Fattah & Fazura Selamat Timang Anak Perempuan.

Share

Dalam satu hantaran di laman Instagram Fattah Amin telah mengumumkan yang Fazura telah pun selamat melahirkan.

Dalam hantaran tersebut penerima anugerah bintang paling popular tahun 2017 ini berkata, “Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.

Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.

Salam sayang dari kami bertiga.”

Terdahulu, pasangan yang sama cantik sama padan ini telah mengikat tali pernikahan pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

***P/S- Tahniah pihak editorial remaja ucapkan kepada Hero Remaja 2011/12 Fattah Amin yang telah bergelar seorang bapa. Tak sabar menanti untuk melihat wajah cahaya mata Fattah & Fazura, mesti comel seperti kedua-dua ibu bapanya. 

IKLAN