Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, telah memberi tempoh sehingga April kepada pempengaruh, Imran Bard, untuk memohon maaf secara bersemuka selepas namanya dijadikan konten yang didakwa mencalarkan imejnya.
Ellie berkata, dia memberi dua pilihan kepada Imran, sama ada bersemuka dengannya atau berhadapan dengan tindakan lanjut.
Menurut Ellie, isu ini berkaitan dengan masyarakat dan kesannya adalah buruk kerana dia menerima banyak mesej negatif yang menyakitkan hati.
“Saya tidak akan senyapkan benda ini. Perkara ini ada kaitan dengan masyarakat. Bila nama pempengaruh, dia akan mempengaruhi masyarakat sama ada untuk perkara baik atau buruk.
“Dalam hal saya ini, ia lebih kepada buruk kerana saya banyak terima mesej yang menggelarkan saya sundal, rupa buruk, pelakon sendu dan pelbagai konotasi negatif lain,” katanya.
Ads
Ellie juga menambah bahawa Imran sepatutnya bertemu dengannya sebelum bulan puasa, tetapi dia mendakwa berada di kampung.
Oleh itu, Ellie memberikan tempoh sehingga Hari Raya nanti untuk Imran datang berjumpa dengannya. Jika Imran tetap berdegil, Ellie akan menyerahkan perkara ini kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang, Ellie berkata bahawa maruahnya yang tercalar tidak akan dapat dipulihkan dengan wang ringgit.
Ads
“Selama tiga dekad saya bekerja keras untuk berada di kedudukan hari ini. Reputasi yang dibina selama ini tercalar disebabkan video yang dimuat naiknya itu.
“Berapakah nilai diri yang hendak diletakkan? Takkanlah nilai saya RM200,000, RM500,000 ataupun RM1 juta? Saya adalah anugerah Allah SWT,” ujarnya.
Ellie juga menegaskan bahawa dia ingin melihat sejauh mana tanggungjawab yang akan diambil oleh Imran berkenaan isu ini.
Ads
Selain, drama popular Nafsu itu turut menasihatkan Imran mengenai adab untuk memohon maaf, menegaskan bahawa dalam agama Islam, memohon maaf tidak seharusnya dilakukan melalui telefon, sebaliknya perlu dilakukan secara bersemuka dengan orang yang telah kita lukakan hatinya.
“Kalau betul pun dia minta maaf, saya akan nilai sama ada dia ikhlas ataupun terpaksa sebab takut kena hentam,” tambahnya.
Sebelum ini, Imran telah memohon maaf melalui Instagram Story (IGs) berhubung video TikTok yang dimuat naik dengan kandungan berunsur fitnah terhadap Ellie.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini, heboh di media Indonesia bila mana seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Zakaria, warga desa Keputon Blado, Batang, Jawa Tengah ditemui meninggal dunia di rumahnya dalam keadaan tergantung.
Apa yang sangat mencetuskan misteri, saat mayatnya ditemui sesuatu yang sangat mengejutkan, Zakaria mengenakan kebaya lengkap berwarna putih selain memakai tudung, lagak seperti seorang wanita Muslimah sedangkan dirinya adalah lelaki.
Kejadian menggemparkan ini membuatkan cerita ini heboh dan cepat merebak. Berusia 18 tahun dan merupakan siswa kelas 3 SMK Bandar, remaja ini mengakhiri hidupnya dengan penuh tragis. Merupakan anak kepada pasangan Musafk dan Tarumi ini sejak kecil tinggal bersama datuk dan neneknya.
Tindakan arwah Zakaria mengenakan kebaya putih saat menggantung diri menjadi tanda tanya mengapa arwah berbuat demikianJenazahnya sudah selamat dikebumikan siang tadi
Malah dikatakan dirinya amat ramah menegur jiran tetapi agak pendiam. Malah semalam, dia sempat mengikuti kelas pengajian di kampungnya. Motif dirinya membunuh diri masih tidak diketahui, begitu juga misteri dirinya mengenakan kebaya sambil menggantung diri.
Jenazahnya selamat dikebumikan di kampungnya. Namun misteri mengapa arwah berkebaya kekal menjadi pertanyaan bagi penduduk setempat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-pop terkenal, G-Dragon baru-baru ini meraih perhatian sekali lagi apabila diumumkan sebagai duta kehormat bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025 oleh Kementerian Luar Korea Selatan pada 23 Julai, bersempena dengan persiapan negara itu menjelang 100 hari sebelum acara bermula.
Memetik laporan media tempatan Korea Selatan, pelantikan ini dianggap signifikan kerana G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong (37) dikatakan mewakili nilai-nilai APEC seperti ‘kesalinghubungan dan kelestarian’ menerusi imejnya sebagai ikon kreativiti dan inovasi.
Menurut G-Dragon menerusi perkongsian di media sosial, beliau mengakui sangat berbesar-hati dengan pencapaian itu.
“Saya dilantik sebagai duta kepada APEC Summit 2025. Satu penghormatan dapat jadi sebahagian daripada APEX Korea. Terima kasih Wicem,” katanya.
Dalam pada itu, menurut kenyataan rasmi Kementerian Luar, G-Dragon dipilih kerana mampu menyampaikan mesej utama APEC kepada khalayak global, selaras dengan semangat acara berprestij itu.
Pada masa yang sama, sebagai duta APEC, pelantun lagu ‘POWER’ itu akan muncul dalam pelbagai promosi, termasuk video khas untuk menguar-uarkan nilai dan objektif sidang ini kepada dunia luar serta projek visual promosi juga akan diterbitkan oleh Shin Woo-seok, pengarah kreatif dan ketua syarikat produksi Dolphiners Films.
Sementara itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min Seok turut menyuarakan harapan tinggi terhadap penganjuran Sidang Kemuncak APEC 2025 yang bakal berlangsung di Gyeongju, dengan menyatakan ia sebagai satu peluang untuk mempamerkan kebangkitan semula negara itu selepas berdepan krisis politik semasa era Presiden Yoon Suk Yeol.
Bercakap mengenai perkembangan terkini, G-Dragon baru sahaja menggegarkan pentas secara langsung di Kuala Lumpur menerusi konsert jelajah solo ‘Übermensch Tour 2025’ pada 19 dan 20 Julai lalu yang dihadiri lebih 25,000 peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini.
Tapi malang tidak berbau, rumah tangga bahagia selama sedekad antara pasangan selebriti tempatan Diana Danielle dan Farid Kamil dilanda badai Danielle dikatakan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada awal bulan ini.
Permohonan cerai itu atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Pagi ini, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.
Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.
Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Untuk info, Farid Kamil dan Diana Diana Danielle mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Good Boys Go To Heaven ialah siri terbaru daripada Astro Originals yang sarat emosi dan misteri, mengangkat kisah kehilangan kanak-kanak, trauma komuniti serta isu kesihatan mental bermula 8 Mei di Astro One dan sooka.