Facebook Rekod Aktiviti Pengguna, Lelaki Ini Ajar Cara Padam Sejarah & Tutup Fungsi

Share

Dalam teknologi dunia yang semakin canggih hari ini, kita perlu lebih berhati-hati apabila mengakses media sosial. Kadangkala, kita tidak tahu maklumat peribadi seseorang itu juga boleh dikongsi tanpa izin.

Seorang penggunada di Facebook, Nik Syafiq telah berkongsi info bahawa Facebook merekod semua aktiviti yang dilakukan di telefon pintar kita yang dipanggil ‘off-facebook activit

y’.

Jelasnya lagi, walaupun sudah menukar telefon pintar sejak Oktober 2019, namun rekod yang dicatatkan mengandungi 144 log di semua aplikasi dan laman web sejak 30 July 2019.

Lelaki ini turut berkongsi cara-cara untuk memadam semua history tersebut dan cara untuk ‘turn off

‘ daripada Facebook menyimpan rekod aktiviti kita yang mungkin boleh digunakan untuk tujuan lain.

1. Pilih Settings

2. Cari Off-Facebook activity

3. Pilih Manage your off-Facebook activity

4. Tekan Clear history

5. Lihat dalam gambar

6. Kemudian, pilih More options

7. Pilih Manage Future Activity

8. Pilih Future off-Facebook activity

9. Akhir sekali, tekan Turn Off

Patutlah kalau kita search sesuatu di apps lain, berderet-deret ads sponsored di timeline Facebook kita. Korang perasan tak?

Sumber: Nik Syafiq

IKLAN