Niat peminat K-Pop untuk menyaksikan idola kegemaran mereka pada acara Fan-Meeting petang ini bertukar muram setelah ia dibatalkan, 30 minit selepas waktu fan meeting sebenar bermula.
Tepat jam 6.30 petang tadi, para peminat masih dipaksa menunggu sambil beratur di hadapan pintu masuk Stadium Malawati Shah Alam.
Pegawai dan penganjur dilihat keluar dari stadium untuk pengumuman acara fan-meet pada hari ini terpaksa DIBATALKAN atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Menurut salah seorang pengunjung yang sempat mendengar pengumuman itu, pihak penganjur katanya tidak berjaya mendapat kelulusan permit untuk menjayakan acara pada hari ini.
Ads
Dan disebabkan itulah, trak polis dilihat berada di sekitar stadium untuk menghentikan acara.
Buat masa ini, masih belum ada kenyataan tak rasmi daripada pihak penganjur kepada rakan media untuk menjelaskan situasi sebenar.
Namun apa yang pasti, peminat yang rata-rata merupakan ahli Win:D (kelab peminatnya) tidak berpuas hati dan tidak boleh bertoleransi dengan situasi ini.
Ads
“Saya datang jauh dari Pahang untuk menonton idola favourite dari grup Wanna One iaitu Kim Jae Hwan. Kalau terpaksa tunggu sehingga 8malam pun saya sanggup tunggu kerana sudah penat datang!”
Seorang lagi berkata, “Sekurang-kurangnya jika mereka membawa Kim Jae Hwan ke luar stadium untuk sesi Hi Touch (give me five) pun okay. Ini kerana sesi tersebut telah dijanjikan kepada semua pemegang pas masuk.”
Apa yang REMAJA pelik adalah sesi rehearsal telah dilakukan. Malah Kim Jae Hwan pun telah bersedia di dalam stadium. Alih-alih tiada permit?!
Haih sama-sama lah kita tunggu update daripada MacPiepro.
Ads
[ EDITED: 7.20 petang]
Penganjur, MacPiepro mengumumkan pembatalan acara Kim jaehwan Fan Meeting Di KL pada hari ini atas alasan yang kami penulis suspek sebentar tadi iaitu ketiadaan permit acara.
Bersabarlah ya gais..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehidupan di asrama penuh dengan kenangan. Baik ketika di sekolah mahupun universiti, ada pelbagai cerita terkumpul di sini sekaligus menjadi lipatan kenangan selepas masing-masing tamat sekolah.
Di asrama juga, ada pelbagai ragam dapat dilihat. Ada terlalu lembik sampai mudah kena buli, ada terlalu berdikari, ada budak dorm yang sombong, terlebih peramah dan pendek kata ada 1000 cerita mengenainya. Itu belum lagi yang buat perangai tidur sekatil sampai timbul isu-isu songsang dan sebagainya.
Tentu ramai nak tahukan, hukum tidur satu selimut yang biasa budak-budak asrama lakukan. Baca penjelasan dari Sohibus Samahah, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang juga Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum tidur dalam satu selimut.
Soalan :
Assalamualaikum, bolehkah pihak Tuan memberikan penjelasan berkenaan hukum tidur di dalam selimut yang sama seperti yang selalu berlaku di asrama.
Kehidupan di asrama penuh dengan pelbagai cerita dan kenangan. Gambar hiasan
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Dalam isu ini terdapat petunjuk nabawi yang disampaikan melalui sebuah hadis riwayat daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang lain, dan tidak boleh bagi seorang perempuan untuk melihat aurat perempuan yang lain. Serta tidak boleh untuk seorang lelaki berbaring dengan lelaki yang lain di dalam selimut yang sama demikian juga tidak boleh untuk seorang perempuan berbaring dengan perempuan yang lain di bawah selimut yang sama.
Riwayat Muslim (338)
Dalam mensyarahkan hadis ini, Imam Al-Nawawi Rahimahullah berkata: Pada hadis ini menunjukkan kepada haramnya seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki[1] dan haramnya seorang perempuan untuk melihat aurat perempuan yang lain. Demikian juga haram bagi seorang lelaki untuk melihat kepada aurat seorang perempuan dan haram bagi seorang perempuan untuk melihat aurat lelaki secara ijma’.
Islam melarang lelaki mahu pun perempuan untuk tidur satu selimut kerana ia melibatkan aurat yang tidak boleh dilihat biar pun sama jantina
Kata al-Nawawi lagi: (Larangan berbaring di dalam pakaian atau selimut yang satu terhadap dua orang lelaki) adalah larangan yang menunjukkan kepada pengharaman sekiranya tidak ada lapik antara mereka berdua. Pada hadis ini menunjukkan keharaman menyentuh aurat orang lain pada setiap tempat dari badannya. Ini adalah perkara yang telah disepakati serta menjadi perkara yang diketahui umum. Orang ramai telah bermudah-mudahan dalam isu ini dengan berkumpulnya mereka di dalam bilik mandi yang sama. Maka wajib kepada mereka yang berada di situ untuk memelihara pandangan, tangan, dan anggota lainnya terhadap aurat orang lain. Juga wajib untuk dia memelihara aurat dirinya dari perhatian dan tangan orang lain. Lihat Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (4/25).
