Filem Lakonan Beto Khusyairy & Diana Danielle, Imaginur Wakili Malaysia Ke New York Asian Film Festival 2022

Share

Filem tempatan hasil karya anak Malaysia sekali lagi berjaya membawa nama negara ke persada dunia apabila Imaginur tercalon dalam New York Asian Film Festival 2022 yang bakal berlangsung bermula 15 hingga 31 Julai ini.

Sumber: Twitter

Filem sains fiksyen ini diarahkan oleh Nik Amir Mustapha yang sebelum ini pernah mengarah dalam filem KIL dan Bisik Pada Langit. Berita ini telah pun dikongsi menerusi laman twitter Finas Malaysia

yang menjelaskan bahawa Imaginur bakal dipertontonkan kepada penonton luar negara.


Imaginur menerima pencalonan dalam kategori Filem Cereka Terbaik (Uncaged Award for Best Features Film Competition) bersama enam lagi filem Asia yang lain yang tercalon dalam festival filem tersebut.

Dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle, filem ini dikhabarkan bakal ditayangkan di pawagam Malaysia dalam masa terdekat ini.

 

Sumber: Finas Malaysia
Sumber: Twitter

Namun begitu, disebalik kejayaan filem fiksyen tempatan ini, pelakon wanita Imaginur dilihat telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak mampu menyertai festival filem tersebut kerana tiada dana untuk trip ke sana.


Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada seluruh tenaga produksi filem Imaginur kerana berjaya menempatkan diri ke festival filem antarabangsa walaupun belum lagi ditayangkan di Malaysia. Semoga lebih banyak karya anak tempat mendapat pengiktirafan luar negara.

Sumber: (1), (2)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN