Filem Peninsula Catat Kutipan RM4.1 Juta Pada Minggu Pertama Tayangan Di Malaysia

Share

Walaupun ditayangkan di pawagam dalam keadaan norma baru akibat pandemik COVID-19, filem sekuel Train To Busan, Peninsula berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM4.1 juta pada minggu pertama tayangannya.

Dibintangi oleh Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re dan Lee Ye Won, pengarah filem Peninsula, Yeon Sang-Ho sebelum ini telah menggambarkan bahawa sekuel ini adalah lebih berskala besar dan mendebarkan.

Walaupun menerima pelbagai reaksi daripada penonton, kerana ada yang memberikan komen bahawa filem ini tidak memberi impak yang kuat seperti prekuelnya, Train To Busan, namun ia masih mampu untuk menarik penonton ke pawagam.

Peninsula menceritakan tentang seorang tentera dan beberapa orang yang terselamat berhasil melarikan diri daripada watak zombie di Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai Peninsula. Mereka berusaha untuk menyelamatkan individu yang tidak dijangkiti wabak tersebut namun perlu berhadapan dengan serangan zombie.

Kalau korang nak tahu apa kesudahan filem ini, jangan lupa saksikan Peninsula yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Sumber: gscmovies

IKLAN