Gaduh Di Mc Donald Gara-Gara Nuget Ayam

Share

Fasal nuget pun nak bergaduh. Biasalah bila masing-masing nak tunjuk kuat dan hebat.

Satu kekecohan telah terjadi di restoran makanan segera Mc Donald dan tular di media sosial apabila seorang pekerja di bahagian kaunter  telah menanduk muka seorang pelanggan.

Pergaduhan bermula jam 4.50 pagi – Picture SWNS

Kejadian dikatakan berlaku apabila pelanggan memasuki Mc Donald  jam 4.50 pagi dan telah  membuat pesanan. Malangnya, menu biasa sudah ditukar kepada sarapan hidangan pagi  di restoran makanan  segera terbabit.

Disebabkan tidak berpuas hati hidangan menu dengan tiada nuget disertakan, pelanggan telah meminta tukar kepada daging bakon, malangnya apa yang dipesannya juga tiada,” kata sumber dalam video tersebut.

Mungkin berang kerana hajatnya tidak dipenuhi, pelanggan terbabit mungkin sudah mengeluarkan kata-kata pedas. Sebelum video pergaduhan berdurasi 26 saat itu tular, kelihatan pekerja Mc Donald di Liverpool, Merseyside itu masih mundar-mandir sebelum bersemuka semula dengan pelanggan terlibat.

Pekerja Mc Donald ini telah menanduk muka pelanggan terbabit
Meski cuba dileraikan tetapi masing-masing tak nak berhenti – Picture SMNS

Apa lagi, mungkin sebab panas hati, mengantuk dan tak tahan, terjadi pergaduhan antara mereka berdua sehingga berdarah-darah tanpa adanya pengawal keselamatan mengawal di lokasi terlibat. Pekerja Mc Donald itu mendakwa, dia hanya mempertahankan diri sahaja kerana pelanggan terlebih dahulu cuba menumbuknya.

Selepas video tular, Mc Donald telah menggantung tugas pekerja terbabit

Selepas video ini tersebar luas, pihak Mc Donald mengesahkan telah mengantung tugas pekerja terbabit dan akan melakukan satu siasatan rapi mengenainya. Sumber metro.co.uk

IKLAN