
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Warganet Teruja Pelajar Bangsa India Tonton ‘Jejak Rasul’, Raih A+ Tasawwur Islam

Seorang pelajar berbangsa India tidak menjadikan bukan beragama Islam sebagai penghalang buatnya untuk berjaya dalam mata pelajaran Tasawwur Islam. Inilah dibuktikan oleh seorang pelajar tingkatan lima yang bernama Sai Easwaran ini mengambil subjek Tasawwur Islam sebagai mata pelajaran elektif bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

“Saya baru terima keputusan SPM. Syukur, saya dapat 9A dan A+ Tasawwur Islam. Rancangan yang dipaparkan TV3 telah membantu saya mempelajari lebih dalam tentang Islam,” tulis Sai.

Menurut perkongsian personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter nya, dia terharu dengan pencapaian seorang pelajar lelaki berbangsa India yang meraih gred 1A+ bagi subjek Tasawwur Islam dalam keputusan SPM 2020.
Pelajar India yang selalu dm tanya-tanya soalan berkaitan Jejak Rasul, cemerlang dalam #SPM2020 👍👍
Tasawwur Islam pun dapat A+ 😊 pic.twitter.com/rPHDlvthI2
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) June 10, 2021
Menurut pengacara program Jejak Rasul ini lagi, pelajar ini juga rajin bertanya melalui direct massanger (DM) berkaitan program ilmiah jejak rasul dan menimba ilmu pengetahuan terutama mengenai Islam.
“Saya berhutang budi kepada semua, rancangan yang sangat bermaklumat dan para penyampai yang memiliki pengetahuan luas. Terima kasih kepada abang juga, semoga sentiasa dirahmati. Amin,” luahnya.
Malah, Fedtri mendedahkan pelajar itu juga sedang melaksanakan Puasa 6 yang dijadikan sebagai amalan walaupun tahu dirinya bukan beragama Islam.
Moga menjadi asbab hidayah 🤲 pic.twitter.com/HPNyZv56tH
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) June 10, 2021
Rata-Rata Netizen Teruja Dan Bangga
Kisah Sai ini mendapat perhatian warganet, rata-rata memuji kegigihan pelajar ini menimba ilmu tidak kira dimana saja, tak kurang juga yang memuji content rancangan Jejak Rasul yang menarik.

Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Bagusnya pelajar ini, tak malu bertanya untuk mendapatkan ilmu. Moga terus berjaya dan capai impian ke menara gading!
Sumber: Twitter @fedtriyahya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Linda Rafar VS Nurse, Delegasi Jururawat Malaysia Fail Saman Pertama Ke Atas Orang Awam

Nampaknya episod kecaman terhadap jururawat yang didakwa tidak mahu menukar cadar emaknya yang mendapat rawatan di Hospital Shah Alam oleh pelakon Linda Rafar yang tular minggu lalu membawa satu episod baru apabila Delegasi Jururawat Malaysia (DON) memfailkan saman pertama kalinya terhadap orang awam.
Saman kali pertama dibuat dalam sejarah kejururawatan kerana DON ingin memberi teladan kepada pihak yang terlibat serta mahu menjaga nama baik kejururawatan yang terlalu banyak dibuli di media sosial.

Kalau ikutkan, Linda Rafar bukanlah individu pertama menularkan ketidakpuasan hati terhadap layanan jururawat di hospital malah banyak lagi individu lain berbuat demikian.
Ini termasuk satu kes di Hospital Langkawi di mana seorang lelaki yang isterinya yang mengandung memaki hamun jururawat konon lambat memberi rawatan untuk isterinya.
Namun apa yang win, jururawat “di sebalik pintu” (yeay inilah gelaran untuknya yang cool) yang dimaki langsung tidak membalas kata-kata kesat dilontarkan sebaliknya hanya berkata begini kepada lelaki disifatkan sebagai kurang ajar itu.
”Apabila kita dilayan begini, siapa tidak kecil hati. Encik ada kuasa lelaki dan encik meninggikan suara pada saya. Saya hanya menjalankan tugas menjaga kesihatan isteri dan anak encik.
Hah, winkan ayat-ayatnya. Nasib juga akak nurse ini cool orangnya dan bukan panas baran.

Berbalik kepada isu Linda Rafar, selepas dia memuat naik kenyataan di instagram miliknya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia segera memberi respon di mana satu soal siasat akan dilakukan demi mencari jawapan.
Mungkin sudah tidak tahan asyik dibuli dan mungkin ada tindakan tatatertib, DON dalam satu kenyataan di fb milik mereka semalam tampil memberi kenyataan seperti berikut.

