Gomez juga telah menyahaktifkan akaun TikToknya. Bagaimanapun, akaun Instagramnya masih aktif.

Kontroversi bermula awal Khamis apabila sebuah video lama dimuat naik ke sebuah akaun TikTok, menunjukkan Hailey dan Method Man, yang ketika itu merupakan hos rancangan Drop The Mic, berbincang mengenai lagu-lagu Swift.

Method Man mengusik Hailey dengan lirik sebuah lagu tentang seorang selebriti dalam album Swift, dengan Hailey membuat aksi seakan-akan mahu muntah.

Selena Gomez dan Taylor Swift. Foto Via People.com

Kapsyen pada itu video menyebut “Inilah Hailey Bieber yang sebenar,” mengecam Hailey sebagai ‘pembuli’ dan ‘gadis jahat.’

Gomez kemudiannya meninggalkan komen pada video itu dengan mempertahankan Swift dan muziknya.

“Maaf, kawan baik saya adalah yang terbaik dan akan terus menjadi salah satu yang terbaik dalam industri,” tulis Gomez.

Menurut pemilik akaun Instagram dengan jumlah pengikut paling ramai ini, dia tidak akan meminta maaf kerana menjadi dirinya sendiri dan gembira dikelilingi oleh ramai rakan baik dan peminat setia yang menyokongnya