Fenomena ‘Sakura’ Melanda Negara, Orang Ramai Teruja Muat Naik Foto Di Media Sosial

Share

Sejak kebelakangan ini, ramai yang memuat naik gambar fenomena bunga ‘Sakura’ yang boleh dikatakan tumbuh mekar di kebanyakan daerah seluruh negara. Umpama berada di Jepun, masyarakat Malaysia teruja melihat pepohon Tecoma dan lihat sahaja di news feed media sosial korang, pasti ada yang memuat naik gambar pohon tersebut.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanam sebanyak 10,300 pokok Tecoma di sekitar ibu kota di pinggir jalan dan taman awam dengan tujuan untuk keindahan alam.

Foto: DBKL

Keindahan pokok Tecoma ini boleh dilihat di jalan utama seperti di sekitar kawasan Jalan Klang Lama, Jalan Kuching, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Metroprima Kepong dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

Foto: Twitter @sharifahsalma1
Foto: Twitter @sharifahsalma1

Jom kita lihat antara gambar yang dikongsi oleh orang ramai di media sosial.

 

Memang cantik kan? Bagaimana pula di kawasan rumah korang? Jom kongsikan gambar korang di ruangan komen.

Sumber: Twitter

IKLAN