Berikutan dari kes viral yang disebarkan oleh seorang artis tempatan terhadap jururawat, terdapat jururawat yang kami dapati telah difitnah oleh artis tersebut tanpa sebarang bukti kukuh. Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya.
Jururawat terbabit juga sudah membuat laporan polis dan segala bukti telah di simpan. Artis berkenaan telah menuduh jururawat tersebut mengugut beliau dan memuat naik gambar tertuduh (Jururawat) di akaun Instagramnya sedangkan tiada ugutan dibuat. Mangsa (jururawat) telah menerima kecaman dan ugutan selepas di viralkan tanpa bukti oleh artis berkenaan.
Maka kami, Delegasi Jururawat Malaysia (DON), mewakili mangsa yang diviralkan dan difitnah oleh artis tersebut ingin memulakan kutipan dana bagi tujuan kos tuntutan undang-undang supaya insiden fitnah seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.
Pihak peguam kami telah bersetuju untuk membuka fail saman terhadap individu tersebut bagi pihak si mangsa fitnah.
Jadi, kami menyeru rakan-rakan jururawat untuk menyumbang sedikit derma ikhlas bagi tujuan tuntutan saman tersebut. Kami harap semua Jururawat Malaysia, rakan-rakan dalam bidang kesihatan dan rakyat Malaysia yang perihatin memperjuangkan hak dan nasib jururawat dapat beri sumbangan walaupun ianya serendah RM10 demi profession kita.
Ini adalah bagi memberi teladan kepada yang terlibat serta menjaga nama baik kejururawatan.
Boleh bank in ke :
Akaun : Delegasi Jururawat Malaysia /
Delegation of Nurses
No akaun : 8603343066 (CIMB).
Perkara : Dana Tuntutan Mahkamah
*Sebarang pertanyaan, boleh hubungi*
PM Page: *Delegation of Nurses*
Email : *delegationofnurses@gmail.com*
Baca juga maklum balas DON selepas kenyataan itu dimuat naik di fb milik mereka.
Bila mangsa ditularkan, pastinya menjejaskan emosinya. Bayangkan perasaannya sedangkan dia tidak bersalaah seperti yang dituduh oleh artis tersebut.
Kes ini bakal menjadi kes saman fitnah pertama diambil oleh jururawat ke atas orang awam yang selama ini terlepas dari sebarang tindakan undang-undang setiap kali tugasan mereka dipertikaikan di media sosial tanpa mendapat sebarang pembelaan. Ia adalah signal penting untuk masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan media sosial untuk mendapat perhatian dari pihak tertinggi KKM.

So, lepas ini kalau ada yang tak puas hati dengan penugasan orang lain, pergilah tanya baik-baik ya. Jangan ambil kesimpulan memuat naik terus di media sosial kerana cara begitu bukan penyelesaian terbaik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tersangkut 5 KM Pada Hari Pembukaan IKEA Pertama Di India

Jika di IKEA Tebrau, Johor dahulu, kesesaka hanya berlaku di pintu masuk ke gedung tersebut.
Impak berlainan nyata terasa apabila gedung IKEA dibuka di Hyderabad India – gedung pertama jenama pengeluar perabot itu di India!
Menurut laporan media di sana, jalan raya kedua-dua hala sesak teruk pada hari pembukaannya 9 Ogos lalu sehinggakan ribuan kenderaan terperangkap selama berjam-jam.

Ada juga pelanggan yang mendakwa mereka tersangkut di dalam kesesakan jalan raya dari 5 kilometer sehingga seteruk 20 kilometer bergantung kepada waktu pada hari Khamis lepas.
Whoa, dah macam nak balik kampung masa raya.

Ia berikutan hampir 40,000 pelanggan mengunjungi gedung itu pada hari tersebut. 10,000 sebelum jam 4 petang manakala selebihnya berkunjung selepas tamat waktu kerja lalu mengakibatkan kesesakan teruk sehingga larut malam.
Satu lagi faktor yang menyumbang kepada kesesakan luar biasa ini adalah ribuan pelanggan IKEA yang menahan teksi di jalan raya besar selepas tamat membeli-belah.



Kata pengurus gedung John Achillea, “Apabila semakin ramai yang datang pada waktu malam, staf IKEA berdepan masalah untuk mengawal pintu masuk. Ada juga momen tegang apabila ada yang memotong barisan.”
Gedung IKEA Hyderabad berkeluasan 400,000 kaki persegi. Dalam tempoh 7 tahun lagi sehingga 2025, IKEA dijangka membuka sebanyak 24 lagi buah gedung seluruh India. Paling hampir adalah pembukaan gedung di Mumbai pada musim panas 2019.

Menariknya di sini, hidangan popular bebola daging IKEA digantikan dengan bebola ayam dan bebola sayuran untuk menghormati kepercayaan agama penduduk. Malah, IKEA Hyderabad juga ada menawarkan nasi briyan.
Dapnya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

