
Awkward is definitely an understatement!
Pertemuan janggal di antara pelakon Sophia Albarakbah dan penyanyi, Bella Astillah sewaktu momen penyerahan trofi Selebriti Feminin Terhangat di sebuah acara anugerah yang berlangsung di Putrajaya, malam tadi telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Dari momen Bella menyebut, “Saya kenal sangat dia ini…” sebelum mengumumkan nama Sophia sebagai pemenang kategori tersebut hinggalah ke momen di mana Bella seakan menolehkan pandangan daripada wajah Sophia ketika menyerahkan trofi berkenaan – it was just awkward.
Peminat juga merasakan Bella kurang selesa dengan situasi berkenaan apabila enggan menyalam tangan Sophia. Masakan tidak, masing-masing pernah terlibat dalam kemelut yang meruntuhkan rumah tangga Bella bersama bekas suami, Aliff Aziz kira-kira pada Januari 2023.
Ketika ditemui dalam sesi sidang media selepas momen kemenangannya, Sophia beranggapan insiden itu sebagai perkara kecil yang tidak menjejaskan kegembiraannya apabila dihargai oleh peminat menerusi undian mereka.

“Saya tak rasa kena sindir pun. Mungkin itu cara dia (Bella) sampaikan anugerah. Saya bersyukur sangat dapat penghargaan ini.
“Bagi saya, saya masih dalam proses memahami kenapa saya yang menang… masihh terkejut sebenarnya,” katanya.
Sophia turut merasakan dirinya okay sahaja untuk bersikap profesional apabila berada di lokasi bekerja seperti malam tadi memandangkan dirinya berada dalam industri yang sama dengan Bella dan mana-mana anak seni yang lain. Kejadian seperti terserempak pastinya akan berlaku satu hari kelak.
View this post on Instagram

Hhm, korang rasa mereka masih memendam rasa dengan apa yang pernah berlaku dahulu?
FOTO: TV3 Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

