Gara-Gara Gimik Terjun Seorang Lelaki, Tasik Cermin Ditutup Buat Sementara Waktu

Share

Memang benarlah kata orang, alam ini lebih indah tanpa kehadiran manusia. Manusia yang bagaimana? Manusia yang tidak berfikir menggunakan akal yang panjang. Baru-baru ini tular tentang kes seorang lelaki yang terjun ke dalam Tasik Cermin yang terletak di Ipoh.

Dalam video yang tular menerusi akaun TikTok @iamsyafiruz yang berada dilokasi ketika kejadian itu berlaku, dapat dilihat seorang lelaki berpakaian serba hitam secara tiba-tiba memanjat pagar di atas tasik berkenaan lalu membuat terjunan. Manakala pada bahagian kedua video pula, dia ada menyatakan yang lelaki tersebut bukanlah orang Malaysia sebaliknya berbangsa Arab.

Tasik Cermin yang mempesona. Kredit foto: flyklia.com

Hari ini menerusi laporan Bernama, Tasik Cermin akan ditutup buat sementara waktu sehingga tarikh pembukaan diumumkan kelak. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, “Majlis Bandaraya Ipoh telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut.”

Tasik Cermin yang terkenal sebagai tasik yang dikelilingi keindahan alam semula jadi terletak di dalam kawasan di bawah pengurusan Kinta Geopark dan aktiviti mandi manda tidak benarkan sama sekali di kawasan itu.

Kredit foto: kintachronicles.blogspot.com

Sebelum ini kawasan tumpuan ramai itu pernah ditutup sekitar Mac tahun lalu atas faktor keselamatan dan kemudiannya dibuka semula untuk kunjungan orang ramai. Rata-rata warganet tidak senang dengan tindakan lelaki tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut hanya akan mendatang kesan buruk kerana boleh menyebabkan tasik tersebut ditutup.

Ternyata telahan warganet menjadi kenyataan. Semoga tasik ini akan dibuka semula kelak dan pelaku segera dihadapkan ke muka pengadilan dan diberi hukuman sewajarnya.

@iamsyafiruzReply to @alynnsatar92 Part 2♬ original sound – syafiruzafiza – iamsyafiruz

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN