Empat lagi finalis akhir Hero Remaja 2021 telah pun diumumkan menerusi episod prelude sebentar tadi. Dengan ini, kesemua finalis sudah diperkenalkan kepada umum dan mereka akan meneruskan perjuangan dalam cabaran seterusnya.
Berikut kami senaraikan empat lagi finalis yang bakal berentap di pentas Hero Remaja 2021.
Zaid Erakad
Nama : Muhammad Zaid Erakad Bin Hasbullah Umur : 23 Tarikh Lahir: 21 September 1998 Asal : Selangor Ketinggian: 171 cm Instagram : @airkadz_
Penampilan Akad yang tegap sudah menceritakan tentang bakatnya dalam bidang sukan. Remaja yang pernah berjaya membawa pulang 4 pingat kemenangan ini telah memikul tugas sebagai seorang jurulatih bola lisut di sebuah sekolah rendah selama tiga tahun. Kini, Akad lebih fokus kepada tugas menjual nasi lemak bersama ibunya di trak makanan sebagai kerjaya utama. Terdahulu, Akad pernah menyahut cabaran melakonkan watak ‘stunt’ dalam filem Paskal. Biarpun relatifnya masih hijau dalam bidang seni, remaja yang ceria dan mudah didekati ini berpotensi besar untuk mengembangkan minatnya.
“Perasaan semasa mendapat panggilan daripada pihak produksi, sudah tentu saya sangat terkejut dan tidak sangka terpilih menjadi antara finalis Hero Remaja 2021. Waktu tu saya dah tahu bahawa doa dari mak ayah, kawan-kawan dan doa saya sendiri telah dimakbulkan Tuhan. Sejujurnya saya sudah tidak sabar untuk melihat apakah cabaran yang akan dilalui oleh finalis tahun ini,” jelas Akad.
Zaim Yazid
Nama : Muhammad Zaim Bin Yazid Umur : 22 Tarikh Lahir: 21 September 1999 Asal : Selangor Ketinggian: 180cm Instagram : @zaimyazid
Ads
Zaim mempunyai latar belakang dalam bidang fisioterapi dan merupakan lepasan Diploma Kejuruteraan Baik Pulih Badan dari Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam. Pernah menetap di Australia selama 6 tahun ketika mengikuti ibunya menuntut di sana, Zaim kini aktif menjadi pelatih fitness secara sambilan memandangkan ayahnya membuka perniagaan berfokuskan senaman aerobik. Remaja yang berkemahiran seni silap mata ini khabarnya telah menurunkan berat badan sehingga 10kg demi menyertai Hero Remaja 2021.
“Saya nak cerita sikit perasaan saya sebelum diterima menjadi finalis tahun ini. Ketika berada di stage 3 sesi ujibakat Hero Remaja, saya memang langsung tidak yakin untuk mendapat peluang ini. Agaknya sebab masa saya audition Hero Remaja 2020, saya over confident yang saya akan dapat, dan bila tak diterima menjadi finalis memang agak mengecewakan juga la,”
“Jadi untuk Hero Remaja 2021 saya memang tidak meletakkan harapan yang tinggi. Apabila saya menerima panggilan daripada pihak produksi, waktu tu pada hari pertama puasa. Mereka ada bertanyakan berat terkini saya. Kalau korang nak tahu, sebelum ini saya mempunyai masalah berat badan. Bila saya mengatakan yang saya sudah menurunkan berat badan sebanyak 11 kg, masa tu mereka kata okay keep it that way,”
“Waktu tu saya dah pelik tapi saya tak expect banyak. Tapi beberapa hari kemudian saya menerima lagi panggilan yang mengatakan saya telah pun diterima menjadi finalis. Saya memang sangat-sangat bersyukur kerana menyertai Hero Remaja adalah impian saya sejak dari dulu lagi,” luahnya.
Ads
Farhan Nordin
Nama: Noor Farhan Bin Nordin Umur: 23 Tarikh Lahir: 17 Mei 1998 Asal: Johor Ketinggian : 193cm Instagram: @frhnnordin
Remaja kelahiran Muar, Johor ini merupakan seorang graduan jurusan TESL di MSU dan berpengalaman menjadi guru selama empat bulan di sekolah menengah ketika menjalani latihan praktikal. Mengakui tugas sebagai seorang guru adalah mencabar, Farhan sedar kesukaran yang perlu dihadapi oleh seorang pendidik demi melihat pelajar mereka berjaya. Pada ketinggian 193cm, Farhan aktif menggunakan kelebihan fizikalnya itu untuk aktif bermain bola sepak. Sikapnya yang mudah mesra juga pasti akan disenangi ramai.
