Impian pelakon Dai Fuad untuk bekerjasama dengan pasukan di sebalik Projek: High Council akhirnya menjadi kenyataan apabila dia diumumkan sebagai antara pelakon utama dalam naskhah terbaharu, Kudrat 1968.

Menurut Dai, peluang membawa watak Pa dalam karya berkenaan seakan menjadi penawar kepada kekecewaannya selepas gagal mendapatkan watak dalam filem Kahar: Kapla High Council yang diterbitkan pada 2024.

Gagal Jadi Beja, Kini Rezeki Dai Fuad Dalam Kudrat 1968 -“Saya Pegang Kata-Kata Itu”

Pernah Hampir Terpilih Untuk Kahar

Mengimbau kembali pengalaman itu, Dai berkata dia berjaya melangkah sehingga ke peringkat akhir uji bakat sebelum dimaklumkan tidak terpilih.

“Saya pergi uji bakat filem Kahar sehingga peringkat keempat dan berjaya berada dalam kelompok lima terbaik. Namun, saya dimaklumkan tidak terpilih. Kemudian, penerbit filem itu memberi nasihat agar saya tidak berputus asa dan saya pegang kata-kata itu.

“Perasaan kecewa itu memang hadir sebab saya dah sampai ke tahap lima terbaik.

Ads

“Sebenarnya, sejak menonton episod pertama drama Projek: High Council, saya sudah terdetik dalam hati hendak bekerja dengan orang yang menghasilkan cerita ini,” katanya.

Gagal Jadi Beja, Kini Rezeki Dai Fuad Dalam Kudrat 1968 -“Saya Pegang Kata-Kata Itu”

Anggap Peluang Ini Sebagai Satu Amanah

Nama Dai kemudiannya diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama dalam Kudrat 1968, naskhah yang menjadi kesinambungan kepada filem Kahar: Kapla High Council dan drama Projek: High Council.

Menyedari francais tersebut mempunyai kelompok peminat yang besar, Dai mengakui dia memikul tanggungjawab yang bukan sedikit untuk memastikan lakonannya memenuhi jangkaan penonton.

Ads

Gagal Jadi Beja, Kini Rezeki Dai Fuad Dalam Kudrat 1968 -“Saya Pegang Kata-Kata Itu”

Mierul Aiman Banyak Beri Semangat

Dalam masa sama, Dai turut menzahirkan penghargaan kepada pelakon Mierul Aiman yang disifatkannya banyak membantu sepanjang proses penggambaran.

“Saya harus beri kredit kepada Mierul. Dia adalah ketua kami.

Ads

“Dialah yang sentiasa mengingatkan kami dan menetapkan satu tahap yang perlu dicapai. Dia banyak membantu saya membawakan watak Pa,” ceritanya.

Selain Dai dan Mierul, Kudrat 1968 turut dibintangi Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Evertts Gomes dan Chech Harith.

Menariknya, Kudrat 1968 bakal menemui penonton menerusi dua format berbeza iaitu empat episod drama yang ditayangkan terlebih dahulu sebelum filemnya menemui penonton di pawagam.

Gagal Jadi Beja, Kini Rezeki Dai Fuad Dalam Kudrat 1968 -“Saya Pegang Kata-Kata Itu”

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads