Emma Watson Suarakan Solidariti Terhadap Palestin, Raih Pujian Warganet

Share

Kekejaman tentera rejim Zionis yang sering melancarkan serangan ke atas Gaza, Palestin mendapat kecaman hebat daripada masyarakat dan juga selebriti terkenal dunia.

Supermodel popular Bella dan Gigi Hadid antara selebriti yang menentang kekejaman serangan ini kerana dua-beradik ini mempunyai darah Palestin, iaitu ayah mereka Mohamed Hadid dilahirkan di Palestin sebelum berpindah ke Amerika Syarikat.

BACA: Bella Hadid Pertahankan Rakyat Palestin, Kutuk Serangan Israel Ke Atas Gaza

Terbaharu, pelakon Harry Potter Emma Watson juga dilihat menyuarakan solidariti bersama aktivitis pro-Palestin di media sosial sehingga menimbulkan tentangan daripada pegawai Israel dan mendapat pujian daripada pengguna media sosial.

Foto: Showbiz Cheat Sheet

Emma memuat naik semula gambar Bad Activist Collective yang sebelum ini pernah dikongsi pada Mei tahun lalu di instagramnya dengan kapsyen

“Solidarity does not assume that our
struggles are the same struggles, or that
our pain is the same pain, or that our
hope is for the same future. Solidarity
involves commitment, and work, as
well as the recognition that even if we


do not have the same feelings, or the
same lives, or the same bodies, we do
live on common ground.” —Sara Ahmed

Hantaran ini mendapat pujian daripada warganet yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada masyarakat Palestin.

Namun begitu, tindakannya ini mendapat reaksi negatif daripada PBB Israel, Gilad Erdan yang mengecam Emma Watson.


Watson dilantik duta muhibbah Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan peranan besarnya dalam dunia pementasan.

Ramai sebenarnya individu bukan Islam yang turut tidak bersetuju dengan tindakan Israel terhadap Palestin.

Sumber: (1), (2)

IKLAN