Susulan beberapa lagi kejadian serangan yang berlaku ke atas rakyat Palestin kebelakangan ini, masyarakat dunia kini sedang bergiat rancak menghantarkan bantuan kemanusiaan ke negara tersebut dengan harapan agar bebanan yang mereka rasakan serba-sedikit dapat dikurangkan.
Rakyat di Malaysia juga tidak kurang aktifnya dalam usaha kita bagi mengumpul bantuan buat rakyat Palestin. Antara yang menarik perhatian adalah kempen solidariti khas ‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’ yang menampilkan juara Hero Remaja 2011/2012 itu.
Kempen ‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’ menyasarkan penjualan 500,000 botol minuman jenama NEX dalam masa 24 jam dan bagi setiap jualan botol minuman, RM0.50 akan disalurkan bagi mencapai sasaran sebanyak RM250,000. Hasil kutipan ini seterusnya akan disalurkan terus bagi usaha bantuan di Gaza melalui NGO kemanusiaan, Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Bagi memperingati tragedi serangan rejim zionis ke atas rakyat Palestin pada 7 Oktober 2023, NEX memilih melangsungkan kempen ini pada 17 Oktober 2025. Ia simbolik untuk menukar tarikh duka menjadi tarikh yang memberi harapan kepada kesejahteraan rakyat Palestin.
Ads
Ketika ditemui di pelancaran kempen solidariti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Fattah berharap agar inisiatif ini akan mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia yang kaya dengan nilai kemanusiaan.
“Ini bukan sekadar tentang sebuah jenama (NEX); ini tentang menggunakan platform kami untuk menyatukan rakyat Malaysia demi satu tujuan yang lebih besar.
Ads
“Kami berharap setiap hirupan membawa doa, setiap pembelian menyampaikan harapan,” katanya.
Selain Fattah, pendakwah bebas Imam Muda Asyraf yang turut berada di situ berkata, amalan kecil seperti membeli sebotol air minuman ini boleh menjadi sedekah jariah dan pahala berpanjangan yang memberi kelegaan kepada saudara kita di Palestin.
Ads
Khabarnya, Fattah dan Imam Muda Asyraf juga akan melakukan penampilan khas di beberapa buah masjid terpilih di sekitar Lembah Klang pada hari kempen 17 Oktober kelak sebagai usaha promosi.
Kepada korang yang ingin turut serta membantu, korang boleh mendapatkan botol edisi terhad NEX di TikTok Shop dan di 500 masjid seluruh negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang ramai berpeluang menyaksikan acara ‘state drive’ atau lambaian kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pada esok hari.
Acara kemuncak tersebut akan bermula jam 10 pagi dari Dataran Parlimen ke Bulatan Dato’ Onn sebelum Seri Paduka Baginda berdua berlepas ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, susulan itu, sepanjang Jalan Parlimen sehingga ke arah Bulatan Dato’ Onn akan ditutup sepenuhnya seawal jam 6 pagi.
Ia bagi pergerakan masuk pasukan pelambai seramai 3,650 yang terdiri daripada kakitangan kerajaan pelbagai kementerian.
“Bas-bas yang membawa pasukan tersebut akan menurunkan pasukan pelambai di sepanjang Jalan Parlimen sehingga, ke arah Bulatan Dato Onn dan diparkirkan di sekitar Padang Merbok.
“Kenderaan persendirian dan orang awam yang ingin bersama-sama ke acara tersebut boleh meletakkan kenderaan di sekitar Taman Botani, parkir bertingkat di Bukif Aman dan parkir di bawah Dataran Merdeka,” katanya kepada pemberita.
Sebelum acara tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dijangka menghadiri Istiadat Keberangkatan Balik yang bermula dari Istana Negara dan kemudiannya di Dataran Parlimen sebagai simbolik tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagramdan TikTokrasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Google
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuaca panas yang melanda negara mencatatkan sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia berada dalam gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga.
Menurut MetMalaysia, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak, manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Ia turut berlaku di Tampin, Negeri Sembilan serta Tangkak dan Kluang, Johor.
Tahap kuning bermaksud suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut. Sementara itu, seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, MetMalaysia tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini, namun masyarakat dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga terutamanya untuk mengelak daripada berlakunya strok haba.
Strok haba boleh berlaku jika korang mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Sekiranya korang mengalami gejala keletihan haba, pastikan korang mencegahnya daripada menjadi strok haba.
Gambar hiasan
Apakah gejala strok haba?
• Peningkatan suhu badan secara mendadak (41 darjah Celsius)
• Denyutan jantung menjadi cepat
• Pernafasan cepat dan pendek
• Tekanan darah menurun
• Badan kering dan panas
• Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
• Rasa kepala berpusing
• Pening
• Rasa mual
• Sawan atau pengsan
Sekiranya berlaku, apa yang perlu korang buat?
• Bawa ke tempat sejuk berhawa dingin
• Minum air jika sedar
• Mandi air sejuk
• Lapkan badan dengan tuala sejuk
Gambar hiasan
Lebih baik lagi, kurangkan melakukan aktiviti luar seperti bersenam, berjogging atau bersukan. Jangan keluar dari rumah atau bangunan jika tidak mempunyai urusan penting.
Negara kita sebenarnya banyak mengeluarkan jenama barangan tempatan yang berkualiti tinggi sehingga dianggap ia adalah jenama luar negara oleh masyarakat.
Malah, jenama buatan Malaysia ini juga turut terkenal di serata dunia.
Berikut adalah antara 5 jenama barangan buatan Malaysia yang terkenal di luar negara dan sering disalah anggap oleh masyarakat tempatan bahawa ia adalah jenama antarabangsa.
Kami pasti ada yang pernah menganggap Bonia merupakan jenama antarabangsa kerana barangan yang dijual adalah premium dan berkualiti tinggi. Tapi sebenarnya ia merupakan barangan buatan Malaysia yang dinamakan inspirasi daripada pereka Itali.
Kalau dengar nama Ogawa bunyinya macam datang dari Jepun kan? Hiks! Jenama Ogawa juga terkenal di peringkat antarabangsa yang diasaskan pada tahun 1996 oleh Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian.
Mister Potato adalah sebahagian produk Mamee yang juga merupakan jenama dari Malaysia. Mister Potato kini boleh didapati di lebih daripada 80 buah negara termasuklah Australia, Singapura, Rusia, Belanda, Maldives dan Timur Tengah.
Dilancarkan pada tahun 1997 oleh Datuk Lewre Lew dan jenama ini juga telah mendapat tempat di seluruh dunia. Lewre sering kali menjadi jenama pilihan bagi kerabat diraja dan selebriti di Malaysia.
Satu lagi produk jenama buatan Malaysia yang mungkin ramai menganggap ia keluaran dari Jepun. Yokohama mengeluarkan produk bateri motorsikal, kereta dan serbaguna serta produk bateri Yokohama ini dieksport ke 36 buah negara luar.
Hebat bukan negara kita sebenarnya banyak menghasilkan barangan yang berkualiti dan popular di peringkat antarabangsa. Jadi, tak salahlah sekiranya kita menyokong barangan buatan Malaysia kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
LKM digital JPJ akan menggantikan sepenuhnya pelekat bercetak bermula 1 Februari 2026, selaras dengan usaha pendigitalan JPJ dan pengurangan dokumen fizikal.