Berita

DSV Hadiahkan iPhone 17 Pro Max Buat Azar Azmi, Prihatin Telefon Retak Teruk

Share

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian apabila menghadiahkan sebuah telefon pintar baharu kepada pelakon, Azar Azmi.

Hadiah istimewa berupa iPhone 17 Pro Max itu diberikan selepas Vida melihat keadaan telefon Azar yang retak teruk sehingga menjejaskan urusan kerja hariannya.

Menurut Vida, keputusan tersebut dibuat secara spontan ketika mereka sedang bersiaran langsung bersama.

“Kenapa saya nak belikan telefon untuk dia? Sebab masa ‘live’ dengan saya, saya tengok telefon dia memang retak teruk. Telefon yang dia pakai pun pinjam.

“Saya terus rasa nak hadiahkan dia telefon baharu. Saya nak mudahkan kerja dia dengan ada telefon baharu.

“Saya pilih iPhone 17 Pro Max 512GB supaya senang dia buat kerja. Saya pilih apa yang saya suka untuk bagi dekat Azar,” katanya menerusi video yang dikongsikan di Instagram.

Dalam video tersebut, Vida turut ditemani anaknya, Kacak, serta Azar ke sebuah premis jualan telefon di pusat beli-belah. Pada awalnya, dia hanya memaklumkan ingin membeli telefon baharu untuk dirinya sendiri.

Namun, situasi bertukar menjadi momen menyentuh hati apabila Vida menyerahkan telefon tersebut kepada Azar, lengkap dengan ‘casing’ mewah. Pelakon itu jelas terkejut dan tidak menyangka hadiah berkenaan adalah untuk dirinya.

Dalam masa sama, Vida berharap pemberian itu dapat menjadi pembakar semangat buat Azar untuk terus berusaha dan berjaya dalam bidang perniagaan atas talian.

“Semoga Azar boleh melangkah lebih jauh, lebih hebat dan berjaya dengan adanya telefon yang boleh membantunya mencari rezeki dalam bidang online,” ujarnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath