Dalam dunia yang penuh dengan budaya flex dan kemewahan, ada seorang genius matematik dari China yang langsung tak tertarik dengan semua itu. Namanya Wei Dongyi, dan gaya hidupnya? Jauh dari kebiasaan orang bijak pandai yang kita selalu bayangkan.

Siapa Wei Dongyi Ni?

Wei Dongyi, juga dikenali sebagai “God Wei” dalam kalangan pelajar Universiti Peking di China, merupakan seorang pakar matematik muda yang sangat dihormati. Umurnya baru 30-an, tapi sumbangannya dalam bidang matematik dah cukup besar sampai buat dunia akademik ternganga.

Genius Matematik Paling Humble,  Belanja RM180 Sebulan

Dia pernah dijemput ke pelbagai persidangan matematik antarabangsa dan dikatakan mampu menyelesaikan soalan matematik tahap dewa dengan hanya beberapa langkah saja. Hebat kan?

Belanja Sebulan Cuma RM180?

Walaupun bijak gila dan berpotensi hidup mewah, Wei Dongyi memilih untuk hidup sangat sederhana. Dalam satu temu bual, dia mendedahkan bahawa perbelanjaan bulanannya cuma sekitar 300 yuan (± RM180)

Ads

Genius Matematik Paling Humble,  Belanja RM180 Sebulan

Bayangkan… Zaman sekarang beli boba sebulan pun dah lebih daripada tu! Tapi Wei, dia cukup dengan makan di kafeteria universiti dan tinggal di asrama kampus. Tak ada kereta mewah, tak pakai branded, dan rambut pun dibiarkan panjang tak bergaya langsung.

Tak Peduli Pandangan Orang

Ada juga orang pernah “body shame” atau kritik penampilan dia – pakaian lusuh, rambut serabai, selalu bawa botol air besar ke mana-mana. Tapi Wei tak kisah langsung. Baginya, yang penting adalah ilmu dan sumbangan kepada masyarakat. Dalam satu rakaman video yang viral, Wei hanya tersenyum bila ditanya kenapa dia hidup macam tu. Jawapannya ringkas: “Saya tak perlukan semua tu untuk bahagia.”

Ads

Inspirasi Untuk Remaja

Wei Dongyi membuktikan bahawa kejayaan sebenar tak semestinya datang dengan gaya hidup mewah atau populariti. Dalam dunia yang penuh dengan tekanan untuk ‘nampak hebat’ di media sosial, kisah Wei jadi wake-up call yang kita semua perlukan.

Kadang-kadang, jadi low profile tapi high impact tu lagi power, kan?

BACA LAGI : Dari 2A SPM ke Anugerah Tertinggi Universiti Terbaik Dunia : Kisah Kejayaan Zul Hakim

Ads

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads