Selepas muncul kali pertama pada 1984, siri Terminator datang lagi – untuk kali enam – dengan pelbagai adegan lebih menarik melalui Terminator : Dark Fate.
Apa yang kami boleh katakan, korang patut merasai sendiri pengalaman menonton francais filem aksi sains fiksyen ini telah berjaya mengumpul begitu banyak peminatnya.
Mengisahkan tentang Sarah Connor dan manusia cyborg hybrid daripada masa hadapan yang perlu melindungi seorang gadis muda daripada Terminator cecair yang baru diubahsuai dari masa depan. Filem ini turut menampilkan dua pelakon asal francais iaitu Linda Hamilton sebagai Sarah Connor dan Arnold Schwarzenegger sebagai Terminator T-800, juga dikenali sebagai Carl.
Ads
Selepas menyaksikan sendiri Terminator : Dark Fate melalui tayangan perdana baru-baru ini, penulis berpendapat filem ini wajar diberi rating 8.5 daripada 10.
Sebagai sebuah filem dari francais yang sangat dikenali kerana kehebatan aksi dan teknologi kesan khasnya, Dark Fate boleh dikatakan hampir setaraf dengan dua filem awal Terminator. Filem ini sarat dengan babak-babak aksi tanpa henti dan mampu membuatkan penonton tidak senang duduk.
Di awal filem sahaja, penonton sudah disajikan dengan aksi kejar-mengejar diantara trak pick-up dan lori, yang boleh anggap sebagai ‘homage’ untuk Judgement Day. Kemunculan dramatik Sarah Connor untuk membantu Grace dan Dani dari serangan Rev-9 memberikan satu perasaan ‘goosebumps’ kepada para peminatnya, memandangkan dia adalah nadi penting dalam francais Terminator.
Ads
Kekalkan Pelakon Terdahulu
Antara kelebihan filem ini adalah, mereka tidak meminggirkan watak asal iaitu Sarah Connor lakonan Linda Hamilton dan T-800 lakonan Schwarzenegger. Kedua-dua watak tersebut diberikan ‘screen time’ yang mencukupi. Lakonan mantap yang diberikan oleh barisan-barisan pelakon lain seperti Mackenzie Davis, Gabriel Luna, Natalia Reyes, Diego Boneta menguatkan lagi setiap karakter dalam filem.
Hamilton masih ‘badass’ dengan karakternya walaupun sudah berusia 63 tahun, dan karakter Schwarzenegger diubah sedikit bagi memperlihatkan evolusi T-800. Mackenzie Davis mencuri perhatian dengan karakternya yang hampir menyamai kekerasan Sarah Connor sewaktu muda, manakala Gabriel Luna sebagai Rev-9 mungkin tidak mampu mengatasi kekejaman dan gaya ‘cool’ T-1000 lakonan Robert Patrick, tetapi masih mampu membangkitkan perasaan takut dikalangan penonton bila wataknya muncul untuk menyelesaikan misi.
Secara keseluruhannya, Terminator: Dark Fate memberikan sebuah filem aksi sains fiksyen yang sangat dimahukan oleh peminatnya. Walaupun ianya tidak mungkin dapat mengatasi dua filem awal Terminator, ia sekurang-kurangnya mampu menyelamatkan kembali francais yang hampir dimusnahkan oleh dua filem terakhirnya. Tim Miller tahu apa yang peminat inginkan, James Cameron pula tidak mahu francais ciptaannya terkubur.
Penulis rasa Dark Fate berjaya mengembalikan kepercayaan peminat dan kini ia menjadi antara filem terbaik dalam francais Terminator. Takkan korang tak nak try kan?
Jom serbu panggung wayang yang berdekatan untuk menonton Filem Terminator : Dark Fate bermula 24 Oktober 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap yang bergelar ibu pasti inginkan yang terbaik buat cahaya mata kesayangan mereka. Bukan itu sahaja, segala kehendak dan keinginan anak, pasti dilunaskan walau apa cara sekalipun.
Begitulah pelakon terkenal, Puteri Sarah yang dilihat berkongsi hobi baharu anakanda sulungnya, Syaikhul Islam.
Menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya, Puteri Sarah dilihat membawa putera kesayangannya itu ke sebuah kedai barangan sukan untuk membeli satu set sukan bola sepak.
Meluahkan keterujaan, pelakon itu berkongsi anak sulungnya itu sudah menunjukkan minat dalam sukan bola sepak.
“Dah pandai ini. Ronaldo lah, Messi lah. Mama kena belajar. Sabtu ini nak join footballclass. Nak cari jersey abang kata,” coretnya ringkas.
Dalam perkongsian sama, pelakon drama Suri Hati itu turut berkongsi keterujaan Syaikhul memilih barang keperluan kelasnya pada hari Sabtu nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi semua peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) atau sesiapa yang pernah menonton filem keluaran Marvel Studios (which is like, er, everyone!), korang tak boleh lepaskan peluang keemasan ini.
Peluang apa?
Bermula 28 Jun (Jumaat) ini, sebuah pameran yang dicipta khas untuk peminat MCU bakal menemui kita semua di Kuala Lumpur. Julung-julung kali diadakan di Malaysia, pameran yang dinamakan Marvel Studios: Ten Years of Heroes ini adalah untuk meraikan ulang tahun 10 tahun kemunculan filem-filem kegemaran korang ke skrin pawagam.
Ia bukan saja akan menghimpunkan kesemua karakter utama MCU seperti pameran patung (mannequin) yang lain okay.
Pameran ini akan bersifat interaktif dengan para pengunjung, membawa semula kita ke semua babak menarik filem-filem Marvel sepanjang tempoh sedekad lepas dan mempunyai prop filem sebenar, kostum dan banyak lagi barangan istimewa yang diperoleh daripada pembikinan filem.
Antara tarikan lain yang REMAJA tak sabar hendak saksikan adalah 10 buah galeri yang menceritakan kisah superheroes kegemaran korang. Bermula Iron Man hinggalah Avengers: Endgame. Captain America, Thor, geng Guardians of the Galaxy, Black Panther, Ant-Man, Dr. Strange dan Captain Marvel – semuanya akan dipamerkan.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket di laman web Marvel Exhibition bermula sekarang.
Pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes ini akan diadakan di Pavilion KL bermula Jumaat ini hingga 27 Oktober 2019. Namun jika korang menempah tiket sehingga 7 Julai 2019, korang layak untuk mendapat harga promosi sebanyak 10% seperti di bawah:
Jumpa di sana!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MTV Video Music Awards (MTVVMA)sememangnya merupakan salah satu majlis anugerah berprestij yang sering dinanti-nantikan peminat dunia hiburan.
MTV VMA Awards 2021 tahun ini diadakan di Brooklyn, New York. Dihoskan oleh Doja Cat, acara itu menampilkan persambahan dari pemenang anugerah Video Of The Year, Lil Nas X, Normani, Kacey Mucgraves, dan banyak lagi.
Untuk rekod, Justin Bieber telah memenangi dua anugerah untuk Artist of The Year dan Best Pop. Manakala Olivio Rodrigo memenangi tiga anugerah bagi kategori Best New Artist, Push Performance of The Year, dan Song of The Year (Driver License).
Bukan sahaja anugerah ini menghimpunkan ramai selebriti di satu tempat malah ia juga penuh dengan drama fesyen pelik yang membuatkan orang ramai khususnya para peminat ternanti-nanti. Berikut kami tampilkan beberapa gaya selebriti yang mencuri perhatian di karpet merah acara ini.
Lil Nas X
Bella Poarch
Charlie XCX
Kim Petras
Doja Cat
Tinashe
Billie Eilish
Chloe
Dee Devlin dan Conor McGregor
Avril Lavigne & Mod Sun
Megan Fox & Machine Gun Kelly
Jadi fesyen selebriti manakah yang menjadi pilihan anda?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.