Gara-Gara Dilahirkan Atas Perahu Ketika Banjir, Bayi Ini Dinamakan Siti Noor Banjiriah

Share

Bermacam dugaan yang perlu dihadapi masyarakat yang terkesan kerana banjir. Seperti insiden yang berlaku di Kalimantan Selatan, Indonesia. Seorang wanita terpaksa bersalin di atas perahu ketika dalam perjalanan menuju ke hospital sambil diiringi oleh dua orang bidan.

Sejurus naik ke atas perahu wanita yang dikenali dengan nama Ernawati merasakan bahawa saat melahirkan sudah tiba. Oleh itu, dua orang bidan yang ada bersamanya memutuskan untuk membantunya bersalin di atas perahu.

Keadaan Ernawati ketika melahirkan di atas perahu. Sumber gambar: via tangkap layar Facebook Ponk Burger

Bayi perempuan yang dilahirkan sihat itu menjenguk dunia setelah beberapa minit Ernawati bertarung kesakitan untuk melahirkan.

Apa yang menarik adalah pemilihan nama bayi perempuan yang boleh diangap unik. Disebabkan dilahirkan dalam keadaan banjir dan di atas perahu, Ernawati dan suami bersepakat menamakan anak perempuan mereka itu sebagai Siti Noor Banjiriah.

Bersyukur atas rezeki yang diberikan tuhan, kedua-dua mereka berterima kasih kepada bidan yang berdedikasi membantu saat melahirkan. Wah! Adik Siti Noor Banjiriah pasti akan sentiasa ingat nanti yang dia dilahirkan saat rakyat bergelut dengan bencana banjir.

Sumber: kompas.com

IKLAN