
Siapa sangka pada usia 16 tahun, seorang remaja berjaya untuk berdiri di banjaran Caucasus, Rusia yang merupakan puncak tertinggi benua Eropah.
Sara Sofea Muhammad Illaham yang berasal dari Subang, Selangor berjaya tiba di puncak pergunungan Elbrus pada minggu lalu (15 Ogos 2019).
Pada ketinggian 5,642 meter dari aras laut, Sara bukan sekadar menghabiskan misinya pendakiannya. Dia juga diiktiraf oleh Presiden Mountaineering, Rock Climbing & Sports Tourism dari Rusia, Abdul Halim Olimenov kerana kemampuan luar biasa.
Iyalah, baru 16 tahun kot!

Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor ini menjadi pendaki termuda dari Malaysia DAN Asia Tenggara pada misi tersebut.
Apa Rahsianya?
Seperti kebanyakan pendaki gunung setinggi ini, displin dan persediaan rapi adalah kunci kejayaan. 12 jam pendakian yang dilalui oleh Sara bukanlah satu tempoh yang sekejap kerana faktor muka bumi, angin kencang suhu -20 darjah Celcius dan pelbagai lagi.
Sara ditemani oleh bapanya, Muhammad Illaham Ishak dan beliau merupakan Presiden Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJA). Maka tak hairanlah dia berdisplin dengan selok belok pendakian.
2 tahun masa yang diperuntukkan Sara untuk berlatih di bawah tunjuk ajar 2 jurulatih berpengalaman dan berkat doa Sara agar cuaca di gunung menyebelahi mereka, akhirnya misi itu berjaya dicapai.

Selain mereka berdua, terdapat juga pendaki lain dari Malaysia termasuklah pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Muhammad Farhan Abdul Rahman.
*
Untuk pengetahuan korang, pendakian di Gunung Elbrus ini adalah sempena Misi Ekspedisi Belia Merdeka 2020.
Ia adalah satu daripada 7 puncak tertinggi dunia (juga dikenali sebagai 7 Summit) yang ingin ditakhluki oleh rakyat Malaysia sempena Hari Merdeka ke-62 kelak dan Wawasan 2020 pada tahun depan.
Selain itu, pendakian ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi misi antarabangsa ‘Climb For Peace’. Ia adalah sebuah misi kemanusiaan membina perigi dan memberi bantuan kepada mangsa peperangan di bawah kelolaan Aman Palestin.
Congrats girl!
SUMBER: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!








Setelah kes itu disiasat selama hampir dua tahun, Alan dan Alex akhirnya mengaku bersalah di hadapan mahkmah demi meringankan caj di bawah undang-undang dan demi mengelak hukuman penjara yang boleh dikenakan sehingga 5 tahun kerana perbuatan mereka.![[VIDEO]: 16 Cedera Selepas Buaian Taman Tema Terhempas Di China 20 [VIDEO]: 16 Cedera Selepas Buaian Taman Tema Terhempas Di China](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2021/02/3-6.png)
![[VIDEO]: 16 Cedera Selepas Buaian Taman Tema Terhempas Di China 21 [VIDEO]: 16 Cedera Selepas Buaian Taman Tema Terhempas Di China](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2021/02/1-4.png)
![[VIDEO]: 16 Cedera Selepas Buaian Taman Tema Terhempas Di China 22 [VIDEO]: 16 Cedera Selepas Buaian Taman Tema Terhempas Di China](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2021/02/AA.jpg)
