Fans Sambut Birthday Sehun EXO Dengan Mengiklankan Ucapan Dalam Akhbar US

Share

Happy birthday Sehun!

 

12 April merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat ahli kumpulan K-Pop, EXO. Mengapa? Kerana ia merupakan hari kelahiran salah seorang ahli kumpulan paling popularnya, Sehun.

Sempena hari jadi seorang selebriti Korea Selatan, pastinya mereka akan menerima pelbagai bentuk hadiah daripada peminat masing-masing. Namun, ada sesuatu yang istimewa menanti Sehun pada hari ini apabila wajahnya muncul di dalam satu halaman penuh akhbar US, New York Times.

Di bahagian bawah halaman itu pula tertulis ucapan ‘Happy 25th Birthday kepada Oh Sehun’. OMG!

Bukan mudahnya untuk mana-mana pihak tak kiralah artis, ahli politik atau ahli perniagaan untuk mendapatkan satu halaman penuh dalam akhbar New York Times.

Namun, peminat Sehun menjadikan impian itu bertukar realiti. Kelab peminat OhSehumBar dan Cxunqi sudah merancang kejutan ini lebih 6 bulan yang lalu. Banyak steps yang perlu dilakukan oleh mereka disebabkan syarat-syarat ketat akhbar itu untuk sesiapa saja membeli muka surat iklan.

Lantas apabila mereka berjaya, ia dilihat sebagai satu kejayaan buat peminat EXO di seluruh dunia.

Selain daripada ucapan hari kelahiran, peminat Sehun turut juga mewar-warkan promosi rancangan Netflix baru ‘Busted!’ yang dibintangi Sehun pada bahagian bawah.

Selebriti yang membintangi ‘Busted!’ untuk siaran Netflix.

 

Hebatnya! Cuba bayangkan kalau ada kelab peminat artis Malaysia yang membeli satu halaman penuh dalam akhbar tempatan semata-mata untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir.

Agak-agak kena kecam tak? Hehe..

IKLAN