Imam Syams al-Haq Al-Azhim Abaadi pula dalam syarahannya ke atas hadis ini menukilkan kenyataan penulis kitab Al-Misbah terhadap perkataan ولا يفضي الرجل إلى الرجل yang berkata:
Seorang lelaki yang meletakkan dengan tangannya ke tanah, iaitu menyentuhnya dengan bahagian dalam tangannya. Meletakkan ke seorang perempuan, bererti dia menyentuhnya. Meletakkan kepada sesuatu pula bererti dia menyambungkan atau berhubung dengannya. Pada hadis ini larangan terhadap seorang lelaki untuk berbaring dengan lelaki yang lain di dalam selimut yang sama. Demikian juga tidak boleh bagi seorang perempuan dengan perempuan yang lain. Sama ada antara keduanya itu ada penghadang atau tidak, iaitu dalam keadaan keduanya tidak berpakaian.
Syeikh Al-Azhim Abaadi juga menukilkan kata-kata Al-Thibi yang menyebut: Tidak boleh untuk dua orang lelaki berbaring di bawah selimut yang sama dalam keadaan keduanya tidak berpakaian (telanjang). Demikian juga orang perempuan. Sesiapa yang melakukan perbuatan ini perlu ditakzir. Rujuk ‘Aun al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Dawud, Shams Al-Haq Al-Azhim Abaadi (11/43).
Kesimpulan
Setelah kami meneliti beberapa hujahan yang dikemukakan oleh para fuqaha di atas, kami menyatakan bahawa kita hendaklah menekuni beberapa perkara yang berikut:
Hadis tersebut menitikberatkan isu aurat antara sesama jenis. Dari sudut menyatakan pengharaman ke atas seorang lelaki dan perempuan untuk melihat dan menyentuh aurat kaum sejenis tanpa sebarang keperluan.
Oleh yang demikian, larangan berbaring di bawah selimut yang satu bagi dua orang lelaki adalah bagi mengelakkan berlakunya sentuhan dan penglihatan terhadap aurat satu sama lain. Kerana itu dihuraikan oleh para ulama: dalam keadaan keduanya tidak berpakaian.
Hadis ini tidak merujuk kepada pasangan suami isteri. Bahkan dalam mazhab Imam Al-Syafie, boleh bagi seorang suami melihat seluruh aurat isteri dan begitulah sebaliknya, melainkan ada pengecualian pada bahagian kemaluan.[2]
Sekiranya kedua-dua orang lelaki itu berpakaian lengkap menutup aurat, tetapi cuaca dan suhu sekeliling dalam keadaan sejuk, lalu kedua mereka tidur di bawah selimut atau comforter, maka ia tidaklah termasuk dalam perbuatan yang dilarang dalam hadis ini mudah-mudahan.
Namun, secara asasnya adalah kita memisahkan tempat tidur antara satu sama lain, bagi tujuan mengelakkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keharaman.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
[1] Dalam mazhab Imam Al-Syafi’e, aurat lelaki sesama lelaki adalah apa-apa yang berada antara pusat hingga lutut. Demikianlah juga aurat antara perempuan dengan perempuan yang lain.
[2] Isu hukum memandang kemaluan pasangan mempunyai perbahasan yang panjang dalam mazhab dan kami tidak memperincikannya di sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini kecoh di media sosial mengenai kes seorang ustazah dipaksa merangkak oleh seorang ibu.
Hal itu mendatangkan kemarahan kepada orang ramai yang menganggap perbuatan tersebut tidak masuk akal malah ada peguam mahu membela nasib ustazah berkenaan.
Dalam kes ini tular dan mendatangkan kemarahan orang ramai, satu komen dari pemilik akaun Angah Fhira (sudah dinyahkan selepas komennya tersebar) namun sempat dimuat naik oleh netizen yang mana dalam komennya Angah memaklumkan bahawa pelajar yang dipaksa merangkak itu adalah anak saudaranya.
“Anak murid tu cucu saudara saya. Lutut melecet teruk kena denda. Ustazah nie memang dah banyak kes, cuma ibu bapa diam sebab sekolah kampung. Sekolah ini ramai pelajar berenti sebab ustazah nie guna emosi semasa mengajar (cubit sampai lebam etc). Dari ada banyak kelas, sekarang tinggal satu kelas sahaja. Budak dah trauma nak datang kelas. Sekadar pencerahan, ibu murid tersebut bukan ibu yang manjakan anak. Dia seorang yang tegas dan garang dengan anak-anak. Cuma kali ini Ustazah nie bertemu buku dan ruas.
Namun apa menariknya, selain dirinya ada juga komen-komen lain yang memaklumkan kes ini berlaku minggu lepas dan ada ibu-ibu berkongsi anak mereka retak tulang jari dan kes ini berlaku minggu lepas. Juga sudah dipanjangkan ke pihak kementerian.
Malah dalam up date terkini, Cikgu Mohd Fadli berkata, waris kepada ustazah tersebut sudahpun menghubunginya dan beliau menulis kejadian ini berlaku di Madrasah Ad Diniah Islamiah,Parit 15 Bagan Datoh, Perak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Tasik Cermin yang terletak di Ipoh ditutup sementara gara-gara tindakan seorang lelaki yang terjun ke dalam tasik tersebut.Video berdurasi 15 saat itu telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.
Walau bagaimanapun, pusat rekreasi ini akan dibuka semula bermula 15 Januari depan setelah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berpuas hati dengan hasil siasatan insiden itu.
Tasik Cermin akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari kepada pengunjung. Pihak MBI juga berharap kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Diharap dengan pembukaan semula opeasi tasik ini dapat merancakkan lagi sektor pelancongan utama di bandaraya Ipoh.
Untuk makluman, Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Lembah Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan itu.
Diharap selepas pembukaan semula ini, orang ramai tidak melakukan sebarang salah laku yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam mahu pun pengunjung di sana.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.