, Lindsey Yap gagal untuk mara ke peringkat top 22 sekaligus akur sebagai peserta pertandingan sahaja. Kali terakhir Malaysia berjaya termbus ke peringkat separuh akhir adalah menerusi perwakilan Poorani Rajoo pada tahun 2021.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN