Kecoh bila Ikmal Amry memuat naik gambar seorang wanita di laman Instagramnya semalam. Rata-rata daripada pengikutnya meluahkan rasa ‘frust’ kerana menganggap wanita itu adalah girlfriend kepada pelakon Gantung The Series ini.
Mendapat lebih 24 ribu likes dan lebih daripada satu ribu jumlah komen, ramai peminat perempuan jejaka tampan ini sedih dan kecewa bila melihat gambar tersebut.
Lebih menakutkan lagi, ramai yang cakap nak bunuh diri bila tahu finalis Hero Remaja 2017 ini mempunyai teman wanita.
Ads
Persoalannya, benarkah seperti apa yang dikata oleh peminatnya? Jom kita dengar apa kata Ikmal Amry?
“Am terkejut bila mendapat pelbagai reaksi peminat dengan hanya satu gambar yang diupload semalam. Ada yang sampai nak bunuh diri disebabkan kononnya Am ni dah ada girlfriend,”
“Kami memang berkawan baik. Siapa yang kenal Am memang tahu keakraban kami. Tak salah kan kalau kita nak berkawan. Am juga faham dengan reaksi peminat bila gambar tersebut dimuat naik. Lagi pun, buat masa sekarang Am tak ada rancangan pun nak kahwin lagi,” jawabnya sambil tertawa.
Ads
“Tapi, nasihat Am kalau boleh korang janganlah buat main isu bunuh diri ni. Fokus pada pelajaran korang terlebih dahulu, lagi-lagi yang dah nak ambil SPM tu. Isu kesihatan mental ni memang serius. Kalau ada followers Am yang betul-betul berhadapan dengan masalah ini, jangan takut atau malu untuk dapatkan bantuan,” jelasnya lagi.
Hey chill girls, kumbang bukan seekor kan? Tapi kami pasti bahawa mereka ni main-main saja, sekadar nak meluahkan rasa kecewa. Hiks!
Apa-apa pun korang tetap sayang Ikmal Amry kan? Lagi pun, Am tak kata pun yang tu memang girlfriend dia kan? Sama-sama la kita tunggu..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi pemain muda negara, Aqil Arazi yang berusia 17 tahun dilaporkan menyertai kelab divisyen lima Perancis iaitu Cannes yang terkenal kerana berjaya melahirkan pemain bola sepak terkenal seperti Zinedine Zidane dan Patrick Vieira.
Selepas menjalani tempoh pemilihan selama dua bulan, Aqil akhirnya diterima masuk ke kelab tersebut dan berazam mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Ini langkah pertama selepas dua bulan menjalani latihan dan pemilihan, saya diterima dan didaftarkan untuk bermain di kelab AS Cannes di Perancis. Langkah seterusnya adalah untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama,” jelas Aqil dalam laman Instagramnya.
Aqil turut berkongsi perkembangan semasa dirinya dan menjelaskan bahawa kelab itu mempunyai sejarah dalam melahirkan pemain terbaik dan dia berasa bertuah kerana terpilih.
“Tak dapat nak bandingkan dengan pemain ini semua. Tak mengapa saya akan cuba lakukan yang terbaik.
Nampaknya Aqil bakal mengikut jejak langkah pemain negara Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid yang masing-masing telah berpangkalan di luar negara.
Syabas kami ucapkan diharap Aqil akan terus sukses dan dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Setelah sekian lama mendiamkan diripada dari industri seni Korea Selatan, akhirnya ahli Super Junior, Kangin memutuskan untuk keluar daripada grup tersebut.
Dia membuat pengumuman tersebut menerusi laman Instagramnya, hari ini. Dia juga sempat berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.
“Hai, ini adalah Kangin. Sudah lama saya bertemu dengan korang semua. Hari ini, saya amat berbelah bahagi untuk menyampaikan berita ini kerana ia adalah berita buruk namun saya menulis kenyataan ini setelah berfikir panjang.
“Setelah begitu lama, saya akan berhenti menggunakan gelaran ‘Super Junior’.
“Saya sentiasa rasa bersalah dengan ahli-ahli lain. Saya selalu memikirkan ia adalah perkara terbaik untuk berbuat keputusan dengan cepat.
“Namun, oleh kerana pihak pengurusan sering menyokong tindakan bodoh saya, saya rasa bersalah dan tidak mampu untuk menjadi berani. Saya juga merasakan bahawa sata tidak patut membuat keputusan seorang diri.
“Bagaimanapun, saya berkeputusan untuk tidak melengah-lengahkan keputusan saya lagi. Melihat ahli-ahli saya yang lain melalui perkara yang tidak seharusnya mereka lalui hanya kerana masalah saya.
“Paling penting, saya merasa bersalah terhadap E.L.F (peminat Super Junior) yang banyak memberikan kasih-sayang dan sokongan kepada saya selama 14 tahun.
“Mungkin sudah terlambat untuk mengatakan ini namun sama ada bersama Super Junior ataupun solo, saya sentiasa akan rasa bersalah dan bersyukur, perasaan itu selamanya akan berada di dalam hati saya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli dan staf pengurusan yang selama ini menjaga saya. Selamanya, saya akan menyokong Super Junior, terima kasih,” tulisnya.
Perkara tersebut turut disahkan oleh Agensi Kangin, SM Entertaiment.
“Kangin memutuskan untuk keluar daripada Super Junior di atas keputusannya sendiri dan kami menghormati keputusan tersebut. Namun, kontraks ekskusifnya bersama kami masih lagi ada,” tulis kenyataan tersebut.
Sebelum ini, Super Junior mengumumkan comeback mereka tanpa ahli penuh tanpa Kangin dan Sungmin walaupun kesemua ahlinya sudah pun tamat menjalani latihan khidmat negara mereka.
Susulan itu, peminat meluahkan kemarahan mereka menuduh Kangin adalah punca dan meminta agar dia keluar daripada grup tersebut.
Untuk pengetahuan, Kangin sebelum ini juga terlibat dengan kes memandu di bawah pengaruh alkohol menyebabkan dia direhatkan sementara daripada aktiviti grup tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Permulaan tahun 2018 yang dilihat mampu memeriahkan industri seni ternyata memberi mesej, filem tempatan yang dihasilkan masih belum mampu menarik minat penggemar ke pawagam untuk menontonnya.
Bermula dari Januari hingga Mac 2018, sebanyak 6 buah filem sudah memasuki pawagam bermula dari 11 Januari lalu menerusi filem Buskres yang dilakonkan oleh Hafeez Mikhail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Stephanie Jessica Terry, Mas Khan, Lia Natalia, Loque dan Elizabeth Tan dengan genre romantik/ muzikal yang dijangka mampu menarik minat orang muda ternyata gagal.
Filem ini menampilkan Hafeez Mikhail, Daiyan Trisha juga masih gagal menarik minat orang menonton di pawagam
Sangat menyedihkan, jumlah kutipan tiket Busker hanyalah RM68,739.94 sekali pun ditayangkan di 52 buah pawagam tanahair. Dari senarai 6 filem tempatan sehingga Mac, filem arahan Syed Khairul Fariz ini terletak dalam senarai paling bawah dari segi kutipan tiket.
Memasuki pertengahan Januari, filem Best Story (mandarin) terbitan Lomo Pictures Sdn Bhd mula ditayangkan tetapi juga dilihat gagal apabila hanya mampu mengutip hanya RM123, 077.58 selepas selesai dua minggu tayangan.
Kemudian, dengan mempertaruhkan nama besar dalam dunia pengarahan iaitu Aziz M Osman yang mesra disapa Abang Long Aziz yang pernah menghasilkan filem XX Ray suatu ketika dahulu ternyata filem Bukan Malaikat Cinta juga ternyata gagal kerana hanya berjaya mengutip RM134, 324.56 sekalipun menampilan pelakon Nora Danish serta pelakon dari Indonesia Nora Danish, Fachri Albar, Ashraf Muslim dan ramai lagi.
Nora Danish, Fachri Albar dan Ashraf Muslim gagal menarik minat peminatnya ke pawagam
Ternyata pengaruh mempunyai ramai pengikut di Instagram Nora Danish gagal menarik minat penonton untuk mengikuti filem-filem Melayu yang sepanjang 23 tahun penayangan, hanya filem Abang Long Fadil 2 lakonan Zizin Razak yang setakat ini mampu mengaut RM18.15 juta diikuti Polis Evo yang mengutip RM17.47 juta. Inilah saja pencapaian paling tinggi bagi filem tempatan. Wow, masih jauh lagikan rupanya…
Bukan mahu terus mengkritik dunia perfileman tetapi industri seni di Indonesia jauh berbeza kerana filem terbaik mereka iaitu ‘Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss! Bahagian 1’ berjaya mengutip RM67.2 juta diikuti Apa Ada Dengan Cinta 2 (AADC2) iaitu sebanyak RM 35.9 juta.
Filem arahan Riri Riza ini mencetuskan fenomena di Malaysia, Brunei, dan Singapura. Filem lakonan Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra ini menarik lebih 3.6 juta penonton menyaksikannya di pawagam. Mungkinkah jalan cerita yang jauh lebih baik membuatkan penonton tertarik ke pawagam menyaksikannya?
Memasuki bulan Februari, filem Makrifat Cinta yang menampilkan pelakon bergred A seperti Shamsul Yusof, Nabila Huda, Adi Putra, adik Balqis yang dikatakan mampu meruntun hati ternyata terus membuatkan penerbitnya menangis sendirian kerana filem ini hanya mampu mengutip RM138, 686.04 biar diwar-warkan bakal meletup di pawagam kerana jalan ceritanya yang mampu buat orang menangis.
Badang oh Badang, filem ini kecoh kerana sensasinya sahaja. Ramai netizen mengkritiknya..
Filem tempatan terus lesu biar kecoh bahawa filem Badang lakonan Dato’Sri Aliff Shukri dikatakan mampu memberi ledakan kerana kos pembikinannya mencecah RM2.5 juta. Kasihannya, filem ini hanya mampu mencatat kutipan tiket sebanyak RM68, 816.17 dan lebih “menang” dengan kisah-kisah sensasinya sahaja.
Mengakhiri bulan Februari, filem Mandarin A House Of Happines berjaya mencatat RM928, 511.03 dan itupun masih gagal mengutip RM1 juta ke atas.
Saksikan 6 filem tempatan yang gagal.
Setakat ini baru enam filem, satu pun tak berjaya kutip atas RM1 juta. Sumber info : FINAS
Ini pula senarai 30 filem sepanjang 23 tahun yang mencatat kutipan menguntungkan. Sembilu yang menampilan Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain ternyata meletup pada 1995 kerana filem ini mampu mengutip lebih 6 juta.
Filem Sembilu mengutip RM6.02 juta pada tahun 1995. Sepanjang 23 tahun industri filem, inilah senarai-senarai filem hebat. Sumber ; FINAS
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!