Hiburan

“Gigi Saya Original Bukan Fake” Dipersoal Warna Gigi, Farahdhiya ‘Sound’ Balik Netizen Dengan Jawapan Padu!

Share

Pelakon dan penyanyi, Farahdhiya baru-baru ini mencuri perhatian warga internet di media sosial apabila tampil bersuara mengenai komen kurang enak yang diterimanya di media sosial berhubung warna giginya.

Menerusi satu respons yang dikongsikan di Threads, Farahdhiya atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya Mohd Amin (42) dilihat tidak berdiam diri, sebaliknya memilih untuk menjawab secara terbuka dengan nada tegas namun santai.

“Gigi saya original bukan fake, memang keturunan warna tak berapa putih. Saya tak berminat nak buat veneers sebab I have nothing to hide. Saya bersyukur dengan apa yang ada,” katanya.

Kenyataan yang diberikan oleh aktres tersebut sekaligus memperlihatkan pendirian beliau yang selesa dengan keadaan semula jadinya tanpa perlu mengikut standard kecantikan tertentu. Bagi pelantun lagu popular era 2000-an itu, setiap individu diciptakan dengan keunikan tersendiri dan tidak wajar dijadikan bahan sindiran.

Pada masa yang sama, Farahdhiya turut menegur sikap segelintir pengguna media sosial yang gemar bersembunyi di sebalik akaun palsu semata-mata untuk mengkritik atau mencari kesalahan orang lain. Katanya, tindakan sedemikian bukan sahaja tidak matang, malah mencerminkan keperibadian yang kurang baik.

Tambahnya, isu warna gigi bukanlah sesuatu yang perlu diperbesarkan sehingga menjadi ukuran nilai diri seseorang kerana keutamaan seharusnya diberikan kepada kebersihan dan kesihatan gigi berbanding warna semata-mata.

“Saya lagi rela warna gigi kuning sikit tapi original, bersih dan kuat. Pernah cuba buat whitening, tahan 2 minggu je lepas dah minum and makan macam2,membazir je buat,” jelasnya sambil menjelaskan bahawa rawatan pemutihan gigi yang pernah dicuba sebelum ini tidak memberi kesan jangka panjang.

Selain itu, Farahdhiya turut berkongsi bahawa faktor pemakanan dan minuman harian antara penyebab warna gigi kembali seperti asal selepas rawatan dilakukan. Malah, beliau memaklumkan bahawa doktor gigi sendiri pernah memberitahu kesan pemutihan gigi sememangnya tidak bertahan lama bagi sesetengah individu.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang rata-ratanya menyokong sikap yakin diri yang ditonjolkan selebriti itu serta ramai menyifatkan pendirian Farahdhiya sebagai satu mesej penting tentang penerimaan diri dan keberanian untuk tampil autentik dalam dunia hiburan yang sering menuntut kesempurnaan luaran.

Sumber: Threads Farahdhiya

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE