
Pagi ini sidang Parlimen “dipanaskan” dengan pertanyaan BN Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang bertanyakan sama ada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan bertindak tegas terhadap golongan LGBT dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Ternyata, di sebalik media sosial yang mempersoalkan, dimomokkan dengan golongan ini ternyata jawapan dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa mengenainya boleh dijadikan panduan.
Jelas Datuk Muhajid Rawa, undang-undang negara ini tidak membenarkan komuniti lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) mengamalkan gaya hidup mereka.


Perkara itu termaktub dalam Seksyen 377A Kanun Keseksaan serta Enakmen Jenayah Syariah Seksen 25,26 dan 28, Akta Kesalahan Jenayah Wilayah-wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa.
“Pada masa sama, atas asas perlembagaan persekutuan, hak asasi manusia dan warganegara sentiasa dipelihara berdasarkan asas dan acuan Malaysia yang meletakkan Islam agama Persekutuan, dalam kata lain, golongan ini tidak boleh ditindas di tempat kerja, dianiaya dan dizalimi.
“Kita ada statistik 80 peratus golongan mak nyah terlibat dalam industri seks. Kalau kita mendiskriminasi golongan ini di tempat kerja, mereka akan terus berada dalam industri tersebut, sedangkan hasrat kerajaan untuk mengeluarkan mereka daripada industri tersebut,” katanya.
Beliau yang bertanggungjawap terjadap portfolio hal ehwal agama berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut).
Sumber :Malaysiakini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah Boleh Solat Jumaat Selepas 7 Minggu Tertinggal? Nasihat & Pandangan KKM Dijadikan Rujukan Oleh Menteri Agama

Selepas tujuh minggu tidak berpeluang menunaikan solat fardu Jumaat, hari ini Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam mesyuarat pagi tadi, 8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadhan 1441H, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Garis panduan ini disediakan bagi penelitian para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan Ahli-Ahli Dilantik MKI sebagai satu panduan bersama sebelum dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Menteri di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, sebagaimana amalan kebiasaan, resolusi muzakarah ini akan di bawa kepada Majlis Raja-Raja sebagai satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri. Hal ini jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya amat menjunjung hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di negeri-negeri dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri tidak beraja.
“Buat masa ini, saya menyeru seluruh umat Islam untuk mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan sentiasa memanjatkan doa agar wabak ini beransur hilang. Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Pelajar Mati Terkurung”, Ini Kisah Sebenar Seram Hantu Almari Yang Viral Di Asrama

Ramai antara kita berpengalaman duduk di asramakan. Bila dah duduk hostel beramai-ramai, tentu saja ada kisah seram yang biasa diceritakan, dialami sendiri dan juga melihat kawan-kawan kerasukan.
Kali ini aku nak kongsikan kisah HANTU ALMARI yang ada pelbagai versi. Kisah hantu almari ini memang popular di kalangan budak sekolah dan tinggal di asrama. Budak-budak baru masuk pun pasti tahu kisah ini yang ada berbagai versi. Memang seram sangat-sangat dan boleh tak tidur malam jadinya bila kisah ini diceritakan. Kisah hantu almari ini ada dalam tiga versi cerita berbeza. Satu melibatkan asrama lelaki manakala dua lagi asrama perempuan. Kisah ini pun kawan aku yang ceritakan, kebetulan dia bersekolah di situ. Dari tiga versi ini, kisah satu ini betul-betul sangat menyentuh emosi dan melalui tragedi inilah wujudnya kisah Hantu Almari yang amat menyeramkan hingga disebut-sebut oleh semua budak sekolah sampai ke hari ini.
“Nanti kau balik dari sembahyang, keluarkan aku ya…”
Kisah ini terjadi sekitar tahun 80-an dahulu. Ia berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh yang kesemua penghuninya lelaki dan mengamalkan disiplin yang sangat ketat.
Kringgg…
Loceng persekolahan tamat tepat jam 12.30 tengahari. Memandangkan hari ini Jumaat, semua murid-murid yang duduk di asrama wajib solat Jumaat di masjid berhampiran.
Sebagai sekolah yang disiplinnya sangat ketat, tiada pelajar terkecuali dari ponteng solat. Entah kenapa, tengahari itu, Aliff, Zakir dan Badrul malas hendak pergi tambahan pula esok adalah cuti umum persekolahan. Mungkin mood nak balik kampung sudah sampai ke kemuncaknya, jadi Aliff mengajak dua lagi rakannya untuk ponteng solat.
Mulanya, ketiga-tiganya setuju tapi bila balik ke asrama, Badrul dan Zakir serba salah kalau warden dapat tahu dan mereka tertangkap.
“Sekali je wei, bukan selalu pun. Lagi pun esok dah cuti sekolah lama. Kita borak-borak je la dalam bilik,” cadang Aliff. Dua lagi angguk kepala menyatakan setuju.
Tapi bila satu persatu kawan asrama bergerak ke masjid, Badrul dan Zakir mula takut.
“Aku nak pergi la Aliff. Takut nanti warden tangkap, tak pasal-pasal kena denda. Lagipun warden memang garang. Nanti tak pasal-pasal kita kena kalau tertangkap,” kata keduanya. Memandangkan dia memang tak nak pergi dan sudah nekad, akhirnya Aliff setuju dan menyuruh dua kawannya bergerak.
“Bila korang dah pergi nanti, aku menyoroklah dalam almari. Kau kunci dari luar. Nanti bila kau balik dari masjid, kau bukak balik kunci tu. Aku nak tidurlah, penat. Ingat tu, bila kau balik dari sembahyang keluarkan aku tau,” pesan Aliff berkali-kali pada dua kawannya.”Ok, kami pergi dulu,” kata keduanya. Mereka lantas mengunci Aliff dari luar kerana bimbang warden tahu dia ponteng solat hari itu.

Ternyata, apa dirancang tak menjadi. Sebaik keluar dari masjid, kedua kawannya disapa oleh ahli keluarga masing-masing yang membuat kejutan untuk solat di masjid yang sama kerana mudah untuk dibawa balik ke kediaman masing-masing.
Gembira melihat ahli keluarga datang, baik Badrul mahupun Zakir sudah terlupa untuk membuka kunci almari di mana Aliff ada di dalamnya. Sebaik mengambil beg masing-masing di asrama dan kerana mahu cepat, keduanya bergerak pantas dan menuju ke kereta sehingga masing-masing terlupa bahawa Aliff masih di dalam almari.
Lena tidur dalam tempoh beberapa jam, Aliff akhirnya terjaga. Tapi dia hairan kenapa dirinya masih terkurung dalam almari lagi. Puas diketuknya almari berkali-kali tapi sahutannya langsung tidak bersambut. Puas dia menjerit, berteriak tetapi seorang kawannya tidak membantu. Tiada orang langsung kerana kesemuanya sudah pulang ke kampung masing-masing.
Sehari dua terkurung, akhirnya nyawa anak tunggal itu berakhir di dalam almari dalam keadaan sangat tragis selain dirinya sudah lemah kerana tidak menjamah makanan berhari-hari. Dia mati di dalam almari itu dengan suasana yang sangat menyedihkan.
Memandangkan sekitar 80-an tiada kemudahan telefon seperti hari ini, baik Badrul mahupun Zakir masing-masing menyangka bahawa Aliff sudah pulang ke kampung halamannnya. Badrul berfikir bahawa Zakir sudah bukakan pintu almari manakala Zakir pula berfikir, Badrullah yang telah membukanya. Memikirkan cuti sekolah sesuatu yang seronok, masing-masing tidak menyangka tragedi telah menimpa kawan baik mereka iaitu Aliff.
Sementara itu, masa terus berlalu. Tepat dua minggu bercuti, di kalangan warden asrama mula kecoh apabila mak Aliff membuat laporan anaknya tidak pulang ke rumah sekali pun sekolah sudah bercuti dua minggu.

Dia begitu risau, tambahan pula Aliff satu-satunya anak tunggal dan menjadi harapan keluarga.
Bila aduan dilaporkan, warden asrama mula mencari rakan-rakan satu dormnya. Ini termasuklah warden pergi ke rumah Badrul dan Zakir bertanya kalau ada ternampak Aliff.
Namun masing-masing terperanjat apabila mendengar cerita bahawa sebelum balik kampung tempoh hari, Aliff ada minta dikuncikan dalam almari kerana tidak mahu solat Jumaat.
Mendengar cerita itu, warden kemudiannya balik ke asrama dan mereka mendapati memang benar Aliff ada di dalamnya tetapi sudah mati dalam keadana kulit dan isnya sudah mulai luruh satu persatu. Kata orang sudah tinggal tengkorak sahaja.
Sebak, sedih, semuanya bersatu. Badrul dan Zakir tambah-tambah lagi kerana mereka tidak menyangka bahawa rakan baik mereka akan meninggal dalam almari tersebut.
Jenazah anak tunggal itu selamat dikebumikan di kampungnya namun kisah seram bermula apabila pelajar balik ke sekolah selepas tamat cuti.

Malam pertama di asrama, ramai yang mula ketakutan apabila mereka mendengar ketukan bertalu-talu dari dalam almari.
“Dum..dum…berkali-kali sebelum ketukan itu melemah. Pelajar mula panik dan ada melarikan diri ke dorm sebelah. Pelajar tingkatan lima kemudian membuka pintu almari tersebut tetapi kosong.
Menjelang tengah malam, bunyi ketukan semakin kuat sehingga mereka mendengar suara menangis mendayu-dayu. “kenapa kau tinggalkan aku dalam almari….kata suara itu berulang-ulang. Baik Badrul dan Zakir serta ramai lagi tahu, bahawa suara itu sama seperti suara arwah Aliff.
Biar Ustaz dipanggil untuk membersihkan “kawasan” tetapi suara itu terus berulang-ulang dan sejak itulah kisah Hantu Almari begitu popular di kalangan pelajar sekolah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pilot Tembak Jatuh Pesawat MH17 Mati Bunuh Diri, Alami Depresi Selepas Dituduh…

Tragedi MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dalam kejadian 17 Julai 2014 empat tahun lalu sehingga kini masih menemui jalan buntu kerana tiada sebarang pendakwaan dilakukan. Di sebalik penantian semua pihak, dua hari lalu, dunia dikejutkan dengan tragedi bunuh diri ini.
Dua hari lalu, seorang juruterbang pesawat AU Ukraine yang dituduh Russia menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 itu telah membunuh dirinya sendiri. Kapten Vladyslav Voloshyn dikatakan telah menembak dirinya sendiri di rumahnya di kota Mykolaiv dekar Laut Hitam.
Voloshyn selama ini selalu menyebut tuduhan Russia terhadap dirinya adalah satu pembohongan besar.

Latar belakang juruterbang ini bukan calang-calang orangnya. Dia telah mengetuai 33 kali misi pertempuran dengan mengggunakan Jet Su-25 untuk melawan pemberontak pro Russia di wilayah Timur Ukraine.
Berusia 29 tahun, pilot ini bertugas di Pengkalan Udara Mykolaiv yang terletak di wilayah selatan Ukraine tidak jauh dari kota Odessa.
Anggota keluarga mangsa seperti dilaporkan oleh akhbar di Ukraine mengatakan Voloshyn menderita depresi selepas dituduh melakukan tembakan yang mengakibatkan kesemua anak kapal dan penumpang dan tiada satu pun yang terselamat dalam kejadian menggemparkan dunia itu.


Masa yang sama, pemerintah Russia tidak hanya menyalahkan Voloshyn sebagai punca utama tragedi itu. Malah Russia menyebut pesawat Malaysia Airlines itu jatuh selepas ditembak oleh sistem pertahanan udara Bulk milik tentera Ukraine. Bagaimana pun pasukan penyiasat termasuk dari Belanda menafikan tuduhan Russia itu.
Malah mereka membuktikan bahawa seluruh bukti menunjukkan sistem pertahanan udara Bulk ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Russia atau milik tentera Russia sendiri. Sumber : BBC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