“Pertama sekali, saya ingin meluahkan rasa syukur kerana telah terpilih sebagai finalis tahun ini. Ketika saya ditelefon oleh pihak produksi, waktu itu saya sedang menemani kawan pergi shooting. Dia tengah on set dan saya tunggu di luar. Tengah bosan-bosan main phone, tiba-tiba saya dapat panggilan yang mengatakan saya telah diterima menjadi peserta top 12 Hero Remaja,”
Ads
“Waktu tu memang saya blur dan speechless. Saya rasa terkejut tapi Alhamdulillah kerana telah diterima. Sewaktu pergi uji bakat haritu saya lihat ada ramai calon yang berpotensi tetapi dah memang rezeki saya untuk dipilih pada tahun ini,” katanya.
Syazani Zainal
Nama: Muhammad Syazani Bin Zainal Umur: 19 Tarikh Lahir: 8 Mei 2002 Asal: Selangor Ketinggian: 173cm Instagram: @syzniznl
Merupakan peserta termuda bagi edisi pencarian Hero Remaja 2021, Syazani mula meminati bidang lakonan setelah banyak menonton serta mendalami filem dan drama dari Korea Selatan sewaktu sejak musim PKP pada tahun lalu. Syazani pernah mencuba nasib dalam sesi uji bakat Hero Remaja 2020 namun hanya sekadar disenarai pendek pada peringkat awal. Ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya. Remaja yang menjadikan Ji Chang Wook dan Alif Satar sebagai idolanya dalam bidang lakonan tidak sabar untuk melihat potensinya sendiri untuk menyinar dan bersaing dengan ‘abang-abang’ finalis lain.
“Saya bersyukur selepas diterima menjadi finalis Hero Remaja 2021. Bukan senang untuk berada di tahap ini dan pada masa yang sama saya juga gembira dan tidak sabar untuk meneruskan cabaran dalam setiap aktiviti yang akan dilakukan nanti. Hero Remaja juga adalah platform untuk menempatkan kami ke dalam industri hiburan, jadi saya berharap satu hari nanti saya juga berpeluang untuk beraksi di kaca televisyen,” jawab Syazani.
Tahniah Remaja ucapkan kepada 12 finalis Hero Remaja 2021. Untuk update terkini berkaitan dengan pencarian Hero Remaja, korang boleh follow kami di instagram @majalahremaja, facebook @majalahremaja, tiktok @majalahremaja dan YouTube @MRemajaOfficial.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai adik, abang dan saudara kepada selebriti lelaki popular yang menyertai ujibakat Hero Remaja 2020.
Namun tak semua berjaya mengharungi sehingga ke peringkat akhir ujibakat kecuali salah seorang finalis ini.
Imran Aqil, 21 merupakan adik kepada pemegang title Hero Favourite 2017, Nabil Aqil.
Dalam sidang semalam yang turut menjemput Nabil sebagai salah seorang jemputan, pelakon dan model tinggi lampai itu gembira apabila adiknya, Imran terpilih.
“Saya betul-betul berbangga dengan penglibatannya dalam Hero Remaja 2020 dan saya harap dia lakukan yang terbaik untuk musim ini.
”Cuma saya enggan terlalu menekan dia dengan memberi terlalu banyak tip kerana saya rasa dia perlu menonjolkan diri dengan cara sendiri. Saya dahulu pun lakukannya sendiri dan saya percaya dia juga boleh lakukannya. Make his own path,” jelas Nabil.
Ditanya pula mengenai perasaan ibu mereka, Yasmi Abdul Hamid apabila kedua-dua orang anak lelakinya bergelar finalis Hero Remaja, Nabil berkata ibunya gembira dengan keputusan Imran.
“Just be humble, itu yang penting. Kru produksi di sekeliling bekerja lebih kuat daripada kita sebagai peserta. Be yourself as always tapi jangan lupa untuk berterima kasih selalu.”
*
Korang rasa Imran Aqil boleh mengulangi kejayaan Nabil hingga ke peringkat finale?
Selepas kejayaan drama fenomena Melur Untuk Firdaus, pelakon yang juga merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen kini telah dipilih menjadi antara Lelaki Paling Kacak 2022 oleh TC Candler.
TC Candler antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu-individu paling kacak dan jelita setiap tahun. Penilaian biasanya dibuat berdasarkan tahap populariti setiap calon yang dinominasi. Proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Tahun ini merupakan tuah buat finalis Hero dan Dewi Remaja apabila Meerqeen dan Anna Jobling yang juga turut tersenarai sebaris dengan selebriti-selebriti luar negara.
