Gempar Produk ‘Tradisional’ Ada Steroids, Ini Bahaya Yang Perlu Korang Tahu

Share

Ramai masyarakat kita mudah terpedaya dengan produk yang claim boleh rawat sakit lutut, sakit belakang, gout, lelah, asma, resdung dan sebagainya.

Ada juga yang percaya kerana bila mereka try, sungguh memang mujarab. Tapi sebenarnya korang tahu tak kenapa ubat tu sangat berkesan. Ini kerana, produk-produk ‘tradisional’, ‘herba’ dan ‘natural’ ini lazimnya telah dicampur palsu dengan steroids.

Baru-baru ini, page Public Health Malaysia ada membongkar satu produk herba yang kononnya mampu merawat penyakit kronik namun disebaliknya mempunyai bahan bahaya kepada tubuh badan.

Rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman dan sedar tentang bahaya produk mengandungi steroids dan barang terlarang.


facebook Public Health Malaysia.


facebook Public Health Malaysia.

Kesan sampingan jika ambil ubat steroid untuk tempoh yang lama & tanpa pengawasan doktor

Kesimpulannya, sebelum korang terpedaya dengan mana-mana produk yang kononnya dikatakan ‘ubat tradisional’, ‘herba’ atau ‘asli’ tu, pastikan rujuk terlebih dahulu dengan doktor atau pharmacist

yang merawat korang.

Tak berbaloi wey gadaikan kesihatan untuk produk yang boleh buat sakit hilang untuk sementara tapi merana seumur hidup.

Jangan dah jadi pada ahli keluarga sendiri baru korang nak menyesal.

IKLAN