Gara-gara Virus Corona, Pasaraya Singapura Habis Licin ‘Stok’ Barang Diborong!

Share

Makin hari virus carona ini ‘menelan’ ramai nyawa yang tidak berdosa!

Terbaru negara jiran kita Singapura telah memberikan amaran dan menaikkan Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) daripada tahap kuning kepada tahap jingga atau oren semalam bagi membendung penularan wabak koronavirus.

Langkah ini diambil selepas pihak berkuasa menemui beberapa kes koronavirus baharu membabitkan mangsa yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China membawa kepada keseluruhan kes jangkitan adalah seramai 33 orang.

Hentikan Kegiatan Luar Hingga Mac

Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong menasihati agar rakyat Singapura menghentikan semua kegiatan luar sehinggalah cuti hujung Mac ini bagi mengelakkan dijangkiti.

Borong Bekalan Makanan

Pengumuman dibuat itu mengejutkan ramai rakyat Singapura yang khuatir telah melakukan pembelian panik, iaitu memborong bekalan demi persediaan sebelum tahap ini meningkat kepada tahap merah.

Untuk pengetahuan anda, DORSCON peringkat jingga bermakna penyakit dianggap teruk dan mudah berjangkit daripada manusia ke manusia tetapi tidak terlalu meluas dan sedang dibendung.

Dalam satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Eric Teoh semalam memaparkan beberapa tempat meletakkan bekalan barangan di sebuah pasar raya di Singapura sudah kosong, antaranya tisu dan mi segera.

Menteri Industri dan Perdagangan Singapura, Chan Chun Sing dalam satu hantaran Facebook menenangkan rakyat Singapura dengan mengesahkan bahawa bekalan dalam menghadapi krisis ini masih mencukupi dan rakyat tidak perlu melakukan pembelian panik.

Sumber: Berita Harian, Straits Times

IKLAN