Geliga Betul Otak, Tindakan Lelaki Ini Selepas Disaman Kerana Parkir Secara ‘Back In’

Share

 

Perbuatan parking secara ‘back in’ ataupun reverse parking memang bagus tapi tak bagusnya bila sepatutnya hal ini hanya melibatkan pusingan 3-poin tetapi kemudiannya menjadi 83-poin kerana pemandu tidak cekap dan sebagai akibat, hal itu menyusahkan pula orang lain yang terpaksa menunggu dan kemudian, menyebabkan kesesakan.

Penulis selalu nampak masalahnya ini selalunya berlaku di parking pusat membeli belah .

Tapi korang tahu tak,  parkir secara back-in di sesetengah kawasan Amerika Syarikat boleh menyebabkan pemandu disaman oleh pihak berkuasa?

Ya, inilah yang akan berlaku di Sarasota, Florida. Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ross Creation telah disaman pihak berkuasa kerana meletakkan kenderaannya secara back-in.

Beliau kemudiannya telah melakukan sesuatu yang ‘mencabar’ undang-undang tersebut dengan melakukan modifikasi pada kenderaannya, iaitu bahagian belakang kereta dibuang dan digantikan dengan bahagian hadapan.

Ross kemudiannya memakir semula kereta baharunya di kawasan tersebut dan bersembunyi untuk merakam reaksi pegawai penguatkuasa tersebut selepas melihat inovasi yang dilakukannya.

Untuk pengetahuan anda, peraturan ini dibuat adalah dengan tujuan keselamatan dan kecekapan operasi pihak penguat kuasa bagi memastikan kenderaan yang diletakkan di kawasan lot parkir bandar, jalan dan sebagainya mempunyai lesen yang sah.

Jika anda belum pernah atau merasakan susah untuk memasuki parkir secara mengundur, apa kata anda cuba dahulu selepas ini dan bandingkan. Kami berpendapat cara ini lebih selamat. Anda pula bagaimana, ada pandangan yang berbeza?

IKLAN