Hujung Mac lalu dunia ratu cantik digemparkan dengan pengakuan yang dibuat oleh Rumy Alqahtany mengenai dirinya yang diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi pertama dalam sejarah negara itu.
Gelaran yang dikatakan diterimanya itu menimbulkan pelbagai reaksi positif dan juga negatif memandangkan Arab Saudi terkenal dengan undang-undang sebelum ini yang konservatif.
Walaupun begitu, lain pula ceritanya apabila organisasi induk Miss Universe membuat kenyataan menafikan bahawa mereka telah memilih wakil dari Arab Saudi.
Dalam kenyataan yang disebarkan menerusi sosial media dan juga laman web rasmi jenama tersebut, jelas mesej yang disampaikan bahawa mereka masih lagi dalam proses memilih pihak untuk memegang francais pertandingan tersebut di negara timur tengah itu.
“Kami ingin menyatakan dengan tegas bahawa tiada proses pemilihan telah dijalankan di Arab Saudi, dan sebarang dakwaan sedemikian adalah palsu dan mengelirukan.
Ads
“Pemilihan peserta untuk mewakili negara masing-masing dalam pertandingan Miss Universe adalah proses yang ketat yang perlu mematuhi dasar dan garis panduan kami.
“Pemilihan setiap negara dijalankan mengikut kriteria dan peraturan yang ditetapkan, memastikan keadilan dan ketelusan dalam pemilihan peserta.
Ads
KENYATAAN MEDIA YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK MISS UNIVERSE
“Walaupun Arab Saudi belum lagi dalam kalangan negara tersebut yang mengesahkan penyertaan sepenuhnya tahun ini, kami kini sedang menjalani proses tapisan yang ketat untuk melayakkan calon berpotensi untuk dianugerahkan francais dan menugaskan pengarah kebangsaan sebagai wakil.
“Arab Saudi tidak akan berpeluang menyertai pertandingan berprestij kami sehingga ini muktamad dan disahkan oleh jawatankuasa kelulusan kami,” ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh organisasi berkenaan.
Sepanjang 72 tahun penganjuran, Arab Saudi yang terkenal sebelum ini dengan kawalan ketat terhadap wanita belum pernah menghantar wakilnya ke pertandingan ratu cantik popular ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah nama pun selebriti ke mana saja mesti kena pakai mekap, kiranya setiap hari wajib pakai mekap.
Tapi korang pernah terbayang atau terfikir tak, bagaimana agaknya wajah selebriti kalau tanpa mekap, adakah kita cam mereka atau kita langsung tak cam mereka. Setengah selebriti memang dilahirkan pakej lengkap manakala setengahnya pula perlukan mekap untuk tutup cela mereka. Teringin nak tengok selebriti Korea Selatan tanpa mekap, lain atau sememangnya dilahirkan ‘natural beauty’.
Jom tengok koleksi gambar selebriti K-Pop tanpa solekan ini.
Han Soo Hee
Bintang yang popular dengan drama ‘The World of the Married’ dan ‘My Name’, Han So Hee sering berkongsi foto tanpa makeup di feed Instagram-nya. Malah, bukan hal baru bagi Han So Hee dipuji kerana kecantikannya. Sebelum ini, dalam temu bual untuk siri Netflix My Name, Han So Hee mendedahkan bahawa dia tidak bersolek untuk watak Yoon Ji Woo dalam drama My Name.
2. Song Hye Kyo
Foto tanpa riasan Song Hye Kyo selalu menjadi viral kerana suatu alasan! Selebriti ini tidak berubah sedikit dan tidak di makan, selalu terlihat cantik dan natural.
3. Seulgi Red Velvet
Tidak mahu kalah, Seulgi ahli kumpulan Red Velvet juga berani tampil dengan muka polos. Comel kan?
4. Suzy
Bintang ‘Start-Up’ ini tidak pernah ragu untuk tampil tanpa sebarang solekan di depan kamera. Dalam video untuk Dingo ini, Suzy bahkan memberi kami close-up dirinya yang baru saja bangun dari tempat tidu. Bangun-bangun terus cantik ye!
PHOTO BY YOUTUBE/DINGO MUSIC
5. Shin Min A
Model dan pelakon drama “Hometown Cha–Cha–Cha” ini memang comel lesung pipit yang menggandakan kecantikannya. Tapi, rupanya kalau dia tak solek pun cantik guys!
