Gempar di media sosial apabila seorang bayi lelaki dijumpai diatas bumbung rumah dan masih bertali pusat. Allahu…..
Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham, Ipoh.
“Seorang saksi yang juga jiran suspek mendengar bunyi kuat yang terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemukan bayi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Menurutnya, pemeriksaan di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru sebulan berpindah ke rumah berkenaan dari Batu Caves, Selangor mendapati terdapat kesan tompokan darah pada gerigi tingkap serta cadar biliknya.
Bayi malang itu kini berada dalam keadaan kritikal dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Ads
“Suspek telah dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut…keterangan lanjut masih belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan,” katanya.
Soal siasat ke atas ibu dan dua adik suspek mendapati mereka tidak mengetahui tentang kehamilan remaja itu, malah semasa kejadian dia tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melahirkan anak sebaliknya hanya memberitahu baru sahaja datang haid.
Ads
Kepada warganet, berita ini bukan untuk dikecam, bacalah dengan mata hati kerana kita hanya mahu mencari penyelesaian mengenai keterbukaan isu ini. Memang bukan berlaku pada ahli keluarga kita tapi keluarga lain tapi lebih baik kita doa baik-baik.
So apa nak buat jika mengandung?
Untuk remaja yang dah tersilap dan rasa takut untuk beritahu ahli keluarga, mintalah bantuan kawan atau masuklah ke rumah perlindungan. Kalau masih takut dan memilih untuk mengurus diri sendiri dan bila tiba saat bersalin nanti, janganlah dibuang bayi tersebut.
Ads
Ini kerana ada 12 tempat baby hatch yang boleh kita letakakan bayi dan anak itu akan dijaga dan diberi kepada keluarga yang memerlukannya.
Boleh letak saja tanpa rasa takut ditangkap. Tiada siapa akan tanya atau tangkap korang. Tak ada soal jawap pun masa korang letak tu. Paling penting letaklah bayi tak berdosa itu baik-baik kerana ada orang akan menjaganya nanti.
Ingat, jangan buang bayi dalam mangkuk tandas, dalam kotak depan surau dan sebagainya. Letak saja di baby hatch seperti dalam senarai di bawah ini. Paling penting, selepas sekali korang buat silap , jangan terus ulangi kesilapan lagi.
Sumber : Bernama , Facebook , Sin Chew Daily
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
It’s that time of the year again. Pada setiap penghujung tahun pasti akan keluar senarai-senarai pencapaian individu tidak kiralah sebagai penyanyi, pelakon mahu pun model. Ramai yang tertanya-tanya siapakah model yang mendapat pendapatan paling tinggi sepanjang tahun 2017.
Gisele Bunchen memegang rekod model berpendapatan paling tinggi dari tahun 2002 ke 2016.
Sejak tahun 2002, supermodel berasal dari Brazil, Gisele Bundchen telah mengungguli carta tanpa digugat oleh sesiapa pun. Namun, untuk tahun 2017 ia sudah berubah. The year of 2017 belong to Kendall Jenner!
The new ‘it’ girl in town, Kenddall Jenner kini bergelar model paling bernilai.
Jadi bagaimana peragawati yang baru berusia 22 tahun mampu merampas takhta dari seorang queen seperti Gisele? Teirma kasih kepada media sosial terutama Instagram, Kendall Jenner berjaya mengumpul empayar pengikutnya yang berjumlah lebih 85 juta.
Dengan populariti luar biasa seperti ini Kendall berjaya mendapatkan kontrak bernilai jutaan ringgit bersama jenama-jenama popular seperti Estee Lauder, La Perla dan juga Adidas. Selain itu, pendapatan menerusi penampilannya di dalam program realiti TV keluarganya, Keeping Up With Kardashians, clothingline Kendall + Kylie serta pelbagai tajaan kempen media sosial turut menyumbang pendapatan tingginya berjumlah USD22 juta.
Gisele yang agak ‘senyap’ pada tahun ini berada di tempat kedua dengan USD17.5 juta dengan endorsment daripada Carolina Herrera, Arezzo dan Vivara. Ia agak berkurangan berbanding jumlag dikumpulnya pada tahun lalu, USD30.5 juta. Di tempat ketiga pula isteri kepada John Legend, Chrissy Teigen dengan USD13.5 juta yang pertama kali measuki carta Top 10 model termahal. Ia diikuti oleh Adriana Lima (USD10.5 juta) dan Gigi Hadid (USD9.5 juta).
TOP 10 HIGHEST EARNING MODEL 2017
Kendall Jenner $22 juta
Gisele Bündchen $17.5 juta
Chrissy Teigen $13.5 juta
Adriana Lima $10.5 juta
Gigi Hadid $9.5 juta
Rosie Huntington-Whiteley $9.5 juta
Karlie Kloss $9 juta
Liu Wen $6.5 juta
Bella Hadid $6 juta
Ashley Graham $5.5. juta
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah korang bahawa kucing pernah dipuja sewaktu tamdun mesir satu ketika dahulu kerana dipercayai akan menjaga rumah mereka.
Selain itu, tarikh 8 Ogos merupakan hari kucing antarabangsa tau jadi kepada pemilik kucing mungkin bolehlah buat sesuatu yang special untuk si manja korang hari ini kan?
Apa-apapun, mungkin korang familiar dengan kucing-kucing yang comel tapi takt ahu apa nama baka kucing tu. Kalau korang tau pun mungkin satu atau dua sahaja macam kucing parsi dan kucing siam.
So, sempena hari kucing antarabangsa ni, jom kita belajar mengenai lima baka kucing paling kiut!
Scottish Fold
Kucing ini teramatlah unik dan juga super duper unik sebab telinga dia yang macam kena lipat tu.
Himalayan
Jangan tak tahu, kucing jenis ini memang high maintenance tau!
Exotic Persian
Haa…kucing ni kita paling kucing muka grumpy. Tapi, walaupun nampak macam tu, kucing ini punyalah high maintenance dan juga sangat diva. Pendek kata, apa dorang nak memang kena ikut.
Munchkin
Oh my! Dah la kecil, comel yang amat pulak tu! Sebijik macam nama dia.
Siberian
Jangan tak tahu, kucing pun ada jenis Siberian tau! Dah la bulu Panjang dan tebal, memang best kalau dok peluk-peluk.
Maine Coon
Psst… nak tahu tak kucing jenis ni boleh membesar dengan jayanya tau. Ada kajian mengatakan sebesar seekor anjing!
Sumber: The Odyssey Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!