#GirlPower : Siapakah Kyal Sin, Remaja 19 Tahun Maut Demi Demokrasi Di Myanmar

Share

 

Baju T-nya berkata, “Everything will be OK.”

Namun tiada apa yang ‘OK’ mengenai kematian remaja bernama Kyal Sin. Itulah nilai nyawa yang digadaikannya demi demokrasi.

 

Sememangnya, pergolakan politik di Myanmar tidak pernah mengenal erti surut. Sejak dahulu lagi, pihak kerajaan negara tersebut pasti akan berdepan ancaman daripada pihak ketenteraan Junta.

Di kalangan ribuan penunjuk perasaan yang berhimpun pada minggu ini, seorang daripadanya merupakan gadis yang cukup istimewa.

Semangat yang ada pada diri seorang remaja perempuan bernama Kyal Sin ini tidak pernah luntur demi melihat negaranya itu bebas daripada cengkaman pemerintaan ketenteraan.

Sumber Foto: SUARA

Setiap kali Kyal Sin, 19 turun padang untuk menyertai pertunjukan demonstrasi, dia akan menyarungkan baju T dengan slogan berbeza seperti ‘Rakyat Perlukan Demokrasi’, ‘Pulangkan Keadilan Kepada Myanmar’ dan ‘Hormati Undian Kami’.

Rabu lalu, Kyal Sin menyarungkan baju T, “Everything will be OK.”

Namun tiada apa yang ‘OK’ berkenaan kematian remaja tersebut di tangan pihak tentera Myanmar, Rabu lalu.

Kyal Sin ditembak tepat pada dahinya semasa dia berada di bandar Mandalay. Tragedi tersebut kini hangat diperkatakan oleh warganet yang marah dengan tindakan tidak berperikemanusian pihak tentera Junta.

Selain Kyal Sin, seramai 37 lagi penunjuk perasaan turut terbunuh dalam insiden tersebut menurut laporan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kyal Sin yang dilihat sedang berlindung, sebelum dirinya menjadi mangsa tembakan Junta. Sumber Foto: Channel News Asia

Pada majlis penghormatan terakhir yang dilakukan untuk mendiang semalam, ratusan  remaja sebaya dengannya telahpun turun padang dan menyanyikan lagu berjudul ‘We Won’t Forget Until The End Of The World’ sebagai tanda protes serta melaungkan slogan menentang pihak tentera.

Di media sosial pula, lebih ramai warganet yang menentang pemergiaan remaja tersebut.

Sumber Foto: Channel News Asia

Sumber Foto: TRT World

Siapakah Kyal Sin?

Remaja yang dikenali sebagai Angel ini merupakan seorang pencinta seni tarian dan bergelar pelatih sukan taekwondo.

Kyal Sil hanyalah seorang remaja biasa yang gemar mengambil selfie dengan pakaian hariannya. Dia rapat dengan ayahnya dan menemaninya untuk membuang undi semasa Pilihan Raya Umum Myanmar, akhir tahun lalu.

Sumber Foto: Trendsmap

Biarpun nampak lembut dari luaran, Kyal Sin mempunyai hati dan semangat yang kental untuk memperjuangkan keadilan.

Sebelum menyertai protes pada minggu ini, dia telahpun menyenaraikan jenis darah yang dimilikinya, nombor telefon dan menyerahkan organ badannya untuk didermakan kepada insan yang memerlukan sekiranya dia mati dalam kejadian protes tersebut.

Insiden yang menimpa Kyal Sin ini telah menarik perhatian pemimpin muda negara iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menganggap Kyal Sin sebagai individu yang jauh lebih berjiwa kental berbanding para pemimpin negara-negara ASEAN.

Di Malaysia sendiri, gadis remaja kita juga turut mempunyai semangat yang kental untuk melakukan sesuatu di luar kotak.

ARTIKEL BERKAITAN #GirlPower: Perempuan Pun Minat Bertukang, Renovate Dapur Demi Ibu Tersayang – REMAJA

IKLAN