
Pemergian seorang figura penting dalam dunia kewartawanan negara pastinya meninggalkan kesan mendalam buat ramai.
Untuk rekod, Karam Singh Walia merupakan antara wartawan penyiaran yang cukup dikenali di Malaysia. Namanya mula meniti di bibir penonton menerusi perkhidmatannya di stesen televisyen swasta, TV3 dari tahun 1990 hingga 2014.
Sepanjang kariernya, laporan beliau sering disiarkan menerusi rancangan berita utama, Buletin Utama. Selain itu, beliau juga pernah membuat penampilan khas sebagai watak tuan rumah dalam rancangan
Kecoh Betul.Dikenali dengan gaya penyampaian tersendiri, Karam sering menyelitkan pantun dan kiasan dalam setiap laporan berita yang disampaikan, sekali gus menjadikan beliau antara wartawan yang cukup diingati ramai.
Sepanjang lebih dua dekad bersama Media Prima, beliau telah menabur bakti selama kira-kira 20 tahun sebelum mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 2014 atas faktor kesihatan.
Pemergian beliau pastinya satu kehilangan besar buat industri penyiaran tanah air. Jasamu dikenang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.