Foto Via : Shin Min A bare face/kdramabuzz.com
6. Taeyeon
7. IU
IU memang popular dengan wajah baby face semulajadinya. Dia juga sering kelihatan tanpa makeup di kanvas wajahnya, dan pastinya selalu terlihat cantik setiap saat.
8. Jennie
Ini bukan kali pertama penyanyi dan ahli kumpulan BLACKPINK yang popular dengan lagu ‘Kill This Love’ itu menunjukkan wajah polos tanpa makeup. Jennie tampil begitu natural dan terlihat seperti wajah bayi kan?
9. Seo Ye Ji
Pernah menunjukkan rutin pembersihan solekan di rancangan kecantikan Korea Get It Beauty, dan walaupun selepas proses itu, kulitnya masih kelihatan sempurna tanpa cela. Wajah Seo Ye Ji memang berkilat ye guys macam disapukan minyak.
10. Son Ye Jin
Hampir tidak masalah untuk mengetahui tahun berapa foto Son Ye Jin ini diambil, karena dia masih terlihat sama di tahun 2022!
Alahai, cantiknya dorang ni….
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lelaki California yang dikatakan polis mengaku terlalu takut untuk terbang kerana COVID-19 bersembunyi selama tiga bulan di kawasan yang selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa.
Aditya Singh, 36 tahun, didakwa melakukan kesalahan jenayah ke kawasan larangan lapangan terbang dan kesalahan pencurian. Dia yang tiba di Lapangan Terbang O’Hare dari Loas Angeles pada 19 Oktober tahun lalu telah tinggal di zon keselamatan lapangan terbang itu tanpa dikesan.
Aditya Singh. Sumber gambar: Chicago Police Department
BAGAIMANA DIA TAK TERTANGKAP?
Nasibnya berubah apabila pada Sabtu lalu, dua pekerja United Airlines mendekati Aditya dan meminta untuk melihat identitinya. Dia yang cuba berlagak selamba menurunkan topeng muka dan menunjukkan kepada mereka lencana ID lapangan terbang yang dipakainya di lehernya.
Menariknya, lencana yang dipakai itu sebenarnya milik pengurus operasi yang melaporkannya hilang pada 26 Oktober. Pekerja menelefon 911 dan sekaligus polis menahannya sekitar jam 11:10 pagi Sabtu di Terminal 2 berhampiran Pintu F12.
Singh yang merupakan seorang penganggur tinggal di pinggir bandar Orange di Los Angeles dengan rakan sebilik dan tidak mempunyai latar belakang jenayah. Dia memiliki ijazah sarjana dalam bidang hospitaliti.
Ekoran tangkapan ini, Singh tidak lagi dibenarkan menjejak kaki ke lapangan terbang tersebut jika dia mampu membayar wang USD1’000 untuk ikat jamin.Menurut hakim lagi, dia boleh dikategorikan sebagai berbahaya kerana lapangan terbang sepatutnya menjadi tempat yang selamat agar masyarakat berasa selamat untuk terbang.
Satu lagi berita yang menggemparkan negara kita. Kematian seorang pelajar Muhammad Ilham Fahmi yang lemas di lombong ketika sedang memancing.
Apa yang lebih memilukan lagi, sebelum mayatnya ditemui, seramai enam orang anggota bomba mati lemas ketika operasi menyelamat.
Jom kita imbas kembali peristiwa yang berlaku kira-kira dua bulan lepas.
Petang semalam, sekitar jam 5.40 petang, mayat pelajar lemas, Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam timbul dipermukaan lombong selepas hampir 24 jam lemas.
Wartawan REMAJA antara yang dapat menyaksikan kejadian sedih dan sebak ini kerana berada di tempat kejadian. Demi kasih kepada seorang anak yang dikandung, ibunya, Rosmilawati Saadin atau mesra disapa Kak Wati tidak makan dan tidur semalaman selepas mendapat tahu anaknya terjatuh ke dalam lombong berkenaan (Fahmy jatuh pada 3 Oktober 2018 sekitar jam 5 lebih).
“Akak tak ada selera. Malam tadi pun tak tidur semalam,” katanya lemah. Katanya lagi, ekoran tidak dapat tidur, dia duduk dekat di lombong sambil menyeru nama anaknya.
“Adik, muncullah adik. Mama tunggu adik ini. Timbullah adik. Mama sayangkan adik sangat-sangat. Mama nak adik selamat. Mama tak sabar tunggu adik balik rumah,” katanya berulang kali.
