
Dalam dunia yang sering mengejar kemewahan sementara, masih ada kisah-kisah kecil yang mampu menyentuh hati dan membuka mata kita tentang erti kesyukuran.
Kelibatnya sering dilihat di kawasan tumpuan pelancong di Titi Gantung, Lubuk Pedati, Kedah, di mana dia mengendalikan sendiri peralatan kamera serta pencetak foto walaupun dengan keterbatasan fizikal.
Apa yang dilakukan Ikram bukan sekadar mencari rezeki, tetapi juga melambangkan usaha menjaga maruah diri sebagai seorang individu yang tidak mudah mengalah.
Menariknya, perkhidmatan yang ditawarkan bukan sekadar gambar biasa. Ikram turut memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membantu pelanggan mengabadikan kenangan bersama insan tersayang yang telah tiada.
Menerusi sentuhan suntingan khas, pelanggan berpeluang untuk “menghidupkan” kembali memori dengan insan tersayang, termasuk ibu atau bapa yang telah kembali ke rahmatullah.
Inisiatif ini secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang ditawarkan, malah menjadi penawar rindu buat mereka yang merindui insan tersayang.
Kreativiti dan usaha yang ditunjukkan membuktikan bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada fizikal semata-mata, tetapi pada keazaman dan semangat untuk terus melangkah ke hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.