‘Fall Seven Times, Stand Up 8’, Selebriti Beri Kata Semangat Buat Haneesya Hanee

Share

 

Situasi yang menimpa Haneesya Hanee mendapat perhatian bukan saja netizen, malah selebriti terkenal tanah air.

Dalam pada dia ditimpa musibah, masih ramai yang memberikan kata-kata semangat buat anak muda ini.

Antara yang turut bersimpati dan memberi semangat kepada Haneesya adalah Janna Nick dan Fasha Sandha. Kata-kata positif itu dimuat turun dalam laman Instagram mereka.

Pak Nil juga turut memberi kata semangat dan sepertinya beliau turut memahami situasi  yang terjadi kepada anak gadis ini.

Walaupun tidak menyebut nama Haneesya, tetapi Sharifah Amani juga dilihat tidak menyokong dengan tindakan masyarakat yang mengecam secara melampau di media sosial.

Miss Supranational Malaysia 2018 iaitu Sanjna Suri juga tampil memberikan sokongan positif kepada Haneesya. Dalam siri klip Instagram Story, dia berkata ramai yang sudah bertanyakan pendapatnya mengenai insiden ini memandangkan Sanjna sendiri perlu mengalami situasi gelaran ditarik balik, sebelum ini.

“Jika sudah dinyatakan dalam kontrak untuk menjaga tingkah laku, secara teknikalnya ia memang melanggari peraturan. Sebagai peserta, kita perlu lebih sensitif terhadap pandangan masyarakat lebih-lebih lagi dirinya yang dipandang sebagai personaliti contoh kepada para remaja berbangsa Melayu.

I’m sure she regrets it. Mereka hanyalah remaja yang kurang matang pada waktu itu. Jika dia boleh kembali menjadikan situasi ini kepada sesuatu yang lebih positif, that is great. Saya sendiri yang pernah ditarik balik gelaran dan ia menjadikan saya lebih kuat. Please continue to reach after your dreams,” tambahnya lagi.

***

Selain itu, Haneesya juga turut mendapat sokongan daripada masyarakat di luar sana. Tidak hanya menerima kecaman, sebenarnya masih ramai yang menyokong dan sayangkan bakat yang ada pada gadis hitam manis ini.

Dear Haneesya, keep strong girl. Jadikan ini satu ‘sebab’ untuk Hanee lebih bersemangat mengejar cita-cita dan lebih berjaya pada masa akan datang.

IKLAN