Gal Gadot mencipta sejarah apabila menjadi pelakon kelahiran Israel pertama yang diberikan penghormatan bintang ‘Hollywood Walk Of Fame’ pada Selasa.
Dalam ucapan yang diberikan oleh Gadot pada majlis berkenaan, beliau beberapa kali merujuk kepada asal-usulnya sebagai seorang warganegara Israel malah sempat menyelitkan beberapa ayat dalam bahasa Ibrani atau Hebrew.
“Saya hanyalah seorang gadis dari sebuah bandar di Israel,” katanya dan menerima sorakan yang kuat daripada penyokong khalayak di sana.
Sambungnya, “Kepada semua orang muda terutamanya gadis-gadis di luar sana; sekiranya seorang gadis dari Rosh Ha’ayin (merujuk kepada dirinya) boleh menerima bintang di Hollywood Boulevard, tiada apa yang mustahil.”
Hari istimewa pelakon Wonder Woman ini juga turut disaksikan oleh suaminya, Jaron Varsano serta empat orang anak perempuan mereka iaitu Alma, 13; Maya, 8; Daniella, 3 dan Ori, 13 bulan.
Ads
Bagaimanapun, acara Hollywood Walk of Fame itu dicemari dengan cemuhan penunjuk perasaan pro-Palestin yang sedikit sebanyak menangguhkan acara selama 15 minit sebelum ia bermula.
Antara papan tanda yang dipegang oleh penunjuk perasaan itu termasuklah slogan seperti, ‘Disney menyokong pembunuhan beramai-ramai’ dan ‘Hollywood, soal kemanusiaan adalah untuk semua insan’.
Protes berkenaan bertambah semarak susulan serangan tentera Israel secara besar-besaran di Gaza pada Selasa sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dalam serangan itu menurut media tempatan di sana.
Ads
Sebagai info, serangan terhadap Hamas di Gaza ini berlaku atas arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz atas alasan keengganan Hamas membebaskan tawanan warganegara Israel.
Berbalik kepada acara penganugerahan kepada Gadot tadi, bintang filem Disney Snow White itu juga secara lantang menyokong Israel seperti mana yang dilakukan Gadot sejak serangan pengganas 7 Oktober 2023 dan pencerobohan ke atas Gaza di media sosial dan secara terbuka di acara-acara yang dihadirinya.
Ads
Sentimen itu sekali lagi diucapkan Gadot sebelum acara semalam apabila beliau ditemubual oleh Variety.
“Saya tidak pernah membayangkan di jalan raya sekitar Amerika Syarikat dan di bandaraya seluruh dunia; kita akan melihat orang ramai tidak mengutuk kelompok Hamas tetapi meraikan serta bersorak pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi,” katanya.
Hidup bersama dengan orang lain dalam satu rumah memang bukan perkara mudah. Kalau tinggal dengan saudara sendiri pun belum tentu aman, apa lagi dengan orang yang langsung tak ada kaitan langsung dalam hidup kita.
Paling tak boleh tahan bila dapat housemate yang pengotor. Tak reti cuci pinggan lepas makan. Guna tandas pun kadang-kadang ‘lupa’ flush katanya.
Belum lagi kalau nak kira berapa kerap mereka kemas rumah. Selalu buat sepah ada laa..
Biasanya, kalau korang terkena dengan housemate yang berperangai macam ni, apa yang korang buat?
Ni kami nak share idea ‘baek punya’ daripada Safwan Nazri untuk korang perli housemate yang mungkin tak faham bahasa.
Video ini juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Tapi kita bukanlah nak cari gaduh dengan housemate sendiri kan? Video ni cuma untuk menghiburkan diri dan kadang-kadang rasa nak buat je, baru puas hati. Tapi rasanya taka da pun yang sampai hati nak buat kan? Hiks!
Apa-apa pun, kalau ada masalah dengan housemate, cuba bincang elok-elok. Iye la, tak nak la sampai satu rumah bermasam muka kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya rakyat Malaysia boleh dah ‘move on’ dengan kereta terbang, kan? Almaklumlah, dah masuk tahun 2020 dan sejak Wawasan 2020 mula disebut oleh Tun M dulu lagi kita dah terbayang tahun ini mesti negara kita dah maju sampai tahap kereta pun boleh terbang.
Kalau korang nak tahu, negara Finland dah pun melancarkan ujian percubaan sejak Mac tahun lalu dan turut berhasrat memperkenal bas tanpa pemandu yang dikenali sebagai “Gacha” di Asia Tenggara tahun ini.
Dan paling menariknya, salah seorang orang kuat yang dipertanggungjawab mencipta teknologi ini merupakan pemuda dan jurutera kelahiran Malaysia. Bangga tak uolls…?
Memetik sumber Malay Mail, Umar Zakir merupakan jurutera utama pasukan perancangan dan kawalan pembangunan algoritma bersama syarikat teknologi tanpa pemandu di sana iaitu Sensible 4 yang turut bekerjasama dengan Muji Japan.
“Pasukan kami bertanggungjawab membangunkan algoritma yang membantu kenderaan autonomi (AV) bergerak dan merancang semula destinasi dalam insiden yang tidak diingini,” katanya.
Sedikit perkongsian tentang Umar, beliau merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam panduan, sistem navigasi dan kawalan AV. Semasa pengajian doktor falsafah (PHD), Umar adalah ahli pasukan ‘Intelligent Drive’ pusat pengajian tinggi tersebut yang berjaya mempamerkan prototaip kenderaan tanpa pemandu di Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada 2018.
Beliau mempunyai enam tahun pengalaman dalam bidang AV dengan menyertai lebih 10 projek di Malaysia, Singapura dan Jepun.
Wah hebat anak Malaysia di mata dunia, Hal ini membuktikan graduan universiti tempatan pun tak kurang hebatnya. Betul tak?
Sumber: Malay Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular sejak lebih dua dekad lalu dilaporkan bakal diangkat ke layar perak.
Justeru, Studio filem, Astro Shaw Sdn. Bhd akan mengadakan satu sesi ujibakat bagi mencari watak lelaki utama untuk filem live-action animasi legenda tanah air, Keluang Man.
Pengumuman berkenaan dibuat menerusi platform Instagram rasmi Astro Shaw.
“Adakah anda KELUANG MAN yang kami cari? Jom join ujibakat sebelum 13 Ogos 2023 untuk watak utama bagi membintangi filem akan datang terbaru kami, KELUANG MAN!
“Untuk maklumat lanjut, sila tekan link yang tertera di bio Astro Shaw!” kongsinya.
Hantaran terbabit telah disertai sekeping poster yang memuatkan kriteria-kriteria watak utama yang dicari-cari.
Antaranya, peserta mestilah seorang lelaki, berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 40 tahun, fasih berbahasa Melayu dan berbadan tegap.
Selain itu, memiliki asas mempertahankan diri juga merupakan satu nilai tambah bagi peserta-perseta yang ingin mencuba nasib.
Bagi menyertai ujibakat tersebut, peserta perlu menghantar video pengenalan diri dengan durasi maksimum tiga minit menerusi kod QR yang terpampang pada poster ujibakat.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesi ujibakat ini, anda boleh layari laman web rasmi Keluang Man.
Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor.
Seramai 10 individu yang memiliki bakat terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.