Gamers e-Sports Malaysia Menangi RM62000 , Kalahkan 3,530 Pasukan!

Share

 

Nak kalahkan 10 pasukan pun susah, inikan lagi sehingga lebih 3,000 buah pasukan dari seluruh rantau Asia Pasifik. Mega!

 

TAHNIAH REMAJA ucapkan kepada dua buah pasukan gamers daripada Malaysia yang berjaya menamatkan saingan kejohanan Asia Pacific Predator League 2019 di tempat ketiga dan keempat dua hari lalu di Bangkok Thailand.

Setelah tiga hari bergelut dalam kejohanan sengitu itu, pasukan Geekfam yang disertai oleh telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD15,000 setelah mendapat tempat ketiga dalam kategori DOTA2. Sementara itu, sebuah lagi pasukan Malaysia iaitu Lotac berpuas hati di tempat keempat dalam kategori sama.

GeekFam

GeekFam dipaksa tunduk kepada pasukan Filipina, TNC Predator manakala Lotac pula tewas kepada pasukan Indonesi BOOM ID. Sekaligus, dua pasukan tersebut menyambar kedudukan pertama dan kedua.

Apapun, saingan yang diberikan cukup sengit sebelum keputusan akhir diterima kerana masing-masing tidak mahu mengalah di hadapan 10,000 orang penonton Stadium Nimibutr dan 4.3 juta lagi penonton online dari seluruh dunia!

Bercakap dengan wakil media, wakil penganjur Asia Pacific Predator League 2019 iaitu Acer berkata mereka mengharapkan lebih ramai lagi bakat remaja yang dicungkil melalui trend e-Sports di rantau ini dan agar mereka dapat menempah kejayaan sekali lagi pada acara seterusnya di Filipina pada tahun 2020.

Ni yang nak asah skil PUBG dan DOTA2, mana tahu boleh menang ribuan dollar! Hehe..

 

 

IKLAN