
Nursyamira Izzati Mohd Nazir atau lebih dikenali sebagai Syamira merupakan seorang finalis yang pernah memecahkan rekod pencarian Dewi Remaja kerana menjadi peserta berhijab pertama yang beraksi di pentas final.

Bercerita tentang perkembangan terkininya selepas pertandingan Dewi Remaja 2019, gadis ini mengakui mendapat banyak peluang dan tawaran dan mula dikenali orang ramai selepas menyertai pertandingan ini.
Dan berita baik juga untuk peminat finalis pertama Dewi Remaja yang bertudung litup ini. Kerinduan korang terhadap gadis manis ini akan terubat kerana beliau bakal menghiasi dan mengacara satu program bual bicara di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV Okey (Astro 109) bertajuk “INFINITEEN” setiap Isnin 9 Malam.

“Alhamdulillah, rezeki dan peluang Mira untuk melebarkan bakat mira dalam bidang pengacaraan lebih mudah selepas menyertai Pertandingan Dewi Remaja. Walaupun Mira hanya top 4 di final namun orang tetap mengenali saya,” jelasnya sambil tertawa kecil.
Syamira turut berkongsi walaupun sekarang ada tawaran-tawaran yang mendatang. Tapi beliau tetap akan menghabiskan pengajiannya dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) yang hanya tinggal lagi satu semester.

Mungkin bidang pengacaraan adalah perkara yang baru buat Syamira namun beliau tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik.
“Mira memang meminati bidang pengacaraan ini sejak kecil lagi jadi bila dapat je tawaran ini saya rasa sangat teruja. Benda pertama yang Mira buat ialah Mira study dan buat research tentang program ‘Infiniteen’ ini sebab program ini sudah memasuki musim ke 3 so banyak yang Mira boleh belajar dari musim-musim yang sebelumnya.
“Mula-mula saya rasa macam tak percaya sudah sampai hingga ke tahap ini. Tapi, saya tetap rasa gembira dan bersukur kerana telah diberi kepercayaan untuk menonjolkan bakat yang ada,” tambahnya lagi.

Sedikit info mengenai program “INFINITEEN” ini ia merupakan program berbentuk bicarawara remaja ini akan mambawa penonton mendekati dan mengenali dunia remaja yang inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan . ketulusan dan integriti, interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas.
Rancangan ini merupakan sebuah rancangan bual bicara santai dan berinformasi yang berkaitan denga isu-isu remaja selain memfokuskan minat dan perkembangan generasi muda dalam dunia digital, sukan, kebudayaan, gaya hidup dan hiburan. Sesuai sangat la dengan Syamira!
Apapun tahniah dan moga terus maju jaya penulis doakan buat Syamira…!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkenalkan TOP 20 Pencarian DEWI REMAJA 2018/19!

DEWI REMAJA is back!
Selepas menjalani sesi uji bakat yang berlangsung selama empat hari di Hotel Premiera baru-baru ini, inilah dia senarai TOP 20 DEWI REMAJA 2018/19.
Sepanjang sesi uji bakat tersebut REMAJA telah menyaksikan ramai bakat-bakat baru yang mempunyai kebolehan masing-masing yang hebat belaka. Semua yang hadir mempunyai pakej serta kemampuan tersendiri lantas menyebabkan panel pemilihan DEWI REMAJA kali ini berdepan situasi yang agak sukar.

Namun adat pertandingan akan ada yang terpilih dan sebaliknya. Sejujurnya, REMAJA berasa SANGAT BANGGA dengan sikap serta attitude yang ditonjolkan oleh peserta uji bakat. Our Malaysian girls are truly amazing!
Sepanjang pengumuman TOP 20 DEWI REMAJA 2018/19 di Instagram kami sejak petang Rabu lalu telah mendapat perhatian yang cukup besar terutamanya daripada peserta-peserta uji bakat. Kepada yang kurang bernasib baik, REMAJA ingin mengucapkan all the best dan selamat maju jaya. Jangan putus asa dan teruskan melakukan apa yang korang minat serta kejarlah impian itu.
Selepas ini pula debaran menantikan siapakah yang terpilih menjadi TO 12 FINALIS DEWI REMAJA 2018/19 pula akan dihadapi oleh kesemua peserta yang layak ke peringkat TOP 20.
Dan jangan lupa untuk tune in bersama REMAJA di Instagram kami pada 31 Oktober untuk mengetahui siapakah yang layak ke TOP 12!
Jom kita kenali TOP 20 DEWI REMAJA 2018/19
ANNA JOBLING
LYDIA DE SAL
ZAHIRAH XAVIER
ARIESYA FARHA
ARENA IMAN
SHAZLEEN ARISHA
SARAH SHAH
FARZUWIN ISMAIL
AFIEFI RIANI
SOFEA DEAN
ELEEN NISYA
ERNI NURSYAHIRA
SARAYA MIA
SHERIN AMIRI
FAZREEN FAZERA
NURUL AINA
SHARIFAH HANEESYA
ZEERA AZIZI
QISTINA BATRISYIA
AFFIE RANIA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Menang Sudah..”, Sumandak Sabah ‘Tapau’ Dua Gelaran, Juara Dewi Remaja Dan Dewi Favourite

Congrats Tracie!
Sekian lama menanti debaran siapakah yang akan dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022 bagi mengantikan Shaza Bae, ternyata malam ini berpihak kepada Tracie Sinidol.

Di hadapan para juri profesional yang mengadili malam ini yang terdiri daripada Datuk Aznil Hj. Nawawi, Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010, Izara Aishah dan finalis Dewi Remaja 1990/1991, Didie Alias. Tracie dikalungkan dengan gelaran Dewi Remaja 2022 secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Malah, Tracie sememangnya mendapat tempat di hati kebanyakkan netizen sehingga berjaya meraih kemenangan dalam kategori ‘Dewi Favourite’ yang ditentukan sepenuhnya daripada undian peminat.

Perasaan Juara……
” Saya rasa ini beyond my expectation, saya tidak sangka menjadi pemenang malam ini. Tapi bagi Tracie semua peserta pada malam ini adalah pemenang di hati saya dan hati semua orang.”
“Rasa happy, rasa syukur, terkejut semua bergabung malam ini. Macam eh menang sudah aku.” kata anak kelahiran Sabah ini.
Pada awalnya apabila menyertai ujibakat Dewi Remaja 2022, tipulah kalau saya katakan saya tidak mahu menang. Namun setelah bersama dengan pihak produksi melakukan cabaran, terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti & penggambaran, duduk bersama family Dewi, pandangan saya terhadap pencarian itu telah berubah.
Kepada semua juri, krew dan semua yang terlibat saya ucapkan berbanyak terima kasih atas semua pertolongan anda kepada saya. Terima kasih sangat juga buat semua peminat,rakan-rakan dan keluarga yang mengundi saya kerana tanpa mereka saya tidak akan memenangi gelaran Dewi Favourite ini.” kata beliau.

Perancangan Masa Depan
Ditanya mengenai perancangan selepas memenangi Demi Remaja 2022
“Buat masa ini tiada apa-apa lagi perancangan tapi saya mengharapkan saya menjadi inspirasi buat remaja-remaja diluar sana dan saya dapat melibatkan diri dalam perkara-perkara bermanfaat.”
Dalam bidang seni pula, Tracie memberitahu beliau mahu mencuba semua bidang namun perlu fokus pada sesuatu. Jika peluang disitulah saya akan mencuba sebaik mungkin.
Malah, Dewi Remaja 2022 ini berharap semua peminatnya akan menyokong apa sahaja yang dilakukannya selepas ini.

Menerusi kemenangan ini, Tracie Sinidol, 21 tahun, telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Bee Aishah, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Kimberly Chua. Akhir sekali Alyssa Azmi pula berpuas hati di tempat keempat. Empat lagi peserta yang turut bertanding pada pentas akhir Dewi Remaja 2022 malam ini ialah Auni, Rashika, Zafira, Hyele, Dina dan Janani.

Pencarian Dewi Remaja 2022 telah disokong dengan kehadiran penaja bersama, Kinohimitsu Malaysia dan WonderDewi by WonderLab. Pentas akhir Dewi Remaja 2019 anjuran Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro ini telah dihoskan oleh Fikry Ibrahim.
Apa pun tahniah REMAJA ucapkan buat semua Dewi Remaja 2022. Jumpa lagi!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kenapa Komen Terlalu Harsh?” Dato’ AC Mizal & Dato’ Hans Ada Sebabnya, Netizen

Sekiranya korang berada di penggambaran sesi penyingkiran episod keempat program Dewi Remaja 2018/2019, mesti korang pun terkejut mendengar komen para juri kepada peserta.
Melihat kepada respon penonton yang mempersoalkan mengapa juri tetap, Dato Hans Isaac dan juri jemputan, Dato AC Mizal begitu serius dalam memberi komen, kami dapatkan pendapat mereka sendiri.

Kata Dato Hans, “Sejak hari pertama di dalam program ini, saya sudah katakan kepada mereka, I’ll be tough on them because this is their time to improve before entering the industry.
“Tahniah saya ucapkan kepada team Aura Remaja (Rasya Dean, Ernisha, Arena Iman, Aween Ismail) kerana berjaya, namun mereka gagal untuk menyerlahkan individualiti sebagai peserta.

“Sebagai team, mereka bagus. Namun bila kami melihat kekuatan masing-masing sebagai peserta individual, mereka tidak menyerlah pada cabaran kali ini. Kamu harus ingat, Dewi Remaja is a competition. Kena selalu serlahkan diri,” kata beliau.
BACA: ‘Mungkin Tak Ada Rezeki.’ Aween Ismail Terpaksa Tarik Diri?
Hanee, Anna, Rania Kecewa
Seperti yang korang tahu, kumpulan Tiga Manis yang dianggotai oleh Haneesya, Anna Jobling dan Affie Rania dipilih sebagai peserta bottom 3 untuk episod keempat.

“Ya mereka bertiga memang cantik, tetapi Dewi Remaja lebih daripada rupa luaran.
“Saya bukannya ingin attack mereka tetapi ini adalah pesanan kepada kesemua peserta. Bila kamu terlalu overconfident, kamu selalu rasa kamu nombor 1 – kamu akan jatuh bila gagal lakukan sesuatu.


“Semua selebriti nak lakukan yang terbaik, nak jadi nombor 1. There is nothing wrong with that, tetapi fahami dulu strategi untuk berjaya. Sebagai sebuah kumpulan, rancang betul-betul. Jika di dunia luar nanti, kamu akan deal dengan banyak jenama produk yang nakkan kamu sebagai duta.
“Fahami dulu produk, rancang dan lakukan sehabis baik,” pesan Dato Hans lagi.
Sherin Amiri Sebagai Pemenang Mingguan
“Seperti yang saya cakap kepada mereka tadi (semasa sesi penyingkiran), walaupun mereka sedang melakukan task iaitu menjual di booth masing-masing, mereka harus ingat untuk menjadi peserta Dewi Remaja.
“Identiti sebagai Dewi Remaja masih perlu ada, kalau tak – apa yang membezakan mereka berbanding penjual lain? Dan disebabkan itulah, saya dan (Dato’) Hans bersetuju dengan pemilihan Sherin Amiri sebagai peserta terbaik pada minggu ini.

“Sejak cabaran menjual pelan data redONE di Publika sehinggalah cabaran maxi di MAHA, MAEPs Serdang, kami lihat Sherin tidak mudah mengalah, cuba berikan yang terbaik dan pandai mencari solusi on-the-spot.
“Itu semua penting jika mereka mewakili imej seorang Dewi Remaja. Malah, selebriti sekarang pun ramai yang join jualan besar-besaran juga kan? Pernah nampak mereka mengeluh penat? Tak,” ulas beliau panjang lebar.
***
Selain itu, antara isu yang dibangkitkan oleh para juri (mungkin tidak dipaparkan secara menyeluruh di kaca televisyen) adalah penggunaan media sosial di kalangan peserta.
“Media sosial membezakan Dewi Remaja era millennial dan zaman sebelum ini. Semasa Neelofa dan Scha Al-Yahya bertanding, media sosial tidak sepenting sekarang. Apa yang saya lihat, peserta terlalu bergantung harap kepadanya.

“It is not necessarily a bad thing kerana media sosial memang penting untuk komunikasi bersama followers. Tetapi kadangkala kita lupa yang kita pun perlu turun padang dan bertemu followers.
“Bagi saya, tak semua peserta yang telah menguasai skil bercakap depan-depan dengan orang, and in this case, dengan pelanggan.
BACA: ‘Hebat Akak Promoter’ Dewi Akui Cabaran Sukar Episod 4
***
Bukanlah niat juri kita pada minggu ini untuk merendahkan para peserta.
Tetapi rasanya mereka berdua ingin kesemuanya to step up their games, memandangkan kita sudah separuh jalan di dalam Dewi Remaja 2018/2019. Siapa excited untuk menonton episod kelima Ahad ini?!

Kami tahu kami excited! Jangan lupa date kita pada 23 Disember (Ahad) jam 10.30 malam di saluran Astro RIA dan RIA HD. Kemudian ikuti, Live Instagram dan Facebook bersama para finalis di akaun @majalahremaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

