
Satu ketika dahulu, nama ‘Hidayah’ pernah tular di media sosial kerana pelakon dan pelawak yang berasal dari Korea Selatan ini muncul dalam video pemilik akaun Facebook, Daebaking.


Watak suntingan yang diberi nama ‘Hidayah’ ini dibawa oleh pelakon dan pelawak Korea yang dikenali sebagai Lee Sae Young. Watak Hidayah tersebut muncul dalam format sari kata yang diubah semula sehingga menjadi bahan lawak netizen di Malaysia.



Kini, Hidayah muncul dengan penampilan baru yang lebih menawan sehinggakan ada yang tidak percaya dengan perubahan gadis ini. Hiks!
Jom kita lihat antara gambar yang telah dikongsi di laman instagramnya.
View this post on Instagram붙임머리 안녀엉~🖐 #붙임머리 #エクステ
A post shared by 이세영 (@seyoung_1408) on
View this post on InstagramA post shared by 이세영 (@seyoung_1408) on
Ha, macam mana? Cun kan sekarang Hidayah yang pernah jadi bahan jenaka korang dulu? Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur!
![[ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur! 12 [ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/05/Untitled-design-2020-05-03T233637.366.jpg)
Ada gerangan coffee lovers di sini..?
Sempena bulan Ramadan, musim Perintah Kawalan Pergerakan Berkala (PKPB) sekarang dan Syawal yang bakal menjelang, The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) ingin meraikan peminat menu mereka dengan dua pilihan minuman baharu iaitu Dark Chocolate Chai Tea Latte dan Single Origin Chocolate ! Kedua-duanya hadir dengan promosi menarik.
![[ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur! 13 [ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/05/2.png)
![[ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur! 14 [ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/05/das.jpg)
Kedua-dua minuman ini korang boleh nikmati secara panas, sejuk, atau dalam Ice Blended dari sekarang hingga 31 Mei sahaja di semua cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf pada harga bermula RM14.50 hingga RM18.00.
Paling best, minuman baharu ini digandingkan dengan Chicken Satay Sandwich yang dijual pada harga RM20.50. Dengan dilimpahi kuah kacang berempah ala Siam, ia tambah menarik apabila dihidang bersama roti panini segar atau Yum Chicken Salad.
Memang membuatkan kita semua terliur, kan!
![[ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur! 15 [ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/05/gf.jpg)
Selain itu, lengkapkan hidangan korang pada Ramadan – Syawal ini dengan pencuci mulut Nuts About You pada harga RM13.95 sepotong dan RM139.90 bagi sebiji kek penuh. Nuts About You adalah khas untuk penggemar rasa enak lapisan kopi, mentega kacang, kekacang dan coklat lazat.
The Coffee Bean & Tea Leaf juga mengembalikan menu kek pandan tradisional ‘The Straits’ yang dilapisi gula Melaka, krim dan keju mascarpone. Yums!
Korang boleh dapatkan semua ini dengan menempah order daripada rumah saja sepanjang PKPB ini.
![[ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur! 16 [ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/05/pl.jpg)
Promosi Hebat!
The Coffee Bean & Tea Leaf sedang menawarkan beberapa promosi yang wajar korang rebut sehingga 23 Mei ini.
• Beli mana-mana minuman Café (Café Au Lait/Mocha/Vanilla/Hazelnut) / Teh Panas / Teh Latte. Dengan hanya menambah RM5, korang boleh mendapat seketul bagel!
• Beli mana-mana dua sajian pencuci mulut dan dapatkan satu secara percuma! Pilih dari kek, mufin, biskut dan skon.
Potongan 20% Untuk Minuman Kegemaran Korang
Nikmati potongan 20% bagi minuman The Original Mocha Ice Blended®, Cappuccino, Café Latte, Americano, Today’s Brew dan Cold Brew Tea.
![[ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur! 17 [ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/05/Untitled-design-2020-05-03T233637.366.jpg)
Menangi Baucar Percuma
Nah, berita baik untuk korang.
The Coffee Bean & Tea Leaf dan Remaja ingin berikan baucar percuma kepada pemenang bertuah.
Korang hanya perlu menjawab soalan mudah di bawah. Peraduan ini hanya untuk peserta yang tinggal di sekitar Lembah Klang sahaja bagi memudahkan proses penghantaran hadiah. Peraduan dibuka bermula hari ini (15 Mei) hingga 20 Mei kelak.
Good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak Kahwin Pun Nak Kena Sekat Ke? Netizen Beri Pendapat : Isu Had Umur Minimum Kahwin Untuk Wanita

Hati tu memanglah nak kahwin. Tapi korang jangan fikir seronok je perlu fikirkan tentang kehidupan selepas berkahwin juga.

Zaman sekarang, usia masih bawah umur tetapi sudah ramai budak sekolah yang agak berani lafazkan kata-kata cinta pada pasangan yang sama baya. Malah sudah ada yang advance “merancang” perkahwinan dan bertindak lebih berani lari dari rumah jika mak ayah melarang perkahwinan tersebut kerana mahu anak-anak tumpu pada pelajaran dahulu. Serius lah!
Lebih menyedihkan, ada yang mengandung anak tak sah taraf di usia muda.

Terbaru, Wan Azizah di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam peringkat akhir menyiapkan draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur.
19 Nov – Pelan Strategi Kebangsaan tangani perkahwinan di bawah umur dijangka dibentangkan hujung tahun ini – Dr Wan Azizah Wan Ismailhttps://t.co/Wm25XKkZx0@KPWKM #BeritaRTM pic.twitter.com/xFfgNoWc1b
— BeritaRTM (@beritartm) November 19, 2019
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KPWKM Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata draf itu akan membabitkan pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Akta 303] dengan menetapkan umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.
7 Negeri Bersetuju, 7 Negeri Tidak Bersetuju
Menurut Malaysia Kini, sehingga kini hanya negeri Selangor yang telah meminda enakmen berkenaan sementara Wilayah Persekutuan dalam proses pindaan.

“Lima negeri lain yang telah bersetuju untuk meminda adalah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak.
“Masih terdapat tujuh negeri yang tidak bersetuju untuk meminda perundangan berkaitan iaitu di Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.
Netizen Beri Pendapat
Rata-rata warganet memberikan pendapat dan buah fikiran yang pelbagai. Ada yang menyokong dan ada juga yang membangkang.

Anak Luar Nikah & Kemaksiatan

Kewangan Yang Stabil

Nak Kahwin Pun nak Sekat ke?

Tapi kalau dorang memang betul-betul bersedia memikul tanggungjawab macam mana pula eh? Emm…apa pendapat korang?
Apapun, Binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jangan Sampai Makan Duit Haram”, Salah Faham Ini Selalu Berlaku Pada Penama KWSP

Mungkin ramai tidak sedar atau jahil ilmu, di sebalik rasa sedih akibat kematian, terdapat segelintir dari kita melakukan kesilapan bila menguruskan harta si mati.
Ramai salah anggap dengan beranggapan, andai nama mereka diletakkan sebagai penama dan bila berlaku kematian, duit itu menjadi hak mereka sedangkan ia sepatutnya di faraidkan menurut undang-undang Islam. Kalau itulah difikirkan, ternyata kita sudah melakukan KESILAPAN BESAR.
Menurut Perunding Profesional Mewarith, Sfatyma Idris, 25 tahun, masyarakat harus faham, penama adalah orang yang diamanahkan untuk menguruskan harta si mati dan BUKAN pemilik wang si mati.
“Banyak kesilapan berlaku dan tanpa sedar kita sebenarnya TERMAKAN DUIT HARAM” kerana berlaku salah faham atau kejahilan ilmu tentang hal ini,’ katanya ketika dihubungi REMAJA.


Menurut Sfatyma, jika berlaku kematian pada ANAK BELUM BERKAHWIN dan anak itu bekerja dan mempunyai wang di KWSP, ASB, Tabung Haji dan sebagainya, maka wang itu menjadi MILIK MAK DAN AYAHNYA. Terpulang kepada mak dan ayah untuk membahagikan kepada anak-anak yang lain mengikut budi bicara mereka.
“Namun jika semasa kematian terjadi, si mati tidak mempunyai ayah lagi (sudah meninggal) maka barulah adik beradik si mati mempunyai hak dan bahagian masing-masing dalam harta arwah.
“Ia akan dibahagikan secara faraid di mana bahagian masing-masing akan ditentukan,” katanya.
Bagaimana pun menurut Sfatyma, hukum faraid ini hanya tertakluk kepada harta-harta yang berpenama sahaja seperti KWSP, Tabung Haji, ASB dan sebagainya.
“Kalau si mati itu mendapat wang sagu hati (sebagai contoh kes anggota bomba bujang yang lemas di Puchong), duit khairat kematian dan sebagainya, wang itu tidak perlu difaraid kerana ia memang diberi untuk meringankan beban ahli keluarga sedia ada.

Menurut perunding profesional ini lagi, pembahagian harta faraid ini berbeza jika si mati sudah berkahwin.
“Dalam hukum Islam, ada 5 WARIS UTAMA iaitu :
i) Ibu
ii) Bapa
iii) Pasangan (suami atau isteri)
iv) Anak lelaki
v) Anak perempuan
“Jika yang meninggal itu, SUAMI, maka ibu dan ayahnya layak menerima wang tersebut. Begitu juga dengan isteri, anak lelaki dan anak perempuannya.
“Hal yang sama juga berlaku jika yang meninggal itu ISTERI, maka pembahagian itu masih sama iaitu mak dan ayah si mati, suami, anak lelaki dan anak perempuannya.
Bagaimana pun menurut Sfatyma, hukum faraid ini akan berbeza jika AYAH si mati sudah meninggal dunia.
“Jika AYAH MATI, maka nama adik beradik si mati akan masuk dan menerima bahagian faraid ini ,” katanya yang mengakui masyarakat kurang pemahaman dalam isu pembahagian faraid ini.

Bagaimanapun di saat membahagikan wang faraid ini, WAJIB MELANGSAIKAN HUTANG SI MATI terlebih dahulu sebelum semua wang diagihkan.
“Jika si mati mempunyai lebih banyak hutang dan tinggal sifar dalam akaunnya, maka tiada keperluan untuk di faraidkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu Sfatyma berkata, awal tahun ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah menukar polisi di mana bagi anak-anak berusia 18 tahun ke bawah, andai nama mereka diletakkan sebagai penama dan belum belum mencapai usia ketika kematian melibatkan ibu atau ayah, maka IBU ATAU AYAH (tertakluk siapa yang meninggal BOLEH mengeluarkan wang tersebut tanpa perlu anak menunggu usia 18 tahun namun wang itu perlu dibahagikan menurut hukum faraid.
“Ini dilakukan selepas banyak kajian dilakukan di mana penambahbaikan dilakukan. Tetapi ia hanya tertakluk kepada mereka yang telah MEMBUAT PENGEMAS KINIAN PENAMA MULAI JANUARI 2018 dan bukan kepada penamaan lama,” katanya lagi.
Jadi dah fahamkan penjelasan mengenai hukum faraid dan siapa yang berhak ini. Ingat ya, PENAMAAN HANYA PEMEGANG AMANAH, BUKAN PEWARIS HARTA SI MATI. Harta wajib dibahagikan menurut hukum faraid.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


