Zaman serba moden sekarang dah senang untuk korang dapatkan panduan atau tip dalam apa saja perkara kerana ramai yang sudi berkongsi pengalaman mereka di media sosial.
Tak terkecuali untuk korang yang tertanya-tanya macam mana agaknya nak menghadiri sesi temu duga untuk menjadi seorang guru, Nadia Asyiqin turut berkongsi pengalaman dan tip yang boleh korang rujuk.
Pengalaman semasa temu duga
Satu bilik akan ada enam orang calon (calon telah ditetapkan masa dari awal). Dalam satu bilik tu, akan ada dalam dua atau tiga orang panel. Mengikut pengalaman gadis ini dulu, dia dapat seorang panel dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan seorang lagi Guru Cemerlang (GC).
Kos yang sama akan gunakan satu bilik saja dan soalan bertukar sebab GC bertukar setiap hari. Soalan panel SPP mengenai teori dan isu semasa.
Nampak remeh tapi tolong take note!
Rancangan Pengajaran Harian (rph) pastikan lengkap sebab perkara pertama GC akan buat adalah semak rph korang satu per satu. Dari segi pakaian pula, pakai blazer. Tak perlu pertikai tak sesuai baju kurung pakai sekali dengan blazer, ikut saja style yang SPP mahukan.
Selain itu, pakai nametag yang berukuran mengikut pekeliling. Kasut perempuan pastikan ada tumit dan bertutup. Baju kurung pula tak perlulah meriah sangat, bukan nak pergi dinner final year pun. Hiks!
Akhir sekali, pakai jam, eyeliner dan bedak. Ini adalah seperti mana tip yang diberi oleh perunding imej UPM.
Susunan fail
Ini muka depan fail. Pastikan fail berwarna hitam atau biru gelap. Letak muka korang supaya senang panel tu nak tahu fail siapa yang tengah dibelek masa tu
Muka pertama bila buka fail
Ads
Partition ni dibuat sebenarnya nak mudahkan urusan panel nak membelek
Senarai semak temuduga. Pastikan semua ada
Kad pengenalan ni dalam bahagian B. Sebelum masuk bilik interview, lekatkan belakang IC original dengan selotep dan lekatkan dibahagian bawah perkataan kad pengenalan tu. Jangan lekat siap-siap di rumah sebab nanti IC diperlukan bila nak masuk tempat interview.
Ads
Bahagian A. Resume tak diminta. Tapi sebab dah ada resume, jadi letak je la. Resume satu muka surat tu senaraikan details seperti belajar di mana, result SPM, matriks, degree. Guru praktikal di mana dan guru ganti di mana
Ini isi kandungan. Letak 3 – 5 sijil tertinggi sahaja. Pilih la mana yang elok. Dan sijil PMR tak perlu letak ya, tak valid. Sijil form 4 dan ke atas sahaja
Siapa yang belajar kat UPM mesti tahu rph kita kan buku tebal tu. Dan wajib ada DSKP dan sukatan pelajaran harian semua tu. Saya memang sejak praktikal tak letak dalam buku tu sebab nanti tebal semacam. Jadi saya masukkan dalam fail macam ni. Dan sila bawak masa iv tu
Ads
Nametag Nadia tu ikut saiz pekeliling khas untuk interview. Nadia Asyiqin pula ikut saiz biasa yang selalu orang guna selalu buat
Ini antara kandungan dalam senarai semak
Detailing bahagian tepi fail. Optional nak buat ke tak. Banyak rasanya orang share cara nak susun fail, so korang boleh refer.
Another tips; once panel atau GC bagi soalan, semua calon akan jawab soalan tu. Habis semua jawab baru akan proceed pada soalan next. Kalau tak dapat jawab, mereka akan bantu kita jawab
Tip lain adalah GC ni bagi dalam satu pernyataan soalan tu, ada juga diselitkan lebih dari satu soalan. Maksudnya dua soalan ditanyakan terus. Dan lebih separuh calon menjawan satu soalan sahaja. Sila hati- hati!
So, untuk korang yang bercita-cita nak jadi guru atau mungkin yang akan menghadapi sesi temu duga SPP nanti, kami ucapkan selamat maju jaya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak pantang larang yang kita selalu dengar berkaitan tentang haid dan antaranya adalah jangan minum ais ketika datang bulan. Namun begitu, sehingga sekarang ada diantara kita yang masih tidak tahu sama ada perkara itu benar atau tidak.
Menurut Public Health Malaysia, Di satu kawasan pedalaman di Nepal, wanita yang sedang mengalami haid tidak boleh tinggal di dalam rumah. Menurut mitos masyarakat tempatan, wanita haid di anggap “kotor’ dan akan mengundang kemarahan Tuhan. Jika mereka ingkar, malapetaka akan berlaka pada keluarga tersebut.
Mereka akan bermalam di pondok kecil yang di bina di luar rumah. Menyedihkan, mitos ini menyebabkan ada wanita yang mati kesejukan di luar rumah.
Persoalannya, adakah benar seperti yang didakwa? Berikut merupakan kupasan yang telah dibuat oleh Public Health Malaysia tentang mitos dan fakta berkaitan haid yang perlu wanita tahu.
1. Mitos: Jangan cuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka ketika datang haid dan boleh menyebabkan sakit kepala/ kepala masuk angin.
Fakta: Mencuci rambut ketika haid tidak menyebabkan kepala masuk angin. Liang rambut TIDAK terbuka semasa haid. KEBERSIHAN perlu di beri keutamaan semasa haid (PENTING!!)
Gambar hiasan
2. Mitos: Jangan makan timun ketika sedang period kerana getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim
Fakta: Makan timun semasa haid TIDAK akan menyebabkan sebarang kesan pada dinding rahim kerana saluran pencernaan (perut, usus, dubur) TIDAK bersambung dengan Rahim korang
Gambar hiasan
3. Mitos: Semua minuman sejuk tidak boleh diminum kerana boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim.
Fakta: Minum minuman sejuk bukan punca darah membeku. Seperti mana penerangan untuk mitos timun, air yang di minum akan melalui perut dan usus dan TIDAK mengalir ke rahim
Gambar hiasan
4. Mitos: air kelapa juga tidak boleh diminum disaat sedang datang haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim korang sejuk
Fakta: Cuba bayangkan wanita yang tinggal di negara beriklim sejuk. Macam mana pula tu kan? Minum air kelapa TIDAK menyebabkan rahim sejuk
Gambar hiasan
5. Mitos: Minuman bergas separti cola, pepsi dan apa saja yang bergas adalah tidak digalakan sama sekali diminum ketika haid. Selepas 5-10 tahun akan menyebabkan kanser Rahim
Fakta: Minuman berkarbonat biasanya mengandungi kandungan gula yang TINGGI. Sama ada korang sedang haid atau tidak, kurangkan pengambilan makanan yang manis
Gambar hiasan
6. Mitos: Ketika haid, tubuh tidak boleh terhantuk, terjatuh, dan terpukul dari benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, rahim boleh terluka
Fakta: Sekiranya impak pukulan di bahagian perut benar benar kuat, sesiapa saja berkemungkinan mengalami kecederaan tidak mengira sedang haid atau tidak
Oleh yang demikian, korang tidak sepatutnya percaya kepada mitos-mitos yang berkaitan dengan haid ini kerana ia sama sekali tidak tepat. Haid merupakan satu kitaran normal bagi fisiologi wanita dan dalam agama Islam sendiri, wanita yang sedang datang bulan diberikan keringanan untuk berehat daripada melakukan solat.
So guys, selepas ni kalau nak percaya kepada sesuatu pantang larang, pastikan ia betul-betul sahih dan mempunyai kenyataan daripada orang yang lebih pakar.
Atlet Muay Thai terkenal, Johan Jojo Ghazali atau lebih mesra dipanggil Jojo baru-baru ini menyentuh hati para peminatnya apabila membuat kejutan istimewa untuk ibu tercinta.
Menerusi perkongsian di media sosial miliknya sendiri, Jojo yang juga merupakan merupakan atlet Muay Thai muda yang sudah mencipta nama dengan jayanya di gelanggang antarabangsa telah menghadiahkan ibunya seutas jam tangan berjenama Rolex sehingga menyebabkan ibu kesayangannya itu mengalirkan air mata.
Menurut Jojo, ibunya, Jennana Johnson pada awalnya tidak menjangka bakal menerima hadiah istimewa berkenaan kerana beranggapan anaknya itu hanya mahu membuat rakaman video berkaitan minyak wangi.
“Mama ingat nak shooting perfume, rupa-rupanya…”
“Alhamdulillah hadiah istimewa untuk orang yang istimewa. Kalau mama tak mengaku Jojo anak kesayangan, Jojo give up je la,” ujar Jojo berseloroh.
Dalam pada itu, pengikut Jojo juga ramai yang terkejut melihat ibu Jojo yang begitu tersentuh sehingga mengalirkan air mata apabila menerima kejutan daripada putera keduanya itu kerana sebelum ini ibunya itu dilihat sering bergurau kasar dengan Jojo.
Pada masa yang sama, atlet berusia 19 tahun itu turut meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang bernilai buat orang tersayang.
“Hadiah istimewa untuk insan yang sangat istimewa. Alhamdulillah Allah telah memberkati saya untuk memberi kembali kepada orang-orang yang telah berada di sana sejak hari pertama dan tanpa ragu-ragu akan selamanya ada untuk saya,” katanya.
Sekadar info, Johan Ghazali adalah atlet sukan Muay Thai negara yang mempunyai darah kacukan Malaysia, Indonesia dan Jepun dari sebelah bapa, dan Amerika Syarikat dari ibunya. Jojo merupakan anak kedua daripada empat adik beradik yang kesemuanya merupakan atlet Muay Thai dan potensinya sangat menyerlah pada usia muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, kecoh platform media sosial apabila Ketua Polis Kelantan memaklumkan pihaknya menjangkakan dua juta kenderaan untuk memasuki negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
Lalu, ramai yang mengeluh memikirkan keadaan sibuk di jalan raya yang boleh memakan masa hampir seharian sekiranya kita ‘malang’ memandu di waktu puncak.
Hhm, apa kata korang lupakan sebentar pilihan balik ke kampung menggunakan kenderaan sendiri ataupun bas; dan beralih kepada alternatif menaiki perkhidmatan tren?
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun ini memperkenalkan perkhidmatan tren khas untuk seisi keluarga. Dikenali sebagai Ekspres Khas Keluarga Malaysia, tren khas ini akan memulakan perjalanan untuk ‘kelik kampung’ ke destinasi Pantai Timur bermula 29 April ini.
Seramai 516 penumpang istimewa akan berlepas dari KL Sentral menuju ke stesen Tumpat pada 29 April jam 11 malam dan ia akan berhenti di 17 stesen berbeza.
Ini termasuklah hentian Bandar Tasik Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Pulau Sebang, Mentakab, Jerantut, Gua Musang, Pasir Mas dan akhir sekali, tiba di Tumpat pada 30 April, jam 3.55 petang.
Manakala, perjalanan balik pula akan bermula dari stesen Tumpat pada 7 Mei, jam 10.50 malam. Ia dijangka tiba di stesen KL Sentral pada 8 Mei, jam 3.04 petang.
Inisiatif tersebut adalah hasil kerjasama KTMB bersama Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan warga kot mengambil alternatif tren untuk pulang ke kampung halaman dengan selamat dan pada kadar tambang yang berpatutan. Ia juga diharapkan boleh mengurangkan kesesakan di jalan raya lalu menjimatkan masa perjalanan
Bagi yang tertanya-tanya jika tren khas ini menyelesakan atau tidak, jangan risau. Tren ini dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier dan superior, koc buffet dan koc chillax bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat dan menjamu moreh beramai-ramai.
Tiket Ekspres Khas Keluarga Malaysia akan mula dijual pada 15 April ini pada harga serendah RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala. Menariknya, semua penumpang tren khas ini juga akan menerima cenderahati tau!
Sementara itu, warga kota yang ingin pulang ke destinasi di Pantai Barat boleh memilih perkhidmatan tren ETS di mana pihak KTMB akan menambah dua lagi tren elektrik tambahan bagi menampung 4,368 penumpang ekstra pada musim perayaan.
Penumpang akan menaiki tren dari stesen KL Sentral dan ia akan menuju stesen Padang Besar dari 29 April hingga 2 Mei. Manakla perjalanan pulang pula bermula dari 6 Mei hingga 8 Mei. Jualan tiket bagi tren tambahan ini akan mula dijual pada 15 April juga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!