
Aktres jelita, Eyka Farhana baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa gambar bersama tunang tercintanya, pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid, di Instagram.
Menerusi hantaran terbaharunya, Eyka berkongsi foto-foto mesra bersama Akhyar ketika sesi ‘photoshoot’ untuk sebuah jenama terkenal dunia.
ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana Ikat Tali Pertunangan Bersama Akhyar Rashid Dalam Majlis Tertutup Serba Ringkas

Namun, salah satu gambar yang dimuat naik itu mencetuskan reaksi berbeza daripada netizen, yang turut memberikan teguran terhadap pasangan ini.
Meskipun foto tersebut memaparkan kemesraan mereka, ramai netizen berpendapat bahawa ia kurang sesuai memandangkan status hubungan mereka yang masih dalam fasa pertunangan.

“Sweet lah, nak juga lah ambil gambar dengan encik suami macam ini,” komen seorang netizen.
“Bagai pinang dibelah kapak, oppss sorry dibelah dua nice,” tulis seorang pengguna.
“Kalau dah kahwin tak apalah juga, ini sentuh? pulak,” komen yang lain.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Eyka Farhana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Perkara Lelaki Perlu Hadapi Selepas Kahwin Muda, Betul Dah Ready?

Tak semua lelaki betul-betul dah bersedia untuk berkahwin muda.
Hati tu memanglah nak kahwin. Tapi korang perlu fikirkan tentang kehidupan selepas berkahwin terlebih dahulu.
Seperti yang ditonjolkan dalam drama hangat masa kini, Lelaki Lingkungan Cinta di saluran TV3, ia membawakan konsep remaja yang mengambil keputusan untuk berkahwin muda.
Guys, kalau korang bersedia untuk menghadapi keenam-enam perkara ini, mungkin korang sudah bersedia untuk merancang acara merisik tak lama lagi.
Setia
Dengar macam mudah tetapi nak melaksanakan tu, masyaAllah. Sebab itulah, orang tua-tua selalu nasihatkan agar lelaki dan perempuan yang ingin dijadikan pasangan itu supaya saling mengenali secara ikhlas.
Jangan hanya disebabkan rupa dan harta, segala di-okay-kan saja. Hati yang ikhlas untuk menghabiskan seumur hidup kita bersama pasangan adalah lebih penting. Dari situlah kesetiaan wujud.
*Sekian, Dr Fadzillah Kamsah*. Next.

All For Wifey, Nothing For You
Ouh, biasa tengok lelaki pegangkan semua beg shopping? Itu belum termasuk lagi handbag, air bubble tea dan makanan tapau. Satu je benda yang isteri pegang, dompet suami!
ARTIKEL BERKAITAN : 9 Hint Lelaki Selalu Beri, Tapi Perempuan Tak Dapat Tangkap!
Mood Swing
Perempuan obviously adalah kaum yang lebih sensitif berbanding lelaki. Not being sexist, but generally that is how thing is.

Kalau salah percaturan, perempuan mudah berubah mood pada setiap hari. Kadang-kadang kesian juga dekat suami yang selalu dijadikan bahan amarah apabila isteri mengalami bad day (or bad hair / tudung day).
Kalau masa datang bulan pula, suami kenalah hati-hati okay dengan ayat yang keluar dari mulut.
Bersedia Untuk Perut Ke Depan
Suami mana yang tak suka kalau isteri masakkan untuk mereka. Tanda sayang yang wujud dalam perhubungan juga tercetus apabila si isteri berada di dapur. Itulah di antara punca berat badan lelaki mulai terutamanya pada bahagian perut.
That is the weight of love, guys.
Untuk menaikkan rasa kasih sayang, apa kata jika lelaki juga kadangkala masuk ke dapur untuk menolong sebelum dan selepas makan.
Mangsa Handyman
Lelaki pula dikenali sebagai kaum yang lebih kuat. Lalu, suami akan memikul tugas baru di rumah sebagai handy man. Tak kisahlah nak set up kerusi baru, almari baru, nak ganti kipas.. semuanya diserahkan kepada suami.
Dan di mana isteri semasa itu? Tengok drama pukul 7 malam.
Rasa seperti tak adil? Tak perlu fikir nak berkahwin dahulu..

