Foto Via Pexels : Nithin PA

Bagaikan acara tahunan dan seperti tiada pengakhiran ya masalah bekalan air di Selangor.

Kini, penduduk di 998 buah kawasan sekitar Lembah Klang sedang menghadapi gangguan bekalan air selama empat hari bermula 9 pagi pada 13 Oktober semalam dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 16 Oktober (Sabtu).

Jelas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), gangguan bekalan air ini susulan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Antara kawasan malang di Lembah Klang yang terjejas termasuklah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Empat Hari Tanpa Air, 9 ‘Survival Tip’ Kepada Remaja Lembah Klang

Ini bukanlah kali pertama masalah bekala air berlaku di Lembah Klang dan tentunya, ini bukan kali terakhir. Daripada pengalaman lalu, macam-macam cara menyimpan air dan menjimatkan penggunaan air telah kita semua pelajari lalu diaplikasikan.

Jom recap semula 9 tip berguba untuk meringankan beban korang pada waktu-waktu kritikal ketiadaan air ini.

1. Bawa botol minuman

IKLAN

Empat Hari Tanpa Air, 9 ‘Survival Tip’ Kepada Remaja Lembah Klang

Bawa botol minuman yang boleh diisi air ke mesin water cooler awam yang percuma. Tidak perlulah membeli air mineral di kedai serbaguna. Sebotol dua boleh tahan juga, kalau sudah masuk 10 ke 20 botol.. garu kepala jadinya!

2. Tangguh cuci baju

Empat Hari Tanpa Air, 9 ‘Survival Tip’ Kepada Remaja Lembah Klang

Elakkan terlalu kerap menukar baju harian. Sebolehnya tangguhkan dulu aktiviti mencuci hingga bekalan air kembali pulih. Ini masanya untuk korang berehat seketika daripada melakukan kerja-kerja rumah. Hiks!

3. Kumpul pinggan mangkuk

Empat Hari Tanpa Air, 9 ‘Survival Tip’ Kepada Remaja Lembah Klang
Memang nampak kotor perbuatan ini. ‘Sakit mata’ bila melihat pinggan mangkuk tidak bercuci di dalam sinki.

Namun, lebih banyak jumlah air yang dapat dijimatkan jika korang membasuh semua pinggan mangkuk terkumpul sekaligus selepas bekalan air kembali normal. Caranya, sediakan 2 besen untuk mencuci dan membilas.

IKLAN

4. Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang.

Empat Hari Tanpa Air, 9 ‘Survival Tip’ Kepada Remaja Lembah Klang

Jangan bazirkan air untuk basuh pinggan, beli je stok yang boleh dikitar semula untuk tempoh seminggu. Murah dan mudah!

5. Alas Pinggan Dengan Plastik

Empat Hari Tanpa Air, 9 ‘Survival Tip’ Kepada Remaja Lembah Klang

Ini amat membantu ya! Alaskan pinggan dengan plastik seperti yang selalu dilakukan di restoran mamak nasi kandar.

Err, wait. Itukah sebab mamak alaskan pinggan mereka? *Jangan fikir*

6. Air Mineral Untuk Minuman

IKLAN

Empat Hari Tanpa Air, 9 ‘Survival Tip’ Kepada Remaja Lembah Klang

Tujuannya agar korang boleh minum air yang bersih tanpa ragu-ragu. Ia juga boleh digunakan untuk keperluan penting di bilik air.

7. Botol Penyembur Untuk Ambil Wudhuk
Empat Hari Tanpa Air, 9 ‘Survival Tip’ Kepada Remaja Lembah Klang

Gunakan cara yang biasanya dipraktikkan jemaah di tanah suci ini ketika mengambil wudhuk.

8. Sediakan Tisu Basah

Empat Hari Tanpa Air, 9 ‘Survival Tip’ Kepada Remaja Lembah Klang

Untuk mencuci tangan yang tidak berapa kotor, gunakan saja tisu basah. Kami juga syorkan penggunaan tisu basah untuk mencuci muka daripada solekan sebelum membilas seperti biasa dengan pencuci muka. Barulah tidak membazir air ketika menanggalkan solekan, girls.

9. Tadah air hujan

Empat Hari Tanpa Air, 9 ‘Survival Tip’ Kepada Remaja Lembah Klang
Jika selama ini kita tidak pernah peduli pun dengan air hujan yang turun mencurah-curah, apa kata korang mula menadah air hujan sebagai penyelamat pada saat-saat genting.

Pastikan bekas tadahan yang digunakan sudah dibersihkan terlebih dahulu ya!

Air hujan boleh digunakan untuk menyiram tanaman atau mencuci kenderaan.

*

Semoga beberapa tip ini sedikit-sebanyak membantu kita semua!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI