Gagal Potong Kenderaan Sebelum Bertembung! Ibu & Ayah Maut, 7 Beradik Jadi Yatim Piatu

Share

Jika semalam kita masih bersedih dengan kemalangan yang menimpa pasangan suami isteri, Muhammad Noor Idham Ramli, 31 dan isterinya, Surawati Mohd pagi tadi di Kilometer 134 Jalan Kuantan/Seremban dekat Muadzam Shah, Rompin hari ini kita sekali lagi merasai kesedihan apabila satu lagi pasangan suami isteri meninggal dalam kemalangan jalan raya.

Jika pasangan Muhammad Noor dan Surawati meninggalkan tiga anak yang masih kecil berusia 6, 4 dan setahun setengah, hari ini tujuh beradik menjadi yatim piatu akibat kemalangan yang menimpa ibu bapa mereka di Jalan Felda Kerteh 2/3, Dungun.

Dalam laporan Berita Harian,  kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, Kamal Hisham Mustaffa, 35, dan isterinya, Norhapisah Idris, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

BACA SINI : Kakak Patutnya Balik Gerak Balik Esok, Kemalangan Maut Suami Isteri Tunjuk Sikap Pelik

Dua anak mereka yang parah di kepala ialah Muhammad Danish Irfan Kamal Hisham, 11, dan seorang anak angkat pasangan itu, Muhammad Danial Abdullah, 12.

Pertembungan dua buah kenderaan ini di Jalan Felda Kerteh mengakibatkan pasangan suami isteri meninggal di tempat kejadian
Pemandu Alza yang juga terdiri dari seorang guru dan juru tol mengalami patah kaki dan kedua-duanya selamat

Lima lagi anak pasangan itu berada di rumah ketika kejadian.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira Aeroback dipandu Kamal Hisham dari arah Ketengah Jaya ke Felda Kerteh 2, dikatakan memintas sebuah kereta di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, Kamal Hisham tidak sempat kembali ke laluan kiri sebelum bertembung dengan kereta Perodua Alza.

Kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri ini menjadikan tujuh anaknya yatim piatu serta merta
Pesakit yang parah akibat kemalangan jni dibawa ke hospital untuk rawatan

Pemandu Alza, Mohd Zulkifli Ab Aziz, 39, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh, Kemaman dan rakannya, Mohd Suhaimi Mat Hassan, 22, yang bertugas sebagai juru tol, dilaporkan patah kaki.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri yang tinggal di Kampung Sura Hujung itu dalam perjalanan mengambil dua anak mereka yang tinggal di asrama Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Raja.

“Kemalangan menyebabkan pemandu dan semua penumpang kedua-dua kenderaan tersepit. Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan semua mangsa,” katanya.

Baharudin berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dihantar oleh ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

IKLAN