#GirlPower! Sarrah Salihan Dedikasi Kemenangan Debat PPM2018 Kepada SEMUA Perempuan

Share

 

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berjaya untuk menggenggam kembali pertandingan bahas Piala Perdana Menteri ke-45.

 

Dibawakan secara langsung pada pagi Sabtu lalu di televisyen, ia dilihat sebagai satu titik tolak Malaysia Baharu memperkayakan budaya berbahas, terutamanya di kalangan pelajar sekolah dan remaja.

Antara momen paling mencuri tumpuan pada edisi kali ini adalah saat Sekolah Seri Puteri Cyberjaya bertanding di pentas akhir menentang Malay College Kuala Kangsa (MCKK) dalam kategori Bahasa Inggeris. Kedua-dua pasukan membawakan topik ‘4th Industrial Revolution’ sebagai poin argumen. Hasilnya, the girls managed to grab the title!

 

Sebelum pertandingan.

 

Selepas tamat berbahas dan menantikan keputusan. Hehe.

 

Nur Sarrah Hanis Salihan Binti Khairunnisa Sulaiman, Hasha Atiyah Binti Khairuddin, Iman Binti Mohamad Afif dan Nur Zafrina Binti Zainal Rashid melakar sejarah apabila kemenangan kali ini bukan saja diraikan oleh penonton yang berada di dalam dewan tetapi juga seluruh rakyat Malaysia apabila ia bertukar viral di media sosial.

Malah, beberapa nama besar pembahas Malaysia termasuklah Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan rakan pembahasnya dahulu, Ameera Natasha Moore mengucapkan tahniah kepada pasukan Sekolah Seri Puteri atas kejayaan tersebut.

 

Twitter
Twitter

 

 

#GirlPower

Kami khasnya membawakan tema #GirlPower untuk majalah REMAJA isu Julai-September tahun ini. And there is nothing that makes us more proud than seeing them succeed.

Lebih membanggakan apabila Sarrah Hanis Salihan yang membawakan role sebagai Perdana Menteri buat Sekolah Seri Puteri mendedikasikan kemenangan ini kepada semua wanita di luar sana.

 

Twitter

 

“Biarlah awak muda atau tua, saya rasa piala itu adalah untuk awak kerana ia lambang semua perempuan boleh DAN AKAN mengatakan benda-benda yang betul.

“Perempuan juga mampu memberikan pandangan dan olahan serta berpotensi untuk menang, berdiri dan bercakap di khalayak ramai. Kita juga mampu membuat seluruh penonton mendengar apa yang ingin kita sampaikan, at the end of the day.

“Saya masih tak rasakan perempuan diberikan peluang yang cukup untuk bercakap dan merasa yakin dengan diri sendiri. Saya berharap dengan kemenangan Seri Puteri pada Piala Perdana Menteri ke-45 ini, kami mampu memartabatkan semangat semua perempuan di luar sana.

An empowered woman empower women,” kata pelajar yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

 

Twitter

 

“Piala Perdana Menteri juga ialah pertandingan terakhir saya sebagai seorang pendebat di Sekolah Seri Puteri. Dan untuk mengakhirinya dengan piala itu sendiri adalah satu honour, bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk pasukan kami,” kata pemenang Anugerah NILAM Selangor 2017 dalam kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah.

Sarrah yang ingin sekali menjadi seorang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menjadikan nasionalis, Khadijah Sidek dan Maya Angeloe sebagai role model-nya.

 

Twitter

 

 

Rakan sepasukannya turut merasai gelombang #GirlPower tersebut apabila kata-kata awal mereka semasa pentas akhir cukuplah quotes-worthy untuk perempuan di luar sana. Yang mana satu paling korang suka:

“The Industrial Revolution is a great one. However, the Girl’s Revolution that we offer is far greater.”

“Equal rights for all is important.”

“Soft is powerful.”

 

Fuh, semuanya memang powerful. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Sekolah Seri Puteri dan Malay College Kuala Kangsar!

 

IKLAN