Meerqeen turut bersaing dengan selebriti lelaki yang lain termasuklah Song Joong Ki, Liam Hemsworth, Ryan Gosling dan ramai lagi. Di ruangan komen, peminat Meerqeen tidak ketinggalan menunjukkan sokongan untuk mengundi selebriti itu.
Sebelum ini Meerqeen dan Anna Jobling digandingkan dalam drama Melur Untuk Firdaus dan tidak disangka-sangka gandingan mereka mendapat perhatian ramai sehingga jumlah pengikut selebriti ini di laman instagram melonjak naik. Bahkan, kedua-dua mereka juga terkenal dikalangan peminat di Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara Pencarian Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin kini mula mengorak langkahnya di dalam industri seni tanah air dengan cukup baik. Penampilan pertamanya sebagai pelakon menerusi drama ‘Tak Ada Cinta Seperti Mu’ yang ditayangkan di Astro Ria mula mencuri perhatian peminat-peminat drama tempatan.
Remaja berkesempatan mnecuri sedikit masa Alif yang semakin hari semakin padat jadual hariannya untuk ditemu bual. Dan seperti biasa panggilan telefon penulis disambut dengan penuh keceriaan.
Itulah Alif Muhaimin bakat muda yang cukup merendah diri, ceria dan kadangkala boleh tahan ‘masuk air’ juga telatah kelakarnya. Siapa sangka dalam tempoh tidak sampai setahun selepas bergelar juara Hero Remaja, dia kini bergelar sebagai pelakon.
Menerusi drama ‘Tak Ada Cinta Seperti Mu’, Alif memegang watak sebagai Hayuzi yang merupakan adik kepada pelakon utama iaitu Syafiq Kyle (Hazran). Drama yang kini memasuki minggu terakhirnya dengan durasi sebanyak 16 buah episod merupakan karya arahan Jamal Khan dan diterbitkan oleh Suhan Movie.
Pengalaman pertama membintangi drama oleh Alif merupakan sesuatu yang sangat istimewa baginya.
“Sebelum mula penggabaran saya expect berlakon hanya perlu hafal skrip dan baca. Rupanya ia jauh berbeza dengan expectation saya. Lakonan bukanlah satu perkara semudah itu. Banyak perkara baru yang saya kena belajar. Contohnya bagaimana nak zahirkan emosi dan ekspresi wajah yang betul, keserasian dengan pelakon-pelakon lain dan paling penting kena sabar dengan proses penggambaran yang selalunya ambil masa lama,” jelas Alif yang kini bergelar sebagai pelakon di bawah syarikat Rocketfuel Entertaiment.
Pada minggu pertama di lokasi merupakan tempoh cukup mencabar baginya. Apa tidaknya kerana pada waktu itu juga dia berdepan dengan peperiksaan akhir semester di universiti. Dia yang kini masih belajar dalam jurusan Ijazah sarjanan Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi MARA.
Alif Muhaimin bersama salah seorang pelakon utama ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’, Zahirah Macwilson
Selain itu, sebagai pelakon baru juga Alif juga disakat oleh krew-krew penggambaran. “Kadangkala saya disuruh untuk keluar membeli cendol. Kadang-kadang kena keluar pergi beli air. Tapi mengikut senior saya, Syafiq Kyle benda itu perkara normal untuk pelakon baru seperti saya. Walaupun rasa macam kena buli tapi sebenarnya itu adalah cara bagaimana mereka ingin melatih pelakon baru macam saya untuk lebih berdisiplin. Bila dah habis shooting saya memang jadi rapat dengan mereka,” tambah Alif lagi.
Peluang berlakon dengan Syafiq Kyle yang juga merupakan bekas peserta Hero Remaja digunakan sebaiknya oleh Alif. Menurutnya, Syafiq Kyle merupakan senior yang tidak kedekut ilmu dan sering berkongsi tips bagaimana untuk menjadi pelakon lebih baik. Dia juga sering memberikan galakan dan dorongan.
Penerimaan peminat drama ini terhadap Alif juga agak baik. Tetapi biasalah pasti akan ada kritikan sama ada yang membina atau tidak. Jelas Alif, ada juga peminat yang menghantar mesej menerusi direct message di Instagram dan memberikan komen tentang lakonannya. Dan ia merupakan satu interaksi yang sangat dihargai oleh Alif sendiri.
Remaja berasa cukup gembira dan bangga melihat Hero Remaja kami mula melebarkan sayapnya di dalam dunia seni lakonan. Semoga Alif akan terus berjaya di masa akan datang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.