Gadis Ini Ajar Cara Untuk Buat QR Code Bagi Tuan Rumah Yang Ingin Anjurkan Majlis

Share

Selepas wabak pandemik COVID-19 melanda negara kita, masyarakat Malaysia sudah terbiasa dengan kehidupan new normal yang perlu dijalani setiap hari.
Pemakaian face mask, hand sanitizer dan penjarakan fizikal antara yang dilakukan oleh masyarakat di negara kita sekarang.

Jika nak masuk ke shopping mall atau di mana-mana kedai sekali pun, kita diwajibkan untuk mencatat suhu dan mendaftar diri dengan menggunakan QR Code sebelum masuk ke dalam premis.

Bukan itu sahaja, sekiranya korang ingin menganjurkan majlis seperti kenduri kahwin atau rumah terbuka, eloklah jika disediakan kemudahan daftar melalui QR Code ini bagi merekod kehadiran tetamu. Manalah tahu kalau ada kes yang melibatkan dengan tetamu korang, mudahlah sekiranya ingin menghubungi mereka kan?

Namun begitu, mungkin masih ramai yang tidak tahu untuk menyediakan QR Code bagi majlis anjuran mereka.

Nah, tak perlu risau lagi kerana seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ummu Tasnim Mustafa telah pun berkongsi tutorial bagaimana untuk menyediakan QR Code ini.

Jom kita try!

1. Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin

2. Masukkan nombor telefon, klik verify (I’m not robot) dan register

3. Masukkan nombor OTP yang diterima melalui SMS dan submit

4. Isi kan maklumat nombor telefon, majlis/kedai/no.contact, alamat majlis/kedai, poskod dan negeri. Kemudian, submit

5. Done! Terus boleh print dan bolehlah diletakkan di majlis/kedai korang

6. Kalau nak send dekat email kita pun boleh, klik email me dan nanti masukkan alamat email. Siap!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk memudahkan urusan korang nanti.

Sumber: Ummu Tasnim Mustafa

IKLAN