Instagram Husband
Isteri akan selalu pass phone mereka kepada suami. Bukannya sebab suami nak pinjam tetapi sebab isteri nak gambar mereka diambil. Selagi tak cantik di mata mereka, selagi tulah suami akan jadi jurugambar untuk mereka.
Dan bila likes mencanak naik, beratus-ratus comment diterima, tiada satu pun pujian yang diterima oleh ‘Instagram Husband’ ni. At least, boleh kot letak “Foto by hubby”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dulu Punggung Gerutu Jadi Punca, Terkini Rendam Baju Lama Asbab Pasangan Muda Bercerai

Pada tahun 2018, Hannah Yeoh yang ketika itu menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pernah mendedahkan di Parlimen 23 punca pasangan muda bercerai.
Walau nampak lucu tapi memalukan untuk disebut oleh bekas Timbalan Menteri ini ialah punggung pasangan yang menggerutu menjadi sebab utama pasangan muda bercerai.

Ternyata, di tahun 2020, punca-punca remeh masih lagi menduduki carta utama punca pasangan muda berusia di antara 25-30 tahun di bawah usia perkahwinan lima tahun memilih untuk meleraikan ikatan perkahwinan.
Jika dulu punggung menggerutu tapi trend terkini, rendam baju terlalu lama hingga berbau jadi asbab cerai. Bukan itu saja, kegilaan pasangan mengadap gajet terlalu lama juga jadi punca bercerai hari ini.
Errmmm…
Fakta itu mungkin menakutkan bagi korang yang belum berumahtangga tapi jika tidak benar-benar bersedia tak usahlah berkahwin awal. Ye tak?
Pilihlah berkahwin bila korang dah benar-benar yakin dapat menjadi imam solat pada isteri di rumah, solat 5 waktu yang tak pernah ditinggalkan selain faktor lain. Tapi kalau perkahwinan sekadar untuk rasa seronok selain nafsu, alangkah ruginya kehidupan.
Memetik sumber dari Harian Metro, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, trend cerai di kalangan pasangan di bawah usia lima tahun sebabnya nampak remeh. Malah kebanyakan kes dilaporkan membabitkan tuntutan cerai oleh pihak suami.
Menurut Musa, antara alasan yang kedengaran lucu, tetapi menjadi punca perceraian adalah sikap pasangan seperti tidak mencuci pakaian atau merendamnya terlalu lama dalam baldi hingga berbau.
Katanya, alasan lain diterima adalah berpisah disebabkan tabiat pasangan yang taasub dengan permainan video dan leka bermain telefon bimbit.
"Pelbagai alasan diberikan pasangan, tetapi trend terkini menunjukkan punca perceraian berkait rapat dengan penggunaan aplikasi di telefon pintar.
"Antaranya Facebook (FB), Instagram (IG), WhatsApp, Messenger dan lain-lain lagi.
"Kewujudan teknologi ini juga menyebabkan suami memilih melafazkan cerai dengan cara yang lebih moden iaitu menerusi medium berkenaan," katanya.
Musa berkata, biarpun lelaki berhak menceraikan isteri, mereka seharusnya berfikir panjang sebelum mengambil keputusan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN, BACA SINI
23 Alasan MENGARUT Pasangan Muda Tuntut Cerai, #1 Punggung Isteri Menggerutu & Minta 30 Set Persalinan Pakaian
Cinta Sejati, Sehidup Semati! Suami Isteri Meninggal Selang 2 Hari Di Madinah Ketika Umrah
Brad Pitt & Jennifer Buktikan 4 Sebab ‘Exes’ Boleh Berkawan
Lelaki pemimpin & jangan ikut emosi
"Ada sebab mengapa Allah SWT beri kuasa talak kepada suami dan satunya daripadanya adalah kerana lelaki adalah pemimpin dan lazimnya tidak bertindak mengikut emosi.
"Namun, situasi sekarang berbeza kerana segelintir lelaki pula dilihat mengikut emosi sedangkan seburuk mana pun isteri, suami sepatutnya bertahan.
"Jika mahu bercerai sekalipun, biarlah mengikut prosedur yang betul, bukannya dengan melafazkan talak di luar mahkamah," katanya.
Menurut Musa, hal itu mungkin berlaku disebabkan kuasa menjatuhkan talak adalah hak mutlak suami dan kecenderungan segelintir lelaki melihat keburukan pasangan mereka.
Katanya, faktor lain adalah kerana kurangnya pengalaman dalam mengendalikan masalah atau konflik rumah tangga hingga memilih untuk berpisah.
"Usia perkahwinan yang masih baru menyebabkan mereka belum mencapai tahap kematangan dalam rumah tangga.
"Berdasarkan rekod persatuan dan aduan diterima, kes ini lazimnya membabitkan lafaz talak yang dijatuhi di luar mahkamah.
"Setiap kali aduan sampai ke pengetahuan persatuan, kita akan meminta ahli (pengamal undang-undang syariah) untuk mengendalikan kes," katanya.
Menurut Musa, ahli persatuan iaitu peguam syarie yang mengendalikan kes akan mengesyorkan pasangan terbabit rujuk semula.
"Segelintir pasangan lembut hati, tetapi ada juga tetap dengan pendirian mereka," katanya yang berpengalaman sebagai peguam syarie sejak 1999.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jangan Gelar Isteri Saya Minah Gigil” – Nadzmi Adhwa Pertikai Video Viral

Hujung minggu lalu telah menyaksikan satu lagi kisah cinta selebriti terikat dalam majlis akad.
Pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telahpun selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan.
BACA: Beratus Kali Diberi Hint Kahwin Tapi Tolak, Ardell Aryana Nak Bersedia 100%
Namun dalam pada kita seharusnya gembira untuk pihak pengantin dan keluarga, lain pula cerita yang tular daripada majlis pernikahan itu.
Dalam satu video viral kelmarin, ramai netizen yang tertarik dengan momen Nadzmi menyarungkan cincin ke tangan Ardell yang menggeletar.

Ramai yang menganggapnya ‘lawak’ dan tak kurang juga yang mempermainkan momen tersebut di media sosial.
Hari ini demi menjaga nama baik isterinya, Nadzmi dengan sopan telah memuat naik kenyataan di Instagram bagi menjelaskan keadaan sebenar
“Isteri saya menggeletar tangannya dan hampir sesak nafas.
“Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta depression yang agak teruk sebelum ini dan masih lagi dalam proses treatment.
“Anxiety boleh terjadi bila-bila masa sahaja pada isteri saya. Sebelum ini apabila terlalu ramai di hadapannya, isteri saya akan terkejut sehingga menyebabkan panic attack yang boleh mengakibatkan blackout, pitam dan sesak nafas.
“Pada hari pernikahan kami berdua memang sangat awkward dan gugup berhadapan orang ramai. Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negatif sesetengah netizen.”

“Tolong doakan yg baik-baik dan jangan timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa apa atau tidak berada di majlis kami. Sebagai seorang suami, tolong jaga hati isteri saya & jangan gelar isteri saya minah gigil, perempuan parkinson, perempuan cacat.
”Saya tak kisah andai ada yang buat parodi saya & isteri untuk menjadi bahan gelak tawa netizen, cuma jangan HINA isteri saya,” antara yang dicatatkan oleh Nadzmi sebentar tadi.
Kita tak berada dalam situasi mereka, kita jangan speku yang bukan-bukan okay.
Melawak pun ada limit-nya.
Apapun, REMAJA harapkan Nadzmi dan Ardell tidak mengendahkan sebarang posting negatif sekiranya ada.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

