Taufik sering memerhatikan Marina, gadis paling cantik di kampung mereka. Setiap kali Marina lalu, dia yang sedang bermain dam di warung Pak Kamil sanggup berhenti seketika.
Dia akan bersungguh memerhatikan anak dara Pak Semail itu sehingga pandangannya menjauh. Dia sudah lama mahu mencuri hati Marina tetapi dia sedar dirinya selalu dihina.
Budak kampung tak ada kerja, pemalas, kaki cari gaduh dan macam-macam lagi dakwaan padanya. Nak nafikan tak boleh kerana dia memang begitu. Dia sememangnya terkenal sebagai budak kampung yang berperangai samseng.
Tapi dengan Marina dia cuba mengawal tingkah lakunya. Dia memang mahu bercinta dengan gadis cantik itu. Di kampungnya, Kampung Gajah, sesiapa yang berjaya mencuri hati Marina adalah lelaki paling bertuah. Sebab itu dia sanggup bergaduh dengan mana-mana lelaki yang cuba-cuba untuk mendekati Marina hingga perbuatannya itu dibenci kedua ibu bapa Marina.
Suatu hari, dia terserempak dengan Marina yang mahu ke pekan. Dari belakang dia memecut motosikalnya.
“Marina, nak ke mana. Kalau nak saya boleh hantarkan,” katanya berbasa basi.
Tapi bukan saja pertanyaannya ditolak tetapi entah angin apa pada Marina, dia cuba meludah lelaki berkenaan tanya sedar perbuatannya terlalu menghina kepada Taufik.
Selepas Marina berlalu, tanpa sedar Taufik mengambil air liur Marina dan kemudian menuju ke rumah Bomoh Hitam di hujung kampung.
Ads
“Tok, tok, nanti buatkan Marina tergila-gila pada aku. Biar dia dengan keluarganya sembah kaki aku nie,” katanya yang penuh dengan sikap amarah dan penuh kebencian kepada gadis yang cuba menghinanya.
Ternyata dari air liur sahaja, Marina sudah terkena ubat guna-guna yang dilakukan oleh Bomoh Hitam. Sejak kejadian itu, bila ditegur oleh Taufik dia melayan saja. Tahulah Taufik yang perangkapnya sudah mengena dan mereka bagai tak boleh dipisahkan lagi.
Suatu hari, seorang anak saudara Pak Semail datang ke kampung. Ustaz Aliff. Dia lulusan Mesir dan pulang ke kampung untuk mengunjungi bapa saudaranya yang sudah lama tidak dijenguk. Malam itu dia bermalam di rumah Pak Semail. Semasa dikenalkan dengan Marina, Aliff dapat menangkap ada yang tidak kena pada sepupunya itu.
Dia bertanya sedikit soalan pada Pak Semail dan orang tua itu sendiri pelik kenapa anaknya iya-iya bercinta dengan Taufik, pemuda samseng yang langsung tak disenangi penduduk kampung.
Ads
Kata Taufik dia akan cuba tengokkan Marina melalui solat hajatnya malam ini. Esoknya dia berkata kepada bapa saudaranya yang anak mereka sudah disihirkan dan dia akan cuba mengubatnya.
Senja itu walau memberontak, Marina duduk dihadapan UstaZ Aliff. Matanya merah seakan marah. Saat ayat-ayat rukyah dibacakan, Marina mula meraung sebelum mencakar mukanya sendiri. Lebih kurang 15 minit berkeadaan begitu, dia terus pengsan. Sedar-sedar dia bertanya di mana. Masa yang sama, Taufik tercegat di depan pintu rumah Pak Semail seolah-olah ingin lihat apa berlaku tapi dia tidak masuk ke dalam.
Tiga hari juga dia gelisah kerana gagal bertemu Marina yang enggan bertemunya. Sehinggalah suatu hari dia mendapat peluang itu ketika Marina ke sungai berdekatan rumahnya.
Dalam pergaduhan itu berlaku tolak menolak sehingga kepala Marina terhantuk batu dan mati di situ juga. Panik dengan hal itu, Taufik bertindak menyembunyikan mayat Marina dalam hutan berhampiran. Kecoh Marina hilang dan masa yang sama, pencarian diteruskan.
Ads
Malam itu, selepas tiga hari dia menyembunyikan mayat Marina, Taufik didatangi satu lembaga putih yang terlalu menyeramkan. Lembaga itu seakan mahu mencekiknya dan apa yang benar-benar menakutkannya ialah lembaga putih dipercayai langsuir itu adalah Marina yang dibunuhnya.
Hidup Taufik sentiasa dalam ketakutan. Di setiap sudut pandangan sudut rumahnya hanya wajah Marina yang penuh menggerunkan kelihatan.
“Tolong..jangan ganggu aku, jerit Taufik yang ketakutan. Perlakuannya sudah seperti orang gila. Ramai yang mengaitkan dirinya dengan kejadian Marina hilang. Mukanya sudah tidak terurus. Namun tiada bukti.
Suatu malam, dia keluar dari rumahnya konon untuk mendapatkan pertolongan dari Bomoh Hitam. Ternyata malam itu malam menggerikan kerana dia terlanggar pokok selepas terdengar suara hilaian yang sangat menakutkan dipercayai mayat Marina. Dia mati ditempat kejadian manakala mayat Marina tidak ditemui sehingga kini. Sejak itu, penduduk Kampung Gajah amat takut lalu di bawah pokok besar itu kerana sering ternampak langsuir.
Saksikan Suri Ram episod 9 dengan kisah Langsuir di Maya Hd dan Astro Prima jam 11 malam ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum reda lagi dengan wabak Covid-19, satu lagi berita tentang wabak ‘misteri’ dilaporkan di Tanzania.
Setakat berita ini ditulis, 15 orang sudah meninggal dunia dan dimasukkan ke hospital sudah mencecah 50 orang yang kebanyakannya lelaki. Lebih menakutkan pesakit mengalami muntah darah dan maut akibat penyakit misteri tersebut jika tidak dibawa ke hospital dengan segera.
Sumber Gambar : The Sun
Menurut laporan Daily Mail, Wabak misteri ini dicatat bukan kali pertama ianya berlaku, penyakit serupa juga dikatakan pernah menyebabkan demam, muntah-muntah dan kesakitan perut di daerah itu pada tahun 2018.
Menurut Kisandu, para pesakit didapati mengalami masalah ulser dan dimaklumkan untuk menjauhi rokok dan minuman keras.
Bagaimanapun Menteri Kesihatan Tanzania, Dorothy Gwajima membantah dakwaan penularan wabak yang dikatakan menyebabkan panik itu
Beliau turut mengarahkan badan perubatan untuk menyiasat kejadian itu, namun menolak dakwaan kewujudan wabak di sana.
Malah, presiden negara itu, John Magufuli juga dikatakan pernah menolak kewujudan virus itu pada Jun tahun lalu.
Firman Allah taala dalam surah Ar Rum ayat 41 yang bermaksud, telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Malah Baginda Rasulullah SAW juga telah menyatakan akan terjadi beberapa perkara dan adalah petanda menjelangnya hari Kiamat termasuklah kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba.
Nyata, al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu sudah menyatakan segala-galanya dan kita sebagai umat Islam harus mempersiapkan diri dan tidak harus leka dengan tipu daya dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada ahli keluarga yang ditahan polis atas kesalahan undang-undang? Kadang bila melalui saat sukar itu, kita pasti terfikir hendak mencari peguam dan masa yang masa terfikir jumlah bayaran yang perlu dibayar agak mahal.
Namun tahukah korang bahawa masih ada lagi perkhidmatan khidmat nasihat dan mewakili kita di mahkamah yang boleh diperoleh secara percuma dengan bantuan dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG).
Untuk pengetahuan korang semua, Jabatan Bantuan Guaman ini ialah merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang menawarkan bantuan guaman bagi warganegara yang kurang berkemampuan.
Melalui 22 cawangan di seluruh Malaysia, jabatan ini menawarkan bantuan bagi golongan yang memperoleh pendapatan RM30,000 ke bawah bagi kategori satu dan bagi kategori dua sumber kewangan tahunan melebihi RM30,000 tetapi tidak melebihi RM50,000.
Apa khidmat bantuan yang mereka berikan
Khidmat Nasihat dalam semua perkara undang-undang Malaysia.
Mewakili anak guam dalam perbicaraan di mahkamah-mahkamah di Malaysia yang termasuk dalam bidang kuasanya.
Menjalankan proses pengantaraan bagi tujuan menyelesaikan pertikaian secara damai dan sukarela.
Memberi khidmat pendamping guaman bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual.
Tahukah anda, antara perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman (dahulu dikenali dengan Biro Bantuan Guaman) adalah khidmat pengantaraan.
Pengantaraan ini dalam bahasa mudahnya adalah perbincangan antara pihak-pihak untuk mencari penyelesaian di luar Mahkamah.
Sesi Pengantaraan ini akan dikendalikan oleh Pegawai Pengantara JBG yang berpengalaman dan kompeten.
Jika ada persetujuan antara pihak-pihak, maka akan dibuat perjanjian penyelesaian.
Perjanjian tersebut akan diendors sebagai sebuah perintah Mahkamah.
Sekurangnya kalau ada masalah, kita tahu mana nak cari peguam. Kalau korang nak tahu korang layak ke tak dapat bantuan secara percuma di Jabatan Guaman Malaysia ini, boleh cuba kalkulator di bawah:-
Apam Balik, sejenis pencuci mulut yang cukup menggiurkan setiap mata yang memandang.
Disajikan dengan pelbagai pilihan inti manis seperti kacang tanah, gula, dan kadang-kadang jagung krim atau kelapa parut, apam balik menggambarkan keharmonian dan kekayaan pelbagai gabungan rasa dalam setiap gigitan.
Maka tidak hairanlah apabila laman web terkemuka TasteAtlas baru-baru ini menyenaraikan Apam Balik sebagai pankek ke-35 paling sedap di dunia.
Dilaporkan, Apam Balik menduduki tangga ke-35 daripada 50 jenis penkek yang wujud di seluruh dunia dengan nilai skor 4.2 daripada 5. Wow!
Bagi kategori hidangan pankek di seluruh dunia, TasteAtlas telah menobatkan menu ‘crepe’ dari Perancis sebagai tempat pertama diikuti oleh penkek dari Austria-Hungary iaitu Kaiserschmarrn di tempat kedua manakala Jianbing berada di tempat ketiga.
Crepe, hidangan cukup manis yang kebiasaannya dihidang bersama sos coklat dan buah-buahan.
Carta ini juga menunjukkan bahawa Apam Balik lebih mendapat sambutan berbanding menu pankek tradisional dari Kanada yang sering dimakan dengan sirap mapel.
Pankek tradisional berasal dari Kanada.
Apam Balik bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia juga terkenal di negara jiran kita iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.
Menurut TasteAtlas, hidangan ini juga mula diperkenalkan di negeri Pulau Pinang oleh kaum Cina yang berhijrah dari wilayah Fujian, China.
Sebelum ini, menu karipap juga telah disenaraikan oleh TasteAtlas sebagai pastri kelima paling sedap di dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: TRPBM, Taste Atlas
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...