Sebelum anaknya ditemui, kedua ibu bapa ini mengharapkan anak mereka masih hidup. Namun kini redha dengan takdirnya
Ternyata, doa dari seorang emak sangat mustajab dan Allah memberikan permudah segala urusan.
REMAJA dapat menyaksikan bagaimana naluri seorang ibu apabila dia berkejar di tebing tasik berpagar selepas katanya dia dapat melihat satu objek timbul dipermukaan air.
“Adik tu, adik,” katanya berulang kali. Ternyata, sebaik jenazah anaknya berjaya diangkat ke dalam bot penyelamat, ibu kepada tiga anak ini terus pengsan malah pengecaman mayat dilakukan oleh suami dan ahli keluarganya kerana Kak Wati masih pengsan.
Dalam pada itu, sebelum mayat Ilham Fahmy muncul, Kak Wati sempat berbual-bual.
“Balik dari sekolah, anak cakap lapar. Dia terus tanya saya masak apa dan dia buka tudung saji. Alhamdulilllah, adik sempat jamah makanan. Petang itu dia cakap lapar lagi dan nak beli mi segera.
“Saya pesan beli untuk saya juga sebab saya teringin. Saya juga suruh adik belikan kepala parut sebab nak letak di kuih sagu mata ikan yang saya buat petang itu. Nampak beriya adik makan mi segera dan saya suruh kongsi dengan adiknya pun dia tak mahu. Licin dia makan seorang,” katanya sambil menambah, petang itu, anaknya itu meminta izin hendak keluar sekejap.
“Ayahnya memang dah larang jangan ke lombong itu. Tak sangka adik pergi. Bukan untuk memancing pun. Kata dua lagi rakannya yang selamat itu, adik berlari di atas jambatan besi itu sambil membuka baju dan terus tergelincir.
Kawan-kawannya menyelam dan cuba menarik rambutnya tapi adik terus tenggelam,” katanya yang hanya mendapat maklumat berita anaknya lemas itu sesudah suaminya pergi dan balik semula ke rumah untuk menjemputnya dan segera ke lombong itu kembali.
Kenangan raya tahun lalu, arwah Ilham Fahmy sebelah kiri.Mayatnya timbul dipermukaan sejauh 800 dari lokasi ditemui jatuh
Tambah Kak Wati lagi, dua hari sebelum kejadian, anaknya membeli telefon baru, iPhone, hasil titik peluhnya bekerja sendiri.
“Telefon bagaikan nyawa baginya tapi pada hari kejadian, adik tak bawa pun bersamanya. Memang pelik. Dua minggu lalu, arwah ada menulis sesuatu di instagramnya ilhmfhmy dengan kata-kata DULU PANDANG TEPI SENTIASA ADA DI SISI, TAPI SEKARANG PANGGIL TAK ADA YANG MENYAHUT. TAK APALAH, AKU CUBA BISAKAN DIRI.
Inilah tulisan menimbulkan tanda tanda yang ditulis oleh ilham Fahmy dua minggu sebelum kejadian
“Ini adik tulis pada 24 September lalu semasa ke Cameron Highlands. Hati saya dah terdetik tapi takut nak komen di ignya. Ternyata, ia menjadi bahawa kalau sebelum ini kami sekeluarga ada di sisinya tapi kini tidak siapa yang menyahut. Mungkin itulah maksudnya,”katanya yang tampak sebak saat menunjukkan instagram anaknya itu.
Menyifatkan anaknya sepatutnya mengambil kertas peperiksaan Mathmatik bagi percubaan SPM, Kak Wati akui dia harus tabah bahawa dia sudah kehilangan anak kedua dari tiga beradik kesemua lelaki ini.
Menyifatkan anaknya itu seorang yang berdikari sejak dulu, di mana di hujung minggu anaknya akan membuat kerja-kerja pembersihan rumah demi mencari wang saku, dan Kak Wati turut menjelaskan motosikal LC yang dibawa anaknya adalah dari wang saku bekerjanya.
Kini tiada lagi anak penawar manja hatinya, tiada lagi anak yang akan memanggilnya mama dan segalanya akan menjadi memori pahit tersimpul dek kehilangan seorang anak.
Al-fatihah untuk arwah adik Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam. Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman.
*****
Kejadian ini juga telah membuka mata rakyat Malaysia tentang besarnya pengorbanan seorang anggota bomba. Jika selama ini mungkin kita menganggap tugas mereka hanya memadam kebakaran, namun sebenarnya tanggungjawab yang digalas itu jauh lebih besar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.