Kedinginan malam di pintu masuk Pavilion KL bertukar menjadi medan pesta apabila barisan penyanyi legenda dan bintang masa kini bersatu di bawah satu bumbung untuk pelancaran kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ oleh Astro; sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini.
Pilihan lagu yang mantap, susunan persembahan yang cukup meriah, ditambah dengan kehadiran artis dan pempengaruh bergaya Merdeka look membuatkan suasana benar-benar menggetarkan jiwa.
Pada 7 Ogos lalu, misi menyatupadukan rakyat melalui hiburan dan nyanyian terbukti berhasil. Dari setiap lapisan umur dan bangsa, semua hadir bersama, meraikan semangat kebersamaan. Showcase istimewa ini juga menjadi catatan pertama dalam kalendar bulan kemerdekaan Astro, sekaligus menerima pujian meluas.
Antara yang turun padang bagi menyemarakkan lagi kempen tersebut termasuklah ALPHA yang menyampaikan lagu tema khas kempen ‘Inilah KITA’, Mimi Fly, Santesh, Geraldine Gan, Soneone, Lucidrari bersama jemputan khas, Amir Ahnaf dan tentunya, ratu rock tanah air, Ella!
Sepanjang lebih dua jam acara berlangsung, hadirin tidak merasai langsung masa berlalu apabila masing-masing disajikan dengan persembahan back-to-back sambil diacarakan oleh Daniel Cheang dan Ili Ruzanna.
Ads
Saluran Khas ‘KITA Channel’ Mulai 15 Ogos Ini
Bagi meneruskan kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, Astro sebagai siaran jenama Malaysia mempersembahnkan ‘KITA Channel’ (saluran 100) yang bakal menjadi saluran televisyen khas mulai 15 Ogos 2025 hingga 17 September 2025.
Saluran yang menghimpunkan program-program terbaik buatan Malaysia dan pilihan rakyat Malaysia ini akan menyaksikan lebih daripada 50 rancangan istmewa terdiri daripada filem, drama, rancangan realiti dan dokumentari.
Menariknya, KITA Channel merangkumkan konten yang mengangkat kisah rakyat, semangat patriotisme dan intipati kandungan yang berjaya mencorakkan hiburan negara.
Pastinya, kami amat menantikan beberapa tayangan perdana bagi telefilem baru Merdeka di saluran istimewa ini seperti Kita Bukan Data (Ng Yizhe, Myra Afrina & Tashra Aghonderan), Mariam Meenachi (Sweet Qisina & Malarvili), Rombongan (Darien Aeldra, Que Haidar & Nabila Huda), Wasiat Ayah (MK K-Clique & Andy Teh) dan Daddy Naik Sheikh (Faizal Hussein, Tasmin Hani, Auni Yusri & Areef Amran).
Ads
Selain daripada lima buah drama ini, Astro juga menyajikan tiga buah dokumentari pendek bagi membawakan semangat kebersamaan sebenar rakyat kita yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian.
FAMILI IKAT TEPIMenceritakan sebuah kopitiam berusia lebih 100 tahun yang menjadi simbol perpaduan pelbagai bangsa dan pemiliknya.
TEMPAT LETAK HARMONI Masjid al-Naim dan Gereja The Good Shepherd di Lutong, Sarawak berkongsi kawasan parkir di mana penganut kedua-dua agama menggunakan ruang parkir sebagai tanda saling menghormati.
Ads
SENI BERKAWANTiga orang artis tempatan berbagai latar belakang dan gaya berkongsi cerita, budaya dan perspektif masing-masing.
Jika Korang Terlepas ‘Inilah KITA’ Showcase Tempoh Hari…
Jangan risau! Astro bakl membawakan beberapa lagi acara showcase untuk korang sertai.
Pada 23 dan 24 Ogos, acara ‘Hello Inilah KITA’ akan menampilkan selebriti seperti Mira Filzah, Hun Haqeem, Ayda Jebat, Uriah, Rubini, Nicole Lai dan Sara Baskin. Di mana? Nantikan update terbaru daripada Astro Malaysia!
Manakala pada 25 Oktober kelak, korang dijemput menyemarakkan acara ‘KITA Run’ di Serenia City Central Park, Nilai yang melibatkan aktiviti larian 5km dan 10km, karnival gerai-gerai menarik dan hiburan konsert.
JOM raikan semangat ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ dengan Astro sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia ini.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Rio Mikaela Zahri mungkin masih kedengaran canggung dalam kalangan peminat sukan tempatan.
Begitupun, langkah kanak-kanak berusia 10 tahun ini dalam arena sukan mula memberikan harapan untuk Malaysia mempunyai prodigi atlet tenis yang hebat pada masa hadapan.
Kebelakangan ini, Mikaela yang merupakan anak perempuan kepada jurulatih kecergasan popular, Kevin Zahri, berada pada prestasi yang cukup baik apabila satu-persatu kemenangan di gelanggang menjadi miliknya.
Sepanjang bertanding dalam jelajah Eropah, Mikaela meneruskan rentah kemenangan untuk pertandingan kategori Bawah 10 dan hanya tewas untuk hanya satu perlawanan sahaja sepanjang jelajah berkenaan.
Lebih memberangsangkan apabila Mikaela sedang berada pada kedudukan pemain nombor satu dalam liga U10 di Mallorca, Sepanyol anjuran Porto Cristo Tennis Academy.
Pada hujung minggu lalu pula, Mikaela kembali ke tanah air untuk menjulang trofi kemenangan di kejohanan Terbuka Junior Kuala Lumpur pula.
Sewaktu ditemui oleh portal Sinar Daily, Kevin kongsikan bahawa Mikaela berpeluang untuk mempelajari selok-belok sukan tenis daripada bekas pemain nombor satu dunia, Carlos Moya.
Ia secara tidak langsung menguatkan lagi semangatnya untuk mengambil serius sukan tenis sebagai satu kerjaya, suatu hari nanti.
Mikaela berpeluang bertemu dan mendapatkan kata-kata semangat daripada Carlos Moya.Mikaela bersama ayahnya, Kevin Zahri.
“Perjalanannya bukan mudah, tetapi dengan sokongan ahli keluarga, jurulatih dan peminat tenis, dia nekad untuk mencapai impian dan membuatkan Malaysia bangga,” kata Kevis.
Latihan Mikaela selepas ini katanya akan bertempat di Turki, Bosnia dan tentunya Mallorca, Sepanyol di mana dia akan terus memperbaiki skilnya dan mewakili Malaysia pada kejohanan tenis antarabangsa.
All the best, girl!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak Malaysia dilanda pandemik wabak COVOD-19 pada tahun lalu, pemakaian pelitup muka telah diwajibkan ke atas kesemua rakyat Malaysia di tempat awam demi melindungi masyarakat umum daripada risiko jangkitan.
Terbaru, pemakaian dua lapis pelitup muka pula disyorkan kerana ia dikatakan lebih berkesan menapis lebih daripada 95 peratus virus terutamanya di tempat awam yang berisiko seperti hospital.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Negara iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham, petugas kesihatan di hospital digalakkan untuk memakai 2 pelitup muka jenis Three Ply atau N95 bersama-sama face shield.
Ini kerana virus Covid-19 merebak bukan saja dari segi droplet tetapi juga menerusi airborne. Oleh itu, pemakaian face shield ini digalakkan bersama dua lapis pelitup muka. Namun ia bukanlah diwajibkan. Yang WAJIB adalah pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Tambah Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri sebagai peringatan, di bawah akta 342, pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan. Tiada siapa seharusnya yang terlepas daripada kewajiban ini.
Contohnya, pemakaian niqab dan face shield saja tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memakai pelitup muka. Niqab dan face shield ini dibolehkan sebagai tambahan.
Setelah saham syarikat Tesla jatuh pada hari Selasa lepas, Elon Musk diisytiharkan bukan lagi manusia terkaya di dunia.
Menurut laporan Bloomberg Billionaire Index, nilai kekayaan Elon sekarang berada di bawah USD168.5 bilion. Sebagai konteks, satu ketika dahulu nilai tersebut pernah mencecah setinggi USD340 bilion.
Namun disebabkan nilai saham salah satu syarikat kendalian Elon iaitu Tesla jatuh 50 peratus sepanjang setahun lepas, Elon kini terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua.
Siapakah individu yang telah merampas kedudukan Elon Musk itu?
Gelaran manusia terkaya di dunia buat masa ini menjadi milik Bernard Arnault iaitu Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, sebuah syarikat gabungan fesyen mewah yang memiliki 75 jenama pakaian dan aksesori popular seperti Louis Vuitton, Dior, Tiffany, Moët, Celine, Givency, Marc Jacobs, Loewe, Bulgari serta banyak lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault. FOTO: Forbes
Saingan terdekat LVMH adalah Kering yang memiliki jenama fesyen seperti Gucci, Saint Laurent, Balenciaga, Alexander McQueen, Bottega Veneta dan lain-lain jenama yang sama popularnya.
Kejatuhan nilai Elon Musk juga disebut berpunca daripada pembelian pemilikan platform media sosial, Twitter bernilai USD44 bilion yang memerlukan Elon menjual saham Tesla bernilai USD15 bilion.
Selain Bernard Arnauld dan Elon Musk, antara nama lain yang menduduki senarai 5 individu terkaya di dunia setakat akhir tahun 2022 mengikut giliran ialah pengasas kumpulan Adani dari India, Gautam Adani (juga secara teknikalnya individu terkaya di Asia), pengasas Microsoft Bill Gates dan pengasas Amazon Jeff Bezos pada kedudukan kelima.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang pertemuan di antara Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Elon Musk di SpaceX, Amerika Syarikat bagi membincangkan peluang perniagaan masa hadapan menerusi jenama Tesla dan SpaceX.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